Sunday 18 June 2017

Jalan - jalan Korea 2017: Shopping kain cotton dan menikmati ikan bakar di Dongdaemun




 8 April 2017

Aktiviti kami hari ini dimulai dengan mencari ikan bakar di Dongdaemun. Sebelum ini (trip tahun 2016) pernah cuba mencari ikan bakar di sini tetapi tak jumpa. Kali ini saya buat research betul-betul untuk pastikan jumpa tempat restoran ikan bakar ni. Kalau tak jumpa kali ini memang agak frust sebab anak dah kelaparan dan di Dongdaemun ini agak sukar nak cari makanan halal, tidak seperti di Itaewon.
 
Alhamdulilah, kami jumpa restoran ini berdasarkan petunjuk dari peta blog I AM Skampung (http://skampung.blogspot.my/2013/03/fly-to-seoul-day-2-ikan-bakar-dongdaemun.html)  Mengikut petunjuk dari petanya, restoran ikan bakar ni terletak betul - betul di belakang Dongdaemun Shopping Complex sahaja. Hanya bila dah sampai di belakang shopping complex berkenaan kena perhati betul-betul sebab restoran ikan bakar itu tersembunyi di belakang gerai-gerai lain (gerai jual fish ball dsbnya).
 
Pekerja restoran ikan bakar ni tak boleh bercakap English. So macam itik bercakap dengan ayam lah kami. Selepas adegan main tunjuk-tunjuk dan beberapa kali tanya benda yang sama baru lah paham bahawa kami kena order 1 set untuk setiap orang. Tak boleh kongsi-kongsi (dulu masa makan di Busan dan di Jeju Island takde masalah nak kongsi-kongsi pun). Satu set harganya antara 5,000 - 12,000 won bergantung dengan jenis ikan yang dipilih. Oleh kerana kami empat orang, kami order 3 set hidangan. Anak kami kongsi dengan saya. Puas auntie tu kata tak boleh kongsi tapi saya berdegil juga, at last auntie tu mengalah. Akhirnya ikannya tak habis pun sebab banyaklah pulak nak kena makan. Since dah bayar kami tapau ikan tu dan makan keesokan harinya. Set ikan bakar ni datang dengan nasi dan side dishes. Rasa ikan bakar nya memang sedap. Maybe sebab ikannya fresh. Rasa side dishes pulak takde lah sedap sangat. Kat restoran ni tak boleh nak tambah side dishes dan nasi macam saya pernah makan di Jeju Island dan Busan dulu.
 
Set hidangan ikan bakar yang kami order. Harga semua ni RM80++ (tak ingat berapa won saya ingat kos dalam RM je)
 
Selepas kenyang kami sambung dengan aktiviti shopping kain cotton di Dongdaemun Shopping Complex pulak. Puas juga mencari-cari kedai yang jual kain cotton sebab shopping complex ni besar dan banyak tingkat. Bila dah puas mencari akhirnya bertanya kat pekerja kat situ (rata-ratanya pekerjanya muda-muda). English pekerja kat situ jangan pandang rendah, memang berabuk siap dengan slang sekali. Berbeza sekali dengan ahjuma di restoran ikan bakar tadi.


Akhirnya kami jumpa kawasan kain cotton tu di tingkat 3. Memang banyak kain cottonnya dan designnya cantik-cantik. Kami akhirnya borong kain kat satu kedai ni (pekerja nya tak berapa friendly) tapi design kainnya kami berkenan. Harga se ela (yard) kain kat sini 3,000 - 4,000 won (bergantung dengan design). Saya borong 4 kain kat sini (setiap satu 4- 5 yard). Harga dalam RM50 - 60++ setiap kain. Kira berpatutan jugalah harganya sebab jenis kain bagus dan designnya cantik.


