Sunday 18 December 2016

Jalan - jalan Taiwan 2016 : Hari Pertama



1 Disember 2016

Plan nak ke Taiwan ni kiranya agak tiba - tiba.  Selalunya kalau nak ke oversea, kami akan beli tiket awal, sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum bertolak. Kali ni tak sampai sebulan nak bertolak baru nak beli tiket.  Tiba - tiba je rasa nak pergi holiday waktu anak cuti sekolah. Kami ke Taiwan tak lama. Hanya 5 hari 4 malam.

Flight Ke Taipei

Kami ke Taipei menaiki flight Airasia. Mula- mula plan nak naik Vietnam Airlines sebab lebih murah. Tapi tak jadi sebab kena tambah cuti pulak sebab kena transit di Ho Chi Minh. Hujung-hujung tahun nie payah sikit nak bercuti panjang. Banyak kerja kena settle kat opis.

Harga tiket Airasia termasuk luggage, makan dan beli seat RM800++ seorang. Masa ni cuti sekolah jadi agak mahallah harga tiket.

Flight kami bertolak dari KL ke Taipei pukul 8.00 pagi. Perjalanan ke Taipei memakan masa 4 jam 30 minit sahaja. Agak singkat dan kurang meletihkan. Flight ni agak penuh tapi  berapa orang je orang Melayu. Selebihnya bangsa cina. Maybe Taiwan destinasi pelancongan kurang popular bagi bangsa Melayu.

Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Taoyuan pukul 12.30 tengahari. Masa Taipei sama dengan Malaysia. Lapangan terbang ni bersih, teratur dan moden. Disediakan walkator untuk ke kaunter imigresen jadi tak payah nak menapak. Troli pun disediakan di pintu ketibaan so tak yah risau nak bimbit beg.

Keluar je dari pintu ketibaan ni kami disapa oleh cleaner dalam bahasa Mandarin. Mula-mula tak paham juga apa dia cakap. ..rupa-rupanya dia suruh kami letak anak atas troli. Prihatin makcik ni.





Imigresen

Kami isi arrival form di kaunter disediakan sebelum imigresen. Dalam flight ada pramugari edarkan form ni tapi oleh kerana lupa bawa pen jadi terpaksalah isi di sini.  Menariknya disediakan cermin mata di kaunter ini untuk orang yang rabun.

Kami kena beratur panjang kat imigresen. Sejam juga beratur kat sini sebab ramai orang. Alhamdulilah urusan imigresen tak de masalah. Tak de apa soalan-soalan yang ditanya. Lepas ambil gambar dan scan fingerprint dah lepas. Visa tak diperlukan untuk rakyat Malaysia untuk memasuki Taiwan.

Bagasi
Proses ambil beg pun lancar. Sekejap je dah dapat beg..yalah kan dah lama beratur kat imigresen tadi. Tak kan sejam pun beg tak dipunggah dari pesawat lagi.

Kastam
Urusan kastam pun lancar. Takde barang pun nak declare. Dalam beg ada megi dan biskut je. Pergi sekejap je kat Taiwan malas nak bawa makanan banyak-banyak.

Sim kad

Keluar je dari balai ketibaan kami terus belok kanan ke kaunter jual sim card. Kaunter ni memang dekat je dengan balai ketibaan. Tak payah tercari-cari. Ada beberapa syarikat jual sim kad kat sini. Kami pilih yang di sebelah kiri sekali sebab masa tu barisan pelanggan kat situ paling pendek. Lepas kami beratur tu tiba-tiba je barisan jadi panjang di belakang kami sedangkan kat kaunter syarikat lain kosong. Nama sim kad yang kami beli ni Taiwan Mobile. Tertanya-tanya juga apa yang special dengan syarikat ni. Murah? Nampak sama je harga..emm entahlah.

Sim kad ni boleh guna untuk 5 hari dan internet unlimited. Pakailah internet sampai lembam. No reduce speed. Line memang bagus. Dalam terowong, kat atas gunung dan kawasan terpencil pun internet laju. Anak saya boleh layan youtube lagi masa di Taroko Gorge.

Harganya 300 TWD (RM42) satu sim kad. Proses nak guna simple je. Semuanya staf tu buat. Bayar je lepas tu boleh guna. Tapi kena tunjuk passport sebelum boleh beli.




Easy Card

Untuk memudahkan kami menaiki public transport di Taiwan ni kami beli easy card (macam kad touch n go). Kaunter easy card ni di sebelah kiri semasa keluar balai ketibaan. Dekat dengan escalator untuk turun ke tempat bas.

Kaunter easy card di Lapangan Terbang Taoyuan


Harga easy card ni 100twd (RM14)  dan tidak akan dipulangkan. Yang boleh refund adalah balance yang kita tak guna. Tempat beli dan refund easy card ni selain dari airport adalah di stesen keretapi Taipei dan MRT. Nak tambah balance boleh dibuat di tempat-tempat ini dan 7-11.

Kami tambah nilai sebanyak 500twd untuk satu kad. Setiap seorang kena guna satu kad. Tak boleh share macam istanbulkart. Kad kanak kanak kena beli di stesen Taipei. Kad ni tak dijual di kaunter easy card di airport.

