Monday 14 December 2015

Jalan - jalan Beijing 2011 : Tembok Besar Cina Mutianyu

 

2 Mei 2011

Setelah membaca pelbagai review kat dalam internet kami mengambil keputusan untuk pergi ke Mutianyu Great Wall dan bukan ke bahagian Tembok Besar yang selalunya pelancong berkunjung. Untuk ke sini perjalanan lebih jauh dan memakan kos yang lebih tinggi. Kenapa kami memilih untuk ke sini? Di sini tidak ramai orang so takdelah rasa berebut rebut dengan pelancong lain untuk bergambar dan menikmati suasana. Tembok Besar Mutianyu ini juga dikatakan lebih cantik.

Untuk ke sini kami menyewa kereta dengan pemandu yang boleh berbahasa English. Nama pemandu kami ini Lee. Kami telah menempah perkhidmatannya untuk ke Tembok Besar dan juga ke Ming Tomb dengan kos sebanyak RM400.. Dikongsi oleh 4 orang ( 2orang adalah pasangan suami isteri, kawan kami yang ikut sama pada trip ni), so seorang bayar dalam RM100.00. Saya berhubung dengan Mr Lee ni melalui email setelah membaca review yang baik berkenaan dengan perkhidmatannya.


Beijing merupakan bandaraya yang dipenuhi dengan bangunan tinggi ...concrete jungle. So sukar sedikit untuk melihat rimbunan pokok-pokok. Bentuk muka bumi Beijing juga ada landai dan tidak berbukit bukau.Walaupun kami pergi pada penghujung musim bunga cuaca adalah panas dan udara juga kering. Apa yang dapat diperhatikan di sepanjang perjalanan adalah sikap pemandu di Beijing. So scary...tidak mengikut undang-undang dan memandu sesuka hati. Dibandingkan dengan driver di Malaysia lebih berhemah sangat pemandu Malaysia. Yang pelik tidaklah pulak berlaku banyak kemalangan.

Setelah sejam setengah dalam perjalanan barulah pemandangan bukit bukau boleh dilihat dan rimbunan pokok pokok kelihatan di sepanjang jalan. Ada juga penjual buah menjual pelbagai buah termasuk buah strawberi dan kacang-kacangan. Kami singgah membeli di sebuah gerai di sini dan mendapati harga buah dan kacang-kacang di sini ini agak mahal. Buah strawberi harganya dalam RM28 sebakul..tetapi buahnya besar-besar dan juicy. Walaupun mahal tetapi saya beli juga buah strawberi tu..just untuk merasa buah strawberi di sini. Nasib baik rasa buah strawberi nya agak manis dan tidak masam seperti buah strawberi di tempat kita.

Pemandangan sebelum sampai ke Tembok Besar Mutianyu


Inilah Tembok Besar nya...tidaklah besar tetapi panjang

 
 

Apa agaknya makna tulisan di gambar di bawah...Selamat datang ke tembok besar kot
Setelah menghabiskan masa berjalan-jalan di Tembok Besar ni dalam 2 jam kami pun bertolak ke Ming Tomb. Ming Tomb ni tidak jauh daripada Tembok Besar ini iaitu dalam setengah jam perjalanan. Ming Tomb ini merupakan tanah perkuburan Maharaja China Dinasti Ming dan kaum kerabatnya. Sorry no photo. Gambar hilang...hu hu hu.