 
Blog Berkaitan:

Jalan -jalan Korea 2017: Musim bunga sakura di Seoul
Jalan - jalan Korea 2017: Musim bunga di Garden of Morning Calm dan Nami Island
Jalan - jalan Korea 2013 : Sepetang di Taejongdae Park
Jalan- jalan Korea 2012 : Menikmati makanan Korea di Jeju Island
Jalan - jalan Korea 2012: Yeosu World Expo



Wednesday 14 June 2017

Jalan - jalan Korea 2017: Musim bunga di Garden of Morning Calm dan Nami Island

 



10 April 2017

Pada hari ke-empat kami di Korea, kami berkesempatan mengunjungi Garden of Morning Calm dan Nami Island. Kedua - dua tempat ini agak berdekatan dan boleh dikunjungi dengan menaiki bas Gapyeong City Tour (berkonsepkan hop on hop off) yang boleh dinaiki daripada stesen Gapyeong. Kos bas ini adalah 6,000 won (RM24) seorang untuk sehari. Agak berbaloi untuk menaiki bas ini sekiranya anda pergi lebih daripada satu destinasi. Antara tempat yang boleh dilawati dengan menaiki bas ini adalah Petite France, Garden of Morning Calm dan Nami Island. Oleh kerana kami kesuntukan masa kami hanya sempat melawati dua tempat sahaja; Garden of Morning Calm dan Nami Island
 
1. Garden of Morning Calm
Cara ke sini dari Seoul:   Keretapi (Cheongyangni Station-- Gapyeong Station ) -- Bas Gapyeong City Tour
 
Sampai di stesen Gaypeong, bas Gapyeong City Tour telah menunggu di luar stesen. Oleh kerana tidak sanggup untuk menunggu lama (setengah jam lagi) kami terus menaiki bas berkenaan walaupun terpaksa berdiri. Bas ini memang penuh dengan penumpang tetapi kebanyakan penumpang turun di hentian Nami Island;  iaitu hentian ke empat bas ini. Selepas itu hanya ada beberapa orang sahaja penumpang yang tinggal termasuk kami.
 
Pemandangan di sepanjang perjalanan ke Garden of Morning Calm memang cantik kerana kami menyusuri tasik. Di tepi tasik pula banyak pokok sakura yang sedang berkembang bunganya. Jadi indah sekali pemandangannya. Sayang tak dapat untuk kongsikan di sini gambarnya kerana bas terlalu laju dan kualiti gambar kurang jelas.
 
Selepas kira - kira sejam menaiki bas ini kami pun sampai di Garden of Morning Calm. Hentian Garden of Morning Calm merupakan hentian terakhir bas ini sebelum bas ini pusing balik ke Gapyeong Station.
 
Garden of Morning Calm merupakan taman private yang tertua di Korea Selatan. Nama taman ini dilihamkan daripada gelaran yang diberi oleh Sir Tagore (penyajak terkenal India)   kepada  negara Korea (Land of Morning Calm) semasa Joseon Dynasty. Bayaran masuk ke taman ini agak mahal iaitu 9,000 won (RM36) untuk dewasa. Namun agak berbaloi kerana kami dapat menyaksikan pameran bunga tulip semasa di sana
 
Jambatan Gantung untuk ke taman


Taman ini terletak di tepi gunung. Banyak pokok pine dan larch di sini
 
Bunga- bungaan di sini


Pameran bunga tulip


Bunga tulip di sini banyak yang sudah mekar



Barisan bunga tulipnya di tanam jarang- jarang menjadikan ianya agak kurang menarik dibandingkan dengan pameran tulip yang pernah kami lihat sebelum ini di tempat lain



Kami tidak lama di sini kerana pameran bunga tulipnya pun tidak banyak mana. Kebanyakan pokok - pokok di taman ini juga masih togel lagi dan bunga- bunga lain pun tak banyak yang ada untuk dilihat. Lagipun kami hendak ke Nami Island pula selepas itu.
 
2.  Nami Island
Cara untuk ke sini: Bas Gapyeong City Tour
 
Keluar sahaja kami dari Garden of Morning Calm, bas sudah menunggu di bus stop. Nasib baik. Kalau tidak kami perlu menunggu sejam lagi untuk bas berikutnya. Perjalanan untuk ke hentian Nami Island memakan masa selama sejam. Sempatlah saya melelapkan mata dan merehatkan badan yang keletihan selepas jalan- jalan di taman tadi.
 
