Sunday 9 October 2016

Jalan - jalan Paris 2014: Bersiar-siar dengan bas Hop On Hop Off



3 Mei 2014

Kami bersiar-siar di Kota Paris pada hari ini dengan bas L'Open Tour Hop On Hop Off.  Perhentian bas hop on hop off ini berhampiran stesen metro Gare d'Est dan terletak 300 meter dari hotel kami. Mula - mulanya tercari-cari juga di mana bus stop bas ini walaupun kami tahu ada bus stop berhampiran dengan Gare  d ' Est tapi kurang pasti di mana. Nasib baik terserempak dengan bas ini semasa kami hendak ke stesen metro Gare d'Est. Kami ikut je bas ni dari belakang (bas tu jalan slow je sebab banyak kenderaan di jalanraya) dan tengok di mana ianya berhenti. Rupa-rupanya  bus stop bas ini tersorok dan kita kena lalu Gare d Est dahulu dan kemudiannya kita kena membelok ke kanan.  Ianya terletak di celah-celah bangunan lain di situ.

Harga tiket walk in seorang adalah dalam RM150 dan kanak-kanak separuh harga. Kami tidak menempah awal secara online jadi tidaklah dapat diskaun. Last minute decision. Sebelum itu plan nak naik metro sahaja untuk menjimatkan kos tetapi setelah timbang tara dengan kepayahan bawa anak naik metro dan rasa macam terperap bawah tanah sahaja kami akhirnya pilih naik bas hop on hop off.

Bas ini dua tingkat dan tingkat atasnya tidak berbumbung jadi boleh nampak view lebih jelas lagi. Mula-mula kami bersemangat nak duduk di atas tetapi di situ cuaca sejuk sangat. Cuaca masa tu 15c tetapi bila ditiup angin sejuk sampai ke tulang. Oleh kerana tak tahan sejuk most of the time kami duduk di tingkat bawah sahaja.


Memang menarik pemandangan dari atas bas ni. Jelas view kota Paris

Bas ini ada 4 route dan kita boleh naik mana-mana bas route yang lain dengan satu tiket sahaja. Mula-mula agak confuse juga nak paham bas ini sebab ada stop yang bas lain pun lalu juga. Dekat depan bas tu ada diletak warna jadi kena tahu route yang kita nak pergi warna apa. Senang cerita kami tanya driver bas tu sahaja samada bas tu berhenti tak kat tempat kami nak pergi. Malas nak pening kepala fikir route.

Oleh kerana kami banyak menghabiskan masa di setiap hentian yang kami singgah maka tak banyak tempat yang kami pergi walaupun banyak tempat menarik bas ini lalu. Antara tempat yang kami pergi adalah :

1. Paris Opera (Academie Nationale de Musique)

Kami singgah di hentian Paris Opera untuk menyaksikan bangunan yang menempatkan persembahan opera, ballet dan konsert di Paris. Bangunan ini telah dibina pada kurun ke 17 dan masih utuh dan dipelihara dengan baik. Di sini kami naik bas route lain  untuk ke Arch de Triomphe. Bas sebelum ini tak pergi ke situ.

Ramai sungguh orang di sini , nak ambil gambar tanpa orang sungguh payah sekali

2.  Arch de Triomphe

Hentian kami seterusnya adalah Arch de Triomphe. Monumen ni merupakan antara yang popular di Paris dan kira wajib dikunjungi oleh pengunjung kota Paris. Ianya dibina untuk memperingati mereka yang gugur semasa Revolusi Perancis dan perang Napoleon. Di bawahnya adalah kubur tentera yang tidak dikenali semasa perang dunia pertama.
Kena menyeberang jalan atau ikut laluan underground untuk ke monumen. Kami tinjau dari jauh sahaja



3.  Trocadero, Palais de Chaillot, Jardin  du Trocadero dan Effiel Tower

Hentian kami seterusnya adalah Trocadero. Trocadero adalah kawasan yang menempatkan Palais de Chalilot dan Jardins du Trocadéro. Ianya terletak berhampiran dengan Effiel Tower.

Bangunan Palais de Chaillot atas Bukit Challiot di Trocadero  yang menempatkan muzium - muzium






View Menara Effiel dari Palais de Challiot

 Jardins du Trocadero






4. Tuileries Garden

Selepas berjalan-jalan di Trocadero dan Effiel Tower kami meneruskan perjalanan kami dengan bas hop on hop ini ke Tuileries Garden stop. Tuileries garden ini memang cantik sangat dan merupakan tempat yang paling saya suka di Paris. Taman ini terletak antara Louvre Museum (muzium yang menempatkan lukisan Monalisa, karya Leonardo da Vinci) dan Place de La Concorde (public square). Ianya berkeluasan 22.5 hektar dan merupakan taman awam yang boleh dikunjungi secara percuma. Susah nak cari tempat lawatan percuma di Paris ni. Di Paris ni kebanyakan tempat menarik dikenakan bayaran tidak seperti di London.

Di taman ni terdapat pelbagai patung ukiran, rumput yang dijaga rapi, bunga-bungaan (banyak berkembang semasa musim bunga) dan lebih daripada 35 tree species.
Di sini ada disediakan kerusi untuk pengunjung duduk


Bunga-bunga  ni banyak di taman ni..tak pasti namanya.







Anak saya cukup suka berada di taman ni. Siap minum susu dan nak tidur lagi..



Rumput kat sini memang cantik. Halus-halus dan berbunga putih. Memang best untuk aktiviti baring-baring, lepak-lepak dan picnic



Louvre Museum  terletak di penghujung taman ni. Kami tak masuk kerana  muzium tu dah nak tutup. Kami lama sangat di Tuileries Garden..sedar-sedar dah pukul 5.00p.m



Kami menaiki bas hop on hop  di bus stop di depan Muzium Louvre untuk kembali ke hotel tetapi bas ni berhenti di bus stop Paris Opera sahaja. Kami dimaklumkan bas tu dah habis service. Rupa-rupanya lepas pukul 5.30 p.m bas ini tidak beroperasi lagi. Dari Paris Opera kami kena naik metro untuk balik ke hotel. Nasib baik stesen metro tu dekat je dengan bus stop. Sampai di hotel kami solat jama' (Maghrib masuk pukul 9 malam) dan kemudiannya kami makan malam di restoran halal di sebelah hotel. Malam tu baru jumpa nasi sebab sebelum ni lunch roti di Tuileries Garden je. Malam tu kami tak sambung aktiviti jalan-jalan kerana mata dah mengantuk. Tak boleh nak adjust lagi dengan waktu Paris.
Kami menghabiskan masa 3 hari sahaja di Paris. Esoknya kami ke London pulak dengan keretapi Eurostar.  Kesimpulannya Paris ni bersih, banyak senibina menarik dan cantik tapi ramai sangat pengunjung dan  banyak scammer (merata-rata kami jumpa scammer ni. Kena hati-hati dengan diaorang ni kalau tak nak duit melayang. Taktik kami adalah  buat tak layan je bila sesiapa approach kami).

 
Blog berkaitan :
Jalan - jalan Paris 2014: Hari pertama
Jalan - Jalan Paris 2014 : Menyelusuri Sungai Seine dengan Hop On Hop Boat Cruise









0 comments:

Post a Comment