Sunday 2 October 2016

Jalan - Jalan Paris 2014 : Menyelusuri Sungai Seine dengan Hop On Hop Boat Cruise



3 Mei 2014

Hari kedua di Paris kami telah menaiki Seine River Cruise yang berkonsepkan hop on hop off daripada syarikat Batobus untuk menikmati pemandangan menarik di sekitar Sungai Seine. Tempahan telah dibuat secara online bagi memastikan kami mendapat diskaun. Harga selepas diskaun adalah Eur14 (RM56 seorang).  Terdapat beberapa jeti syarikat ini yang kita boleh naik cruise berkenaan tetapi kami memilih untuk naik di jeti Notre Dame. Untuk ke jeti Notre Dame kami perlu menaiki metro. Stesen metro agak dekat dengan hotel kami, iaitu dalam 300 meter sahaja.  Lokasi hotel kami ini agak strategik yang mana ianya berdekatan dengan stesen Gare de Nord dan Gare d ' Est. Restoran halal pun agak banyak di sekitar hotel ini dan ini memudahkan kami untuk makan. Harga hotel agak murah dibandingkan dengan hotel lain di Paris iaitu RM280 semalam untuk 3 orang. Namun bilik agak sempit dan liftnya agak scary mary. Sempit dan agak antik. Hanya 2 orang sahaja yang boleh muat dalam lift hotel tersebut dan sekiranya ada luggage seorang sahaja boleh masuk ke dalamnya. Kawasan hotel ini di waktu siang agak sunyi tetapi meriah di waktu malam. Kebanyakan restoran halal di sini pun di buka di waktu petang dan ditutup lewat malam.

Pemandangan di sekitar  hotel kami, Hotel de Bordeaux

Stesen Gare d'Est. Di seberang stesen ini terdapat restoran halal ..restoran Morroco.  

Salah satu entrance untuk ke Stesen metro Gare d'Est..



Kami menaiki metro dari stesen Gare d'Est dan berhenti di stesen Cite, yang terletak di pulau yang menempatkan Notre Dame sebagai latar tempat untuk cerita Hunchbuck of Notre Dame.  Dari stesen metro Cite, kami bersiar-siar di pulau ini yang penuh dengan bangunan lama yang memiliki senibina yang lama tetapi menarik.


Bangunan Palais de Justice de Paris. Kami tak masuk dan hanya meninjau-ninjau di luar




Bangunan Catheral of Notre Dame...pun kami tak masuk



Bunga - bunga di taman  berhampiran Catheral of Notre Dame. Oleh kerana kami pergi di musim bunga jadi banyaklah bunga berkembang

 



 Pemandangan di sekitar pulau Notre Dame
  



Satu perkara yang menarik yang kami jumpa di Paris adalah self cleaning toilet.. Percuma tetapi perlu beratur panjang kerana hanya ada satu tandas (untuk lelaki dan wanita) di satu tempat.. Setiap pengguna hanya diberi masa 3 minit sahaja untuk menggunakan tandas ini. Selepas 3 minit tandas ini akan mencuci dirinya sendiri...so tak boleh lah berlama-lama di dalamnya. Self cleaning toilet ni  ada di sekitar kota Paris ni dan bukan hanya di pulau ini sahaja.


Ingatkan ini jeti cruise kami...rupanya bukan. Kami kena menapak sikit dari sini untuk ke jeti cruise Batobus

Inilah baru jeti cruise kami..di seberang sungai, berhadapan Catheral Notre Dame rupanya





Bot cruise ini berdinding dan beratap kaca bagi membolehkan penumpang dapat menikmati sepenuhnya pemandangan di sepanjang sungai ini. Setelah setengah jam kami menunggu giliran, akhirnya kami pun menaiki cruise berkenaan. Cruise ini adalah berkonsepkan hop on hop on jadi kita boleh turun naik di setiap hentian yang dilalui tanpa perlu membayar lagi. Tiada pemandu pelancong atau maklumat diberikan di sepanjang cruise ini.


Pemandangan kota Paris yang boleh dilihat semasa cruise









Selepas 20 minit naik cruise ini kami singgah di perhentian Effiel Tower untuk melihat menara ini secara lebih dekat lagi.


Effiel Tower yang famous...tapi kami tak naik pun. Kos untuk naik ke menara ini agak mahal dan barisan pun panjang 



Pemandangan di sekitar taman berhampiran Effiel Tower


 Oleh kerana cuaca mendung dan kemudiannya hujan menara ini tidak kelihatan cantik di dalam gambar, berbeza sekali apabila kami datang esoknya



Kami menghabiskan masa selama dua jam di sini sebelum kami menaiki cruise ini ke untuk destinasi kami yang seterusnya.

Blog berkaitan

Jalan - jalan Paris 2014: Hari pertama
Jalan - jalan Paris 2014: Bersiar-siar dengan bas Hop On Hop Off

 















0 comments:

Post a Comment