Thursday 20 August 2015

Jalan - jalan New Zealand 2010 : Canterbury Museum dan Botanical Garden, Christchurch


19 November 2010


Hari ini kami sambung jalan jalan di bandar Christchuch sebelum menaiki flight ke Auckland di sebelah petangnya.

Canterbury Museum

Tempat pertama kami pergi adalah Canterbury Museum. Sepanjang  di New Zealand inilah satu-satunya muzium yang kami pergi. Tiada bayaran masuk dikenakan. Koleksi muzium ini yang saya rasa unik dari muzium lain adalah pameran Maori dan Discovery of Antarctica.

 






Gambar dalam muzium tak banyak ambil..antara yang diambil adalah gambar batu ni...batu meteorite. Gambar batu  ni je lah dapat share dalam blog ni

Christchurch Botanic Garden

Taman ini terletak di sebelah muzium sahaja. Bayaran masuk adalah percuma tetapi untuk menaiki shuttle untuk pusing-pusing garden ni kena bayar. Memikirkan taman ini sangat luas dan kami kesuntukan masa untuk meneroka taman ini dengan berjalan kaki kami membuat keputusan untuk naik shuttle bus ni, Masa ni hujan rintik rintik jadi shuttle ni diaorang bubuh plastik supaya tak basah. Nasib baik kemudiannya hujan berhenti boleh lah melihat pemandangan dengan lebih jelas dan tak dikaburi dengan plastik ni.



Antara tempat persinggahan shuttle ni adalah Rose Garden. Kat sini bunya mawarnya besar-besar dan dari pelbagai spesies

















Tak tahu ini bunga apa.. tapi cantik sangat view bunga - bunga ni berguguran. Gambar ni diambil atas shuttle. Tak turun pun



Pokok - pokok bunga sekitar taman ni. Namanya jangan tanya.. sumpah aku tak tahu
 

















Selepas jalan - jalan di Botanical Garden tu kami naik tram dan kemudiannya jalan kaki ke hotel. Semasa dalam perjalananan balik kami jumpa burung ni di depan sebuah restoran. Tertarik nak ambil gambar burung ni dan terus tangkap gambar dan ini hasilnya....



Selepas ambil beg di hotel kami menaiki shuttle ke Christchurch Airport untuk menaiki flight ke Auckland. Shuttle ni paling menjimatkan untuk pergi ke airport (harga NZD10) dan ianya berkonsepkan door to door. So tak yahlah nak heret beg ke perhentian shuttle (dekat dengan Tram Station kerana ianya mengambil  kami dari hotel (nasib baik kerana beg kami sudah beranak pinak).

Kami sampai di Auckland Airport sebelum senja dan terus menaiki shuttle hotel ke hotel tempat kami menginap malam ini. Tiada aktiviti jalan-jalan malam tersebut kerana terlalu letih. Hanya aktiviti zzz sahaja.

Esoknya kami  berniat ke bandar Auckland untuk jalan - jalan sebelum bertolak balik ke Malaysia tetapi hasrat dibatalkan kerana kesuntukan masa (gara-gara terlajak tidur..belum boleh adjust lagi dengan time NZ). Kami menaiki flight ke Kuala Lumpur  pukul 1.00 tengahari dan kami tiba di Malaysia pada malam 19hb November, di hari yang sama (kerana penjimatan hari).  Sampai ke hari ini sedikit rasa kesal kerana tak sempat meronda-ronda bandar Auckland seperti yang dirancang.





Blog berkaitan :
 
 
 
 
 
 























Wednesday 12 August 2015

Jalan - jalan New Zealand 2010: Tram, Punting, Gondola dan Tarian Haka di Christchurch





18  November 2010

Hari ini kami hanya berjalan di sekitar Christchurch dan kawasan sekitarnya. Kami mengambil pakej Combo yang lebih menjimatkan untuk menaiki tram, punting dan gondola.


Ini harganya...

Heritage Tram

Menaiki Christchurch Heritage Tram merupakan satu pengalaman unik bagi kami untuk jalan - jalan di sekitar bandar ini. Sebenarnya inilah pertama kali saya naik tram. Tram ini merupakan satu tarikan pelancong di bandar Christchurch yang mana tram lama  telah dibaikpulih . Tram ini berkonsepkan hop on hop off yang mana kita hanya perlu membeli sekali sahaja tiket untuk digunakan di sepanjang hari dan boleh berhenti di mana-mana hentian yang ada.

Inilah tram nya  ...


Gambar bandar Christchurch di ambil di atas tram ...











Kesimpulannya selepas naik tram ni Bandar Christchurn ni cantik, bersih dan elegan (cedok perkataan yang Christchurch selalu digelar). Penduduk pun tak ramai dan jalanraya pun tak sibuk.

Punting on the Avon 

Kami tak melepaskan peluang untuk mencuba satu lagi tarikan di bandar ini iaitu punting on the avon. Tour ini adalah merupakan aktiviti punting di Sungai Avon dan melalui Christchurch Botanic Garden. Pendayung bot ini memakai baju ala Edwardian dan mendayung bot dengan perlahan. sementara penumpang boleh menikmati pemandangan di sepanjang laluan dengan cara yang santai dan unik.

Kami rasa seronok juga ber punting ni kerana rasa sungguh santai, mendamaikan, dapat melihat pemandangan indah dan tengok orang berkelah di tepi sungai ni. 






Pemandangan diambil dari atas punting








Selepas aktiviti berpunting... kami sambung dengan misi mencari restoran halal. Kami terjumpa dengan seorang penjual wanita yang memakai tudung (muslim) di salah satu gerai di depan Christchurch Cathedral dan bertanyakan di mana restoran halal yang ada di sini. Penjual tersebut memberitahu kami ada gerai di Foodcourt di Terminal Bas Christchurch dan menunjukan arahnya yang tidak jauh dari situ. Kami terjumpa dua gerai halal di sini dan akhirnya hari ke 6 baharulah dapat jumpa nasi...alhamdulilah. Kos sepinggan nasi NZD10. Dalam RM26 sepinggan. Sorry gambar takde..lapar sangat sampai lupa ambil gambar.  

Christchurch Gondola

Selepas makan, kami orang pun menaiki  Gondola Shuttle selama 15 minit untuk ke  Gondola Base Station di Heathcote Valley. Stesen Gondola Shuttle ni terletak bersebelahan saja dengan Christchurch Cathedral. Perjalanan dari stesen ini ke Summit Station di Puncak Mount Cavendish hanya selama 10 minit. View di sini sangat awesome. Masya Allah cantik sangat. Layan le gambar di bawah ni...biar gambar bercerita.











Persembahan Tarian Haka
Kembali ke bandar Christchurch kami pergi menontoh persembahan tarian haka. Pesembahan ni tidak lama ..kalau tak silap dalam setengah jam tetapi menghiburkan dan merupakan pengalaman yang unik. Harga tiket tak ingat berapa. Tempat pun tak ingat kat mana tetapi kami hanya menaiki tram untuk ke sini. Sebenarnya kami kebetulan jumpa iklan persembahan tarian haka ini masa kami berhenti di tram stop di tempat ini. Silap tak ambil gambar di luar dewan ..boleh le ingat nama tempatnya kan..kan..kan




Blog berkaitan :


Jalan-jalan New Zealand 2010 : Queenstown