Monday 17 April 2017

Jalan - jalan Taiwan 2016: Taipei


3 Disember 2016

Hari  ketiga di Taiwan kami luangkan dengan berjalan di sekitar Taipei sahaja. Cara perjalanan kami adalah dengan menaiki MRT kerana kebanyakan tempat menarik di bandaraya ini boleh dikunjungi dengan keretapi ini dengan kos yang agak berpatutan.  Kos satu perjalanan MRT dalam lingkungan NT25 - 60 sehala bergantung kepada jarak perjalanan. Bayaran MRT boleh dibuat dengan Easy Card (berfungsi seperti kad touch n go). Jumlah nilai dalam kad ini boleh kita top up dari 7-11, dari mesin layan diri di stesen MRT atau  petugas di kaunter tiket di stesen-stesen MRT. Maklumat Easycard ni boleh dirujuk di https://www.easycard.com.tw/english/easycard/index.asp

Kami memulakan perjalanan dengan menaiki MRT dari stesen Taipei. Oleh kerana hotel kami dekat dengan stesen Taipei kami berjalan kaki sahaja untuk ke stesen ini.  Stesen Taipei ni agak luas dan  ada banyak pintu untuk masuk ke stesen.  Kami masuk dari pintu South 3.

Stesen Taipei dari luar


Pintu South 3

Kaunter tiket dalam stesen

Ruang legar stesen agak luas tetapi tidak disediakan kerusi untuk duduk di sini. So ramai yang  lepak-lepak dan duduk-duduk atas lantai di ruang legar stesen
 
Di bawah stesen Taipei terdapat underground shopping. Kebanyakan barangan yang dijual di sini adalah pakaian, kasut, cenderahati dan barangan anime.  Harga agak berpatutan. Pada hari keempat kami shopping dan juga dinner di sini. Di bahagian Y26 terdapat beberapa gerai Indonesia yang menyajikan makanan halal citarasa Indonesia. Harga berpatutan ikut standard Taiwan (RM12 - 18 sepinggan nasi). Kat bahagian Y26 ni banyak kedai-kedai Indonesia yang menjual top up, money changer, pakaian Indonesia dan sebagainya.
 
Underground shopping


Bahagian Y26

 
Gerai tempat kami menjamu selera



 
MRT Taipei ada 5 line kesemuanya dan dibezakan mengikut warna. Asalkan faham konsep MRT dan tahu stesen mana yang perlu berhenti , tiada masalah untuk menaiki MRT di Taipei. Pengumuman dalam train dibuat dalam bahasa mandarin dan English. So  kita tak perlu risau  tak paham apa yang diumumkan . Tapi kalau tak laham English tak boleh le nak tolong
Antara tempat yang kami kunjungi hari ini dengan menaiki MRT ini adalah Chiang Kai Shek Memorial, Masjid Besar Taipei, Zoo Taipei, Maokong dan Taipei 101.

1. Chiang Kai Shek Memorial

MRT Station : Stesen Chiang Kai Shek Memorial (Line 2, Merah)

Tempat yang pertama kami lawati adalah Chiang Kai Shek Memorial. Bangunan ini merupakan monument nasional untuk memperingati presiden pertama Taiwan, Chiang Kai Shek. Monumen ini dikelilingi oleh taman dan terletak berhampiran dengan bangunan National Theater dan National Concert Hall

Bangunan Chiang Kai Shek Memorial

Patung Chiang Kai Shek di dalam bangunan memorial ini. Patung ini dijaga oleh 2 orang guard dan ada Changing of Guard of Ceremony setiap jam

Pemandangan dari atas monument. Kelihatan National Theater di sebelah kiri dan National Concert Hall di sebelah kanan.
Taman  disekitar monument ini ditanam dengan pelbagai pokok dan bunga yang bersesuaian dan dijaga rapi. Taman ini yang menambahkan keindahan kawasan memorial ini
 


Selepas sejam di memorial ni kami menaiki MRT untuk ke Masjid Besar Taipei untuk solat dan makan tengahari di restoran Indonesia yang terletak bersebelahan dengan masjid ini.

