Wednesday 12 October 2016

Jalan - jalan Paris 2014: Hari pertama



1 Mei 2014

Pada hari ini  kami telah  bertolak ke Paris dengan menaiki flight Etihad Airways pada pukul 3.00 pagi di KLIA. Trip kami kali ini merangkumi tiga negara iaitu  Perancis, United Kingdom dan Turki  Harga tiket kami adalah RM2060 untuk KUL - Abu Dhabi -Paris dan Istanbul - Abu Dhabi - KUL. Dari Paris ke London kami akan menaiki keretapi Eurostar dan dari London pula kami akan bertolak ke Istanbul dengan menaiki flight Pegasus. Harga tiket flight Pegasus dari London ke Istanbul  hanya RM180 seorang kerana ditempah awal secara online. Keseluruhanya kami hanya membelanjakan RM2360 untuk kos pengangkutan ke tiga buah negara berkenaan.

Flight Etihad Airways adalah full service airline jadi kami dihidangkan dengan 2 kali makanan di sepanjang perjalanan kami ke Abu Dhabi. Kita boleh memilih menu mana yang kita hendak makan dari awal lagi kerana menu diberikan sebelum flight berlepas. Ada tiga jenis pilihan menu yang kita boleh pilih termasuk vegetarian option. Semua makanan dalam flight Etihad Airways ini halal dan kita tak perlu menempah muslim meal seperti syarikat airline lain dari negara non muslim.

 Menu flight Abu Dhabi ke Paris. Menu KUL ke Abu Dhabi tak diambil gambar kerana sibuk dengan aktiviti zzz
Kami sampai di Abu Dhabi pada pukul 5.00 pagi waktu Abu Dhabi. Perjalanan KUL - Abu Dhabi memakan masa selama 7 jam lebih tetapi tidak terasa kerana kami melayan mata yang mengantuk. Flight entertainment banyak pilihan dalam airline ini tetapi mata mengantuk sangat jadi tak berapa nak layan.

Lapangan terbang Abu Dhabi ni kecil sahaja tetapi sibuk dan ramai orang. Terasa crowded dan tak cukup tempat duduk. Manakala makanan yang dijual di restoran pun mahal dan kurang munasabah. Set burger McDonald pun harganya RM50 ke atas. Restoran lain lagilah mahal harganya. Saya berniat juga nak beli cenderahati di sini buat kenang-kenangan tetapi oleh kerana melihat harganya yang mahal, niat itu tinggal niat sahaja. Apa tidaknya fridge magnet yang cikai pun RM28 sebiji di sini. 

Yang menariknya di sini kedai -kedai di lapangan terbang ini menerima apa-apa jenis matawang untuk transaksi pembayaran jadi kita tak payah nak tukar duit ke matawang UAE. Kami tidak lama di sini kerana flight kami ke Paris bertolak pada pukul 9.00 a.m.

Lapangan Terbang Abu Dhabi



Our flight to Paris. Abu Dhabi hujan masa tu

Dalam flight semasa ke Paris



Flight ke Paris ni penuh dengan penumpang. Berbeza dengan flight KUL- Abu Dhabi yang kami naiki sebelum ini.  Perjalanan ke Paris memakan masa 7 jam lebih juga (lebih kurang sama masa dengan flight KUL - Abu Dhabi). Masa naik flight ke Paris ni mata dah tak mengantuk. Barulah nak enjoy makanan yang dihidangkan dan dapat menonton flight entertainment yang ada