Sampai je di hentian Nami Island kami terus singgah di 7 - 11 dekat bus stop untuk makan megi (bekalan) dan minum air. Di Nami Island ada restoran halal tetapi perut dah rasa lapar sangat. Tak boleh nak tunggu dah rasanya. 7 - 11 di sini ada menyediakan air panas dan meja makan untuk pelanggannya. Kami juga membeli nasi segera di situ dan makan dengan serunding yang dibawa. Oleh kerana perut lapar memang terasa sedap lah.
 
Selepas makan kami pun membeli tiket masuk dan feri untuk ke Nami Island. Nami Island ini merupakan pulau yang popular di kalangan pelancong. Kiranya tempat wajiblah jugalah dilawati kalau berkunjung ke Korea Selatan. Ini adalah kali ke tiga ke sini. Sebelum ini pergi semasa winter dan musim panas. Jadi pemandangan agak bebeza dari yang dilihat sebelum ini. Tapi rasanya pulau ini paling cantik dan romantik semasa winter dibandingkan dengan musim lain. Semasa musim bunga, pokok-pokok di sini banyak masih lagi togel. Bunga - bunga pun tak banyak ditanam di pulau ini.  
 
 Pemandangan tasik dari Nami Island
 

 


Weeping Cherry Tree (pokok sakura) yang sedang lebat berbunga di sini




Barisan pokok gingko yang popular itu masih belum berdaun lagi 

 
 
Blog Berkaitan:
Jalan -jalan Korea 2017: Musim bunga sakura di Seoul
Jalan - jalan Korea 2013 : Sepetang di Taejongdae Park
Jalan - jalan Korea 2013: Autumn di Busan dan Seoul

Monday 22 May 2017

Jalan - jalan Turki 2016 : Capadoccia, the land of beautiful horses


3 -4 April 2016

Cappadocia merupakan satu kawasan di Anatolia, Turki yang terkenal dengan formasi unik  pada lembah, bukit dan batuannya.  Formasi unik yang digelar fairy chimney ini terbentuk hasil daripada hakisan angin dan air beribu-ribu tahun dulu.  Antara formasi yang banyak terbentuk adalah  dalam bentuk cendawan, kon dan pinnacle. Nama Cappadocia diambil daripada perkataan Hittie, Katpatuka  yang membawa maksud the land of beautiful horses, kerana pada zaman dahulu di tempat ini memang banyak kuda.

Tempat ini telah lama dihuni oleh manusia sejak ribuan tahun lagi. Pada zaman kerajaan Rome, tempat ini merupakan tempat kediaman dan persembunyian orang Christian, bagi mengelak daripada dihukum oleh tentera Rom. Di sini terdapat beberapa bandar di bawah tanah tinggalan daripada orang Christian ini.  

Sudah lama saya hendak ke sini. Alhamdulilah kami diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk ke sini pada awal April 2016, semasa musim bunga Walaupun trip kami singkat tapi memang terasa puas kerana dapat menyaksikan keunikan dan keindahan alam ciptaan Tuhan ini.

Kami ke sini dengan menaiki flight Andolujet dari Istanbul Sabiha Gokchen Airport ke Kayseri Airport. Perjalanan agak singkat iaitu sejam sahaja. Harga tiket agak murah iaitu RM50++ seorang (tiket dibeli secara online 6 bulan sebelum ke sini)

Walaupun Andolujet adalah kapalterbang low cost tetapi beg, pilihan tempat duduk dan makan sudah termasuk dalam harga tiket.


Makanan yang dihidangkan pun agak berat walaupun flight hanya sejam sahaja.

Kami sampai di Kayseri agak lewat. Flight kami ke Kayseri delay sejam. Sepatutnya kami bertolak pada pukul 8.00 malam tetapi akhirnya dapat bertolak pada pukul 9.00 malam. Sampai di Kayseri sudah pukul 10.00 malam.