2. Taipei Grand Mosque (Masjid Besar Taipei
MRT Station: Dongmen Station / Daan Station, Line 2 (Merah)

Untuk ke masjid kami menaiki MRT ke Dongmen Station yang terletak hanya satu stesen sahaja dari Chiang Kai Shek Station. Sebenarnya untuk ke masjid ini lebih dekat lagi kalau berhenti di Daan Station. Pemandangan pun lebih menarik dari stesen ini kerana melalui Daan Park. Tapi kami tersilap turun stesen pulak untuk ke masjid. Hanya bila balik dari masjid je kami naik MRT dari Daan Station dan menyedari kesilapan kami.

Perjalanan dari Dongmen Station ke masjid adalah sejauh 900 meter. Kiranya berpeluh ketiak juga nak menapak (hanya kami tak berpeluh sebab cuaca dingin masa tu).

Exit 6, untuk ke masjid. Keluar dari exit, belok kiri dan jalan dalam 300 meter, kemudian seberang jalan di sebelah kanan. Jalan terus sejauh 600 meter dan akan jumpa masjid (tak yah belok-belok lagi)

Suasana pesekitaran untuk ke masjid

Taipei Grand Mosque (2 tingkat, ruang solat wanita di tingkat atas)
 
 
Sebelum solat kami lunch dulu kerana anak dah kelaparan. Kami lunch di restoran Indonesia, Royal Café & Restaurant yang terletak di sebelah masjid (kena seberang jalan kecil dulu)

Pemandangan luar restoran

Minuman yang kami order. Jus alpukat memang marvellous
 


Tak ingat makanan apa yang kami order (Nasi goreng dan ayam penyet kot). Harga makanan agak berpatutan ikut standard Taiwan (dalam RM16 - 18 sepinggan)



Selepas kenyang, kami pun bersolat jama' di masjid. Ruang masjid tidak lah luas tetapi mencukupi keperluan jemaah. Di sini kami bertemu dengan pelajar Palestin wanita yang sedang mengikut kursus jangka panjang bidang fishery di Taipei
 

Kami kemudiannya menaiki MRT dari Daan Park Station untuk ke Taipei Zoo. Masa tu dah pukul 3.00 p.m . Kami hanya berharap zoo masih buka masa kami sampai nanti

On the way ke MRT Station kami melalui Daan Park. Nampak menarik taman ini walaupun kami tak sempat untuk singgah
 
 
Jalan ke Daan Park Station lebih redup, tenang dan tak payah cross banyak jalan

Daan Park Station


3. Taipei Zoo

MRT Station:  Stesen Taipei Zoo, Line 1 (Coklat)

Untuk ke stesen Taipei Zoo kami perlu tukar keretapi di stesen Daan. Stesen Taipei Zoo merupakan hentian terakhir Line 1. So agak lama jugalah kami dalam keretapi (dekat setengah jam). Kebanyakan masa keretapi ini bukan dalam tanah, jadi dapatlah kami menikmati permandangan di sekeliling. Kebanyakan tempat yang dilalui adalah residential area.

Masa kami sampai Stesen Taipei Zoo, masa tu dah pukul 4.20 p.m. 10 minit lagi sebelum masa terakhir masuk zoo. Oleh kerana masa dah singkat, terpaksalah kami berjalan  laju menapak ke zoo. Kalau zoo ni tutup memang anak saya frust sebab dah berjanji dengan dia untuk ke zoo sebelum ini. Alhamdulilah kami sempat beli tiket dan masuk ke zoo. Harga tiket dewasa adalah NT60 (RM8) dan kanak-kanak NT30 (RM4). Kira murahlah nak masuk zoo ni dibandingkan di Malaysia dan negara lain.

Zoo Taipei merupakan zoo terbesar di Asia yang menempatkan  pelbagai haiwan daripada  Taiwan, Australia, Africa, Asia, dari gurun dan zon temperate. Ianya juga menempatkan12000 burung daripada 130 species. Zoo ini juga mempunyai bahagian insectarium, amphibian, reptile, penguin, koala dan juga panda. Terdapat 3 ekor panda di zoo ini, hadiah daripada kerajaan China. Tiada bayaran berasingan dikenakan untuk melihat panda ni. Oleh kerana kami ni masuk masa orang dah nak keluar maka kami tak perlulah beratur panjang untuk tengok si panda.