Bas ke Taipei

Ada 4 cara untuk ke bandaraya Taipei dari airport :

1. Naik teksi - paling mudah tapi mahal (kos 1000 TWD ++)
2. Naik Airport Shuttle - Kos 350 TWD seorang
3. Naik shuttle bus + HSR station  ke stesen Taipei  - lecehlah kena tukar2 kenderaan pulak
4. Naik bas 1819 - turun di stesen Taipei

Kami pilih option yang ke 4 untuk jimat bajet. Kos bas ni 120TWD sehala. Kanak-kanak separuh harga. Kad easy card boleh digunakan untuk naik bas ni dan kita tak payah beli tiket bas di kaunter. Oleh kerana tak beli lagi kad easy card untuk anak, kami terpaksa jugalah beli tiket untuk anak dari kaunter bas Kuo Kuang. Kaunter bas dan platform bas terletak di aras bawah.

Tak sangka rupa-rupanya barisan nak naik bas ni punyalah panjang. Sejam jugalah beratur. Kalau tahu begini memang kami naik teksi atau shuttle.

Barisan yang sangat panjang

Naik bas 1819 kat platform 5.

Beg besar kena simpan di ruangan simpanan bagasi. Beg diaorang akan label dan salinan label tu kena simpan dan tunjukan semasa nak ambil beg

Perjalanan ke stesen Taipei mengambil masa lebih kurang sejam. Kami kena duduk di belakang sekali kerana tempat duduk penuh. Bas ni mengamalkan konsep free seating tetapi tiada yang akan berdiri kerana diaorang akan pastikan semua dapat tempat duduk. Memang ada petugas yang akan jaga sebelum kita nak naik bas ni. Tiket kita tunjukan pada dia. Kalau guna easy card kita kena swipe kat mesin semasa naik dan turun.


Hotel
Hotel kami terletak 500 meter dari stesen Taipei. Agak dekat dan hanya perlu berjalan kaki sahaja dari stesen Taipei. Untuk ke hotel kami ikut je panduan google maps dari handphone. Masa turun dari bas hujan renyai-renyai. Nasib baik tak lebat kalau tak memang basah lencun.

Kami menginap di Dairy Taipei Hotel dengan kos sebanyak RM350 semalam bilik private untuk tiga orang. Harga bilik sudah termasuk breakfast (alangkah bestlah kalau halal). Hotel di Taipei ni agak mahal.. setanding dengan harga di Jepun juga.

Hotel ni menyediakan free flow minuman (panas dan sejuk) dan roti 24 jam untuk penginapnya.Antara minuman disediakan teh, kopi, coklat, cappuccino, mocha, jus, air panas, air berkarbonat dan juga soya. Ianya berkonsepkan self service. Kira jimat jugalah kos minuman dan makan dengan menginap di hotel ni. Nak buat megi pun senang sebab ada air panas disediakan.
Tempat free flow minuman ni di belakang lobi sahaja. Tempat breakfast pun di sini

Kemudahan gym di hotel

Hallway hotel dihiasi dengan kertas dinding gelap

Our room for 4 nights

 Bilik agak selesa dan dilengkapi dengan kemudahan wifi. Internet memang laju

Bilik air

 Tandas dilengkapi dengan hos air (mudah untuk muslim). Berus gigi, sikat, razor, cotton bud, shower cap dan selipar di beri setiap hari


Ximending

Selepas berehat, mandi dan makan di café hotel kami pun pergi ke Ximending. Ximending ni terletak kira-kira 500 meter dari hotel. Ximending ni kiranya macam Bukit Bintang di KL atau Shibuya di Tokyo. Kebanyakan barangan dijual untuk golongan muda dan peminat anime. Cenderahati banyak dijual juga di sini. Harga fridge magnet 80 - 120 TWD  (RM11-RM17) seunit di sini bergantung dengan design. Harga key chain pun lebih kurang. T shirt Taiwan dalam 200 twd (RM28) sehelai. Agak mahal lah juga tapi barangannya berkualiti. Kedai yang menjual beg dan kasut memang banyak di Ximending.

Barangan berkualiti standing dengan harga yang dijual. Tapi saya lebih suka membeli belah barnag-barang ini di underground shopping mall di stesen Taipei sebab di sana harga lebih murah dibandingkan dengan di Ximending. Namun diisarankan kalau anda peminat barangan branded untuk membeli belah di sini kerana harga barangan tersebut lebih murah dan banyak pilihan di sini.
Hujan renyai-renyai masa kami ke sini. Lepas saya beli payung berhenti pulak hujan ni. Saja je nak suruh saya kumpul koleksi payung

Ximending ni mengingatkan saya dengan street di Chuncheon, Korea.




Street performer di Ximending



Kat sini banyak juga peniaga mobile yang jual makanan. Sekejap pindah sana sekejap pindah situ. Depend dengan jualan. Kalau tak laku dia pindah tempat lain pulak.  Tapi yang paling tak tahanlah yang jual stinking tofu. Busuknya masya Allah. Especially masa angin tiup. Cium pun tak larat apatah lagi nak makan.

7 - 11

Lepas jalan - jalan kat Ximending kami pun pergi ke 7-11 untuk print tiket keretapi ke Hualien esok. Tiket kami dah beli online tapi tiket sebenar kena print di 7 - 11 atau di stesen keretapi Taipei. Bayaran dikenakan sebanyak 40twd kalau print di 7 - 11.

Macam - macam dijual dan perkhidmatan disediakan di 7 - 11. Nak panggil cab guna perkhidmatan di sini pun boleh. Free wifi pun ada di store ni.

Niat nak beli onigiri di 7 - 11 buat bekalan di Hualien tapi onigirinya semua ada inti yang tak halal. Inti salmon pun dicampur dengan hotdog. Emm...

Kami balik ke hotel dalam pukul 10 malam. Lepas minum di café