Dari Kayseri kami menaiki shuttle (coaster) selama sejam untuk ke Goreme, pekan yang terletak hampir dengan fairy chimney ini. Shuttle ini kami booking direct daripada hotel kami, jadi harganya agak murah dibandingkan dengan shuttle yang ada di pasaran. Untuk ke Goreme, menaiki shuttle adalah cara termudah dan termurah memandangkan tiada bas untuk ke sini dari airport. Kos shuttle adalah RM18 seorang sehala. Bayaran dibuat selepas menggunakan servis dan tiada upfront payment dibuat.

Di Goreme kami menginap di Dream Cave Hotel, sebuah hotel gua. Hotel ini dibina daripada bukit yang ditarah untuk dijadikan hotel. Ada juga hotel biasa di sini tetapi kami memilih untuk tinggal dalam hotel gua ini untuk merasakan kelainannya. Harga hotel ini berpatutan iaitu  RM150++ semalam termasuk breakfast untuk tiga orang. Tempahan hotel dibuat melalui booking.com dan shuttle kami booking dengan hotel melalui email.

Pemandangan dalam bilik

Pemandangan bilik hotel kami dari luar
 Breakfast kami simple tetapi sedap dan mengenyangkan


Pemandangan di luar hotel
  
Hot ballon kelihatan dari beranda hotel (kami tak join hot balloon tour kerana gayat..hu hu)


Trip kami ke Capadocia agak singkat. Hari ini kami akan join red tour dan malamnya akan menaiki flight ke Istanbul (esoknya akan menaiki flight ke Amsterdam pula). Nasib kami agak baik hari ini kerana cuaca sangat baik. Cerah tanpa hujan dan tidak berapa panas (23c). Memang selesa sangat untuk berjalan-jalan.

Terdapat 3 jenis tour yang ditawarkan di sini; red tour, blue tour dan green tour. Setiap tour ini akan pergi ke destinasi dan mengunjungi tempat menarik yang berlainan. Kami join red tour kerana tour ini lah yang paling singkat masanya dibandingkan dengan tour yang lain kerana hanya mengunjungi . tempat-tempat yang berdekatan dengan Goreme. Kami booking tour dari hotel kami dengan kos sebanyak RM180 seorang (kanak-kanak dikenakan dengan caj yang sama). Kos ini sudah termasuk pengangkutan dari hotel, tourist guide dan makan tengahari. Di sini memang digalakan untuk join tour kerana pengangkutan awam ke tempat-tempatmenarik agak terhad.

Tour kami bermula pada pukul 9.30 pagi. Pengangkutan dengan van shutter sahaja kerana tak ramai yang join tour ini. Hanya kami tiga beranak dan beberapa pelajar kolej dari China sahaja.  Menurut tourist guide kami industri pelancongan di Turki memang terjejas teruk dengan beberapa insiden bom yang melanda Turki kebelakangan ini.

Gulsen, tourist guide kami 

1. Ulchisar Castle

Perhentian pertama kami adalah di Ulchisar Castle yang terletak di antara pekan Goreme dan Neveshir. Kota ini merupakan kubu yang dibina dari batu kapur sebagai kubu pertahanan di zaman Rom dan turut digunakan di zaman Othmaniyah. Ianya juga merupakan kawasan yang tertinggi di Capadoccia. Oleh yang sedemikian, sekiranya ada musuh menyerang, petugas di kubu berkenaan dapat memberi melihat musuh datang dan memberi amaran kepada penduduk setempat.

Ulchisar Castle



Kami tidak masuk ke kubu ini kerana perlu memanjat ke atas dan kami hanya diberikan masa yang singkat untuk bersiar-siar di sini.

Bukit kapur yang ditoreh dijadikan kubu pertahanan di sini



2. Goreme Open Air Museum

Perhentian kami yang seterusnya adalah Goreme Open Air Musem. Muzium terbuka ini merupakan bekas monastery yang menempatkan gereja-gereja yang ditarah daripada batuan kapur di zaman kerajaan Rom. Di dalam gereja-gereja ini terdapat lukisan Christian yang masih dalam keadaan baik tetapi sayangnya pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam gereja berkenaan. Gambar yang dapat dikongsikan di sini adalah kawasan pesekitaran luar muzium berkenaan.