Si panda yang sedang sibuk makan buluh
 

Koala

Monyet (macam tak pernah tengok pulak monyet kat Malaysia)
 
Tak sempat nak masuk seksyen ni sebab anak saya nak masuk bahagian insectarium

Bahagian insectarium (anak saya memang suka pergi section ni kalau pergi mana-mana zoo. Entahlah apa yang menarik sangat dengan serangga ni yang dia cukup minat)
 

 Rama - rama di insectarium


 
 
Kami tak sempat sangat nak meneroka zoo ni. Antara tempat yang kami sempat pergi adalah kat bahagian panda, koala, monyet, rusa dan insectarium. Keluar je dari insectarium hari pun dah malam (pukul 6.00 p.m). Zoo pun dah nak tutup. Kalau betul-betul  puas nak tengok binatang di sini, kami kena seharian di sini sebab zoo nya memang luas sangat.

4. Maokong

MRT Station:  Stesen Taipei Zoo, Line 1 (Coklat)

Destinasi kami seterusnya adalah ke Maokong. Untuk ke Maokong kita boleh menaiki Maokong Gondola yang stesennya tak jauh dari zoo dan terletak dalam 300 meter dari MRT Station Taipei Zoo.

Maokong merupakan perkampungan yang terletak di puncak Gunung Maokong. Dari sini kita boleh melihat permandangan jelas bandaraya Taipei. Maokong juga merupakan antara tempat paling scenic di Taipei dan juga terkenal dengan penanaman tehnya. Kira macam Cameron Highlands lah. Sayangnya kami ke sini di waktu malam, so tak boleh nak menikmati pemandangan sekitar. Hanya kelihatan pemandangan bandaraya Taipei di waktu malam sahaja di sini.

Pemandangan di waktu malam bandaraya Taipei yang dapat kami lihat dari Maokong


Selain daripada menaiki gondola pengunjung boleh menaiki bas mini bernombor S10 untuk ke Maokong. Kami memilih untuk menaiki Maokong Gondola kerana rasanya lebih mudah dan lebih scenic. Kos one way gondola adalah NT50 (RM7) untuk dewasa. Kanak-kanak  boleh naik dengan percuma. Terdapat dua jenis gondola yang boleh dinaiki; Crystal Cabin dan yang biasa. Jenis Crystal Cabin ni lantainya transparent so boleh nampaklah pemandangan di bawah. Oleh kerana kami pergi di waktu malam so it does not make any different pun. Barisan untuk naik gondola ni memang pendek sebab tak ramai yang pergi di waktu malam ke sini. Kiranya agak sunyi sepi juga lah Maokong ni di waktu malam


Oleh kerana tak ada apa nak tengok sangat di waktu malam di Maokong ni kami pergi sekejap je. Dalam sejam kami turun balik.

5. Taipei 101

MRT Station:  Stesen  Taipei 101, Line 2 (merah)

Destinasi terakhir kami hari ni adalah ke Taipei 101.. Oleh kerana dah letih dan rasa lapar kami melihat bangunan ni dari luar sahaja dan tak masuk ke dalam bangunan pun. Kami kira nak pergi lain hari untuk masuk dan meninjau-ninjau di observation deck nya (tapi rupa-rupanya tak sempat nak ke sana di hari lain pun).

Taipei 101 di waktu malam

 
Kami menapak dalam 300 meter  dari stesen Taipei 101 untuk ke Restoran Khana Khazanah , restoran halal makanan India untuk dinner malam tu. Restoran ni terletak di seberang jalan dari Hotel Grand Hyatt Taipei.
 
Kami makan nasi biryani dan roti naan di sini. Harga nasi beriyani NT380 sepinggan (RM50++). Nasinya banyak so kami kongsi untuk tiga orang makan. Lagipun dah order roti naan juga. Memang kenyang. Rasa makanan di sini ok dan memang authentic Indian food.
 
Selepas makan, kami balik ke hotel dengan menaiki MRT juga. Walaupun penat tetapi rasa puas seharian berjalan sendiri, at our leisure, with our own pace & with minimum cost.
 
 
Blog berkaitan:
 
Jalan - jalan Taiwan 2016 : Hari Pertama

Jalan - jalan Taiwan 2016: Taroko Gorge

Jalan - jalan Taiwan 2016 : Beitou Hot Springs dan Yehliu Geopark









0 comments:

Post a Comment