Wednesday 19 October 2016

Jalan - jalan London 2014: Bigbus hop on hop off



5 Mei 2014
Hari ini kami bersiar-siar di Kota London dengan menaiki bas hop on hop off BIG BUS. Konsep bas ini sama seperti bas yang kami naiki di Paris.  Hanya bezanya kali ini kami menaiki bas dari syarikat lain pula. Bus stop bas ini agak dekat dengan hotel kami (Hotel Berjaya Eden , Bayswater), iaitu lebih kurang 400 meter. Jadi mudah kami untuk menaiki bas ini tanpa menaiki tube.
Kali ini kami menempah bas ini melalui online untuk memastikan kami mendapat diskaun. Harga seorang dewasa adalah GBP20 (RM110) dan kanak - kanak separuh harga untuk dua hari. Bas ini mempunyai 3 route; merah, biru dan hijau. Kita boleh menaiki bas ketiga-tiga route ini dengan harga satu tiket.  Kami juga diberikan free cruise di River Thames yang kami gunakan di hari ketiga kami di kota London.
Pemandangan kota London memang jelas di atas bas ini kalau kita duduk di tingkat atas yang tidak berbumbung. Walapun agak sejuk tetapi kami gagahkan jua kali ini untuk duduk di atas. Di bawah adalah gambar-gambar yang  ambil semasa di dalam bas  
Commercial centre
Westminister


 
Hotel Langham


Tugu peringatan


Madame Tussauds

Red bus of London

 London Eye

Tak pasti nama bangunan-bangunan ni









Pokok - pokok ni banyak di sepanjang jalan


Gereja kecil kot

Hendak melalui London Bridge

Di atas London Bridge




Tower of London (istana berhantu)


Kami pusing satu round dulu dengan bas ini barulah kami berhenti di tempat yang kami hendak lawati. Satu pusingan route ni mengambil masa satu jam.

Antara tempat yang kami lawati menggunakan bas ho ho ni:

1. National Gallery

Tempat ini merupakan sebuah muzium seni yang terletak di Trafalgar Square di Bandar Westminister, London tengah. Antara karya seni yang dipamerkan di muzium ini adalah karya daripada Leonardo da Vinci, Vincent Van Gogh, Michaelangelo, Rafael dan ramai lagi. Berbeza dengan Louvre Museum, tiada bayaran masuk dikenakan untuk memasuki muzium ini. Sewaktu kami melawat muzium ini, tidak ramai pengunjung yang datang ke sini dan tiada barisan panjang untuk memasukinya. Jadi bolehlah menghayati karya seni di sini dengan tenang dan damai.
Bangunan National Gallery
 


2. Trafalgar Square

Di luar muzium ini terletak Trafalqar Square , yang diberi nama sempena pertempuran Trafalgar, yang dimenangi oleh tentera British di Cape Trafalgar, Sepanyol. Di sini terdapat air pancut,  Nelson Column (patung singa) dan patung-patung tokoh terkenal Britan. Terdapat banyak burung merpati di sini dan anak saya cukup suka untuk memberi makan burung -burung ini. Tempat ini memang sesuai untuk berpiknik dan bersantai selepas letih seharian membelek karya seni di National Gallery.

Nelson Column


 Patung ayam warna biru..musykil pulak apa keistimewaan ayam ni sampai patungnya diletakan di sini


Trafalgar Square dan National Gallery

3. Tower of London

Tower of London merupakan sebuah istana ratu yang terletak di tepi Sungai Thames dan pernah menjadi sebuah penjara yang menempatkan tawanan yang akan dihukum mati termasuk bekas ratu England, Anne Boleyn yang dihukum pancung pada kurun ke 16. Hantu ratu ini dikatakan selalu berkeliaran dengan membawa kepalanya di menara istana ini. Selain dari cerita hantu, istana ini juga terkenal kerana menempatkan mahkota ratu dan objek-objek simbol kerajaan monarki Britain. Kami hanya bersiar-siar di luar istana ini dan tidak masuk. Selain daripada takut tersampuk dengan hantu Anne Boleyn kami juga takut tersampuk dengan harga tiket masuknya yang mahal (GBP25 seorang) ..ha ha. Kalau tiga orang kosnya dah hampir RM300. Next time maybe.
Di perkarangan Tower of London

Tower Bridge jelas kelihatan dari Tower of London




 4. Tower Bridge

Tower Bridge merupakan ikon kota London seperti Effiel Tower untuk Paris dan ianya dibuka pada kurun ke 19. Ianya merentasi Sungai Thames dan  terletak berhampiran dengan Tower of London dan the Shard (di seberang). Kami hanya berjalan kaki dari Tower London ke sini sejauh 300 meter. Jambatan ini boleh dilalui oleh pengguna secara berjalan kaki atau menggunakan kenderaan secara percuma. Namun untuk menaiki menara dan observation deck jambatan ini kita perlu membayar sebanyak GBP8 seorang. Ada pameran di atas observation deck ini yang menceritakan sejarah jambatan berkenaan.


Pameran di atas observation deck
Pemandangan kota London dari menara jambatan
HMS Belfast (Imperial War Museum)
The shard (bangunan tertinggi di UK) berhampiran penghujung jambatan
Bilik enjin Tower of London
Telur Gergasi berhampiran dengan the Shard

Kesimpulannya menaiki hop on hop off bus ini agak menyeronokan untuk kita melihat kota London dengan lebih jelas lagi dan untuk  mendapat bearing di mana kedudukan setiap tempat-tempat menarik untuk dilawati.






0 comments:

Post a Comment