Saturday 24 September 2016

Jalan- jalan Korea 2012 : Menikmati makanan Korea di Jeju Island


16 Mei 2012

Sewaktu kami berkunjung ke Pulau Jeju, kami menginap di Hotel Feliz Telcon. Hotel ini terletak di Jeju City dan kos biliknya semalam adalah RM98 sahaja. Yang menariknya berkenaan hotel ini adalah bukan sahaja harganya murah tetapi ianya terletak dekat dengan sebuah restoran seafood yang hanya menyajikan makanan berkonsepkan seafood yang sedap. Masakan istimewa restoran ini adalah masakan ikannya. Tiada masakan daging disediakan di restoran ini dan oleh itu kami agak yakin ianya halal untuk dimakan.  Kami hanya tahu berkenaan restoran ini daripada pekerja hotel yang memaklumkan berkenaan restoran ini dan dialah yang menunjukan arah ke restoran ini. Hotel ini memang terbaik servisnya kerana walaupun rata-rata pekerjanya tidak tahu berbahasa Inggeris tetapi mereka  memang helpful.

Kami juga menempah teksi sehari untuk jalan-jalan di Pulau Jeju dan ke lapangan terbang dengan bantuan pekerja hotel ini. Yang menariknya teksi yang kami tempah sehari untuk ke Pulau Jeju ini pemandunya telah memenangi kategori perkhidmatan teksi terbaik pada tahun 2011 dan pemandunya memang memberikan servis terbaik walaupun kurang pandai berbahasa Inggeris. Kos sehari teksi ini hanya RM120 sahaja. Agak berpatutan kerana kami jalan-jalan daripada pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang dan teksi ini boleh dinaiki oleh 6 orang kerana ianya adalah teksi jumbo.

Jangan salah anggap penulis tidak mendapat apa-apa komisen daripada hotel ini. Just nak share experience.

Berbalik kepada cerita makanan halal tadi, kami telah memesan makanan dari restoran ini berdasarkan gambar dari menu berkenaan. Pekerja restoran ini tidak tahu berbahasa Inggeris dan kami hanya memesan makanan dengan cara main tunjuk pada gambar. Restoran ini penuh dengan orang Korea dan tiada pelancong lain apatah lagi oran
g Malaysia. Hanya kamilah orang bukan Korea di situ.


Makanan memang sedap apatalah lagi bila perut memang lapar dan makanan yang dihidangkan panas-panas dan kita menikmati semasa cuaca sejuk. Harga berpatutan iaitu RM80 untuk 6 orang makan.

Kami memesan makanan utama iaitu makanan ikan timah di masak dengan kimchi dan sup ikan dimasak dengan sejenis sayur (tak tahulah sayur apa). Ikan timah ini adalah seafood yang popular di Korea dan pulau Jeju sangat terkenal dengan ikan ini. Harga sekilo ikan ini di sini adalah dalam RM100 ..mahal. Kalau di Malaysia tak sampai pun RM10 sekilo. Kami juga memesan ikan panggang (tak tahu nama ikan ini..makan je lah). Yang paling sedap adalah sup ikan ini...sampai sekarang masih teringat-ingat rasanya.


Sup ikan, ikan panggang dan ikan timah masak dengan kimchi
Side dishes termasuk nasi adalah percuma dan boleh refill. He..he..he apalagi, perut memang lapar dan sedap maka bertambah-tambah lah kami makan.  Macam mana kami tahu ianya percuma ..pekerja restoran ini yang beritahu ..tahu pulak dia perkataan free. Universal word perkataan ini.. ha .. ha ..ha.
The side dishes


Nasinya adalah seperti nasi yang biasa-biasa di Korea.  Lembut dan seperti pulut dan dihidangkan di dalam mangkuk besi.



Kami tidak memesan apa-apa minuman kerana air kosong dan green tea dihidangkan secara percuma dengan set makanan yang kami pesan.

Inilah restorannya dari luar (sorry..gambar blur. Tangan ketar dek sejuk)


Berhampiran dengan restoran ini terdapat banyak restoran yang menjual makanan eksotik. Bagi mereka yang meminati makanan begini bolehlah berkunjung ke kawasan ini. Jangan ditanya bagaimana rasanya kerana tidak le kami try..
 
Antara makanan eksotik yang ada dijual di restoran berhampiran


Blog berkaitan :
 

0 comments:

Post a Comment