Bunga sakura di sini sedang berkembang

Gereja-gereja yang dibina dari batuan kapur






3. 3 Beauties

Setelah menghabiskan masa sejam di muzium ini kami dibawa pula ke Urgup untuk melihat formasi batuan 3 Beauties yang merupakan fairy chimney yang paling popular dan merupakan simbol capadoccia. Formasi ini merupakan formasi 3 batuan yang mengikut lagenda merupakan seorang puteri, anak dan suaminya yang menjadi batu untuk mengelakan mereka dari dibunuh oleh ayahnya yang murka dengan anaknya yang mengahwini seorang gembala.

Tempat ini memang cantik sangat. Bukan sahaja kerana lanskapnya yang menarik, bahkan ianya diindahkan laggi oleh panorama Gunung Erciyes yang sedang diliputi salji.

3 Beauties dan Gunung Erciyes

Lanskap di sekitar 3 Beauties

4. Devrant Valley

Deverant Valley merupakan kawasan yang tidak dihuni yang unik dan terletak tidak jauh dari Goreme. Di sini terdapat banyak formasi unik berbentuk haiwan dan pelbagai bentuk lain yang menjadikan tempat ini seperti landskap lunar.

Lunar landscape





Formasi unta

5. Avanos Pottery dan Carpet Shop

Selepas makan tengahari secara buffet kami dibawa pulak ke Avanos Pottery untuk melihat demonstrasi pembuatan pasu. Avanos memang terkenal sebagai kawasan pembuatan pasu sejak zaman Hittie lagi.





Kami agak lama di sini kerana ahli group tour kami ni mengambil masa yang lama untuk shopping  barangan tembikar di sini. Kami tidak berminat membeli kerana harga barangan di sini agak mahal. Selepas itu kami di bawa pula ke kedai permaidani. Di sini pun kami tidak membeli apa apa kerana harganya memang mahal. Sejadah sahaja berharga USD300.

6. Pasabag

Destinasi terakhir kami adalah melihat formasi fairy chimney Pasabag.  Pasabag merupakan kawasan lembah yang mempunyai formasi berbentuk cendawan yang unik dan turut dikenali sebagai Monk Valley.

 Lembah Pasabag




Pokok yang digantungi dengan azimat Evil Eye (kepercayaan orang Turki) di lembah ini



7. Ke Lapangan Terbang Kayseri

Tour kami berakhir pada pukul 5.00 petang dan kami dihantar balik ke hotel. Kami telah menempah shuttle van untuk ke Kayseri Airport pada pukul 6.00 petang dengan hotel kami dengan kos yang sama. Hotel telah kami check out pagi tadi dan barangan disimpan di hotel. Namun owner hotel ni siap hidangkan kami dengan air dan snack petang sementara kami menunggu shuttle kami. Anak kami turut dibekalkan tit bits turki untuk dimakan dalam perjalanan. Memang terbaik service hotel ini.

Pemandangan di sepanjang perjalanan ke lapangan terbang memang cantik. Pemandangan Gunung Erciyes yang dilitupi salji dan lanskap batuan batu kapur memang mewarnai pemandangan di sepanjang perjalanan.

Antara pemandangan yang dapat disaksikan




Kami menaiki flight Turkish Airlines untuk ke Lapangan Terbang Istanbul Atartuk kerana Andolujet hanya ke Sabiha Gokchen Airport sahaja. Harga tiket agak mahal dari Andolujet iaitu RM90 sehala tetapi masih berpatutan. Kami sampai di Istanbul pada pukul 10 malam dan bermalam di lapangan terbang ini kerana kami akan menaiki flight KLM  ke Amsterdam pada pukul 6.00 pagi.

bersambung di entri Jalan-jalan Belanda: Hari Pertama


Blog berkaitan:

Jalan - jalan Turki 2016: Musim bunga di Istanbul