Monday 1 May 2017

Jalan - jalan Turki 2016: Musim bunga di Istanbul


2-4 April 2016


Semasa kami berkunjung di Istanbul pada  awal April 2016, kami sempat menyaksikan musim bunga di sini. Tulip festival di Gulhane Park sedang berlangsung dan bunga-bunga tulip di sini sedang berkembang mekar. Bunga - bunga tulip di sini disusun rapi bersama dengan bunga Grape hyacinths. Susunan bunga-bungaan ini memang cantik dan geram melihatnya. Rasa nak berguling-guling kat celah-celah bunga tu. Untuk masuk ke taman ini tiada bayaran dikenakan. So bolehlah nak masuk banyak kali. Hanya nak masuk tandas kena bayar RM1.50. Nak jimat jangan masuk tandas. He he.

Tulip flower bed di Gulhane Park
 

Tulip yang digandingkan dengan Grape hyacinths
 
Tulip yang sedang mekar
 
Close up bunga tulip




 Close Up Grape hyacinths


Bunga sakura di Gulhane Park


Di sekitar bandaraya Istanbul (terutama sekali di kawasan Sultanahmet) juga dihiasi dengan bunga tulip walaupun tak semeriah di Gulhane Park. Adalah disarankan kalau anda hendak menyaksikan bunga tulip,  berkunjunglah ke sini di hujung bulan Mac hingga minggu ke dua bulan April kerana bunga-bunga ini tak mekar lama. Semasa kami ke sini pun ada bunga yang sudah mula layu kerana cuaca sudah semakin panas di sini (18 - 23)
Bunga tulip di sekitar Sultanahmet



 Hagia Sophia


 Masjid biru


Di sekitar bandaraya Istanbul tak banyak pokok jadi semasa musim bunga, bunga-bunga kebanyakannya boleh dilihat di taman - taman sahaja. Kami hanya dapat melihat satu pokok bunga sakura di sini (di Gulhane Park). Pokok sakura di depan Masjid Biru sudah gugur bunganya. What to expect..this is not Japan. Jangan nak mencari-cari bunga sakura di sini..he he.

Pokok sakura tanpa bunga




Blog berkaitan;

Jalan - jalan Turki 2016 : Capadoccia, the land of beautiful horses










0 comments:

Post a Comment