Kami sampai di Lapangan Terbang Charles de Gaulle pada pukul 2.00 p.m waktu Paris. Urusan imigressen dan kastam lancar dan kita tak perlu berbaris panjang seperti di lapangan terbang negara lain yang kami lalui di trip kami yang lepas-lepas. Tiada soalan pun ditanya semasa di imigressen dan barang-barang makanan yang kami bawa pun tidak ditahan oleh kastam untuk pemeriksaan. Beg pun cepat keluar untuk diambil.  Dalam masa 30 minit kami dah keluar  dari balai ketibaan. Memang efisyen sistem di sini.
Dari lapangan terbang ke hotel kami di kota Paris kami menaiki shuttle yang kami tempah dari Viator secara online. Kos shuttle ni adalah RM60 seorang. Harga sama sahaja untuk kanak-kanak. Sebenarnya ada keretapi dari lapangan terbang ini ke Stesen Keretapi Gare du Nord yang kosnya lebih murah tetapi memikirkan barang kami banyak dan kemudiannya kena mengheret beg pula mencari hotel yang kami tak pasti tempatnya kami memutuskan menaiki shuttle sahaja. Mudah dan tak payah tercari-cari lagi.

Untuk naik shuttle ni agak mudah kerana masa kami sampai di Lapangan Terbang Charles de Gaulle kami terus menelefon nombor telefon yang ada pada voucher booking shuttle. Panggilan ini percuma kerana kami menggunakan  free public phone yang disediakan di balai ketibaan. 

Kami diminta menunggu di pintu no 7 selama 15 minit.

 
Tempat menunggu shuttle

Lebih kurang begini lah rupa shuttle tersebut. Gambar diambil dari viator (kami tak ambil gambar)



Perjalanan kami dari lapangan terbang ke hotel hanya memakan masa 20 minit sahaja kerana tiada kesesakan jalan kerana Paris cuti umum masa itu.S huttle ni menghantar kami betul-betul depan pintu hotel. Memang mudah untuk mereka yang mempunyai anak kecil dan beg yang banyak macam kami (langsung takde gaya backpacker kami ini..bawa beg bukan main besar lagi). Kami menginap di Hotel de Bordeaux sepanjang 3 malam kami di Paris.

Kami memilih hotel ini kerana disamping harganya yang murah, hotel ini juga berada di lokasi yang strategik. Ianya berdekatan dengan banyak restoran halal dan terletak dengan Stesen metro Gare d' Est (300 meter) dan Stesen keretapi Gare du Nord (600 meter). Ini memudahkan kami untuk naik metro dan menaiki keretapi Eurostar ke London nanti.  Lagipun kebanyakan hotel di Paris mengenakan bayaran tambahan untuk kanak - kanak berumur 3 tahun ke atas dan ada juga yanga tidak membenarkan kanak-kanak menginap di hotel mereka.  Kelebihan hotel ini adalah ianya membenarkan kanak -kanak di bawah 12 tahun menginap di situ secara percuma.

Itu part yang bestnya. Yang tak bestnya pulak bilik sempit sangat. Katilnya katil semi double. 3 orang tidur memang tak muat tapi terpaksalah adjust sana sini. Dalam bilik pulak nak bergerak pun payah. What do we expect..dah harga RM280 je semalam untuk bilik private yang ada bilik air dalam bilik. Kat Paris ni rata-rata bilik private berharga dalam RM400 ke atas pada musim bunga ini.

Gambar depan hotel (gambar dari booking.com)

Lepas check in kami terus masuk bilik untuk berehat sebentar. Lepas solat dan alas perut dengan megi yang kami bawa kami pun berkira-kira nak keluar. Masa tu baru pukul 6.00 p.m. Ada masa lagi untuk jalan-jalan di Kota Paris. Tup-tup hujan turun dengan lebatnya bila kami nak keluar. Cuaca di Paris masa tu dalam 9c tapi bila hujan sejuknya lagilah terasa. Maka tak jadilah kami nak keluar. Tunggu hujan berhenti dulu. Sementara tunggu hujan berhenti masing-masing tarik selimut. Layan mata kejap. Sedar-sedar dah pukul 4 pagi.  Sayang sungguh kami tak berjalan - jalan di sekitar Paris pada hari pertama kami di sini.

Blog berkaitan

Jalan - jalan Paris 2014: Bersiar-siar dengan bas Hop On Hop Off
Jalan - Jalan Paris 2014 : Menyelusuri Sungai Seine dengan Hop On Hop Boat Cruise


0 comments:

Post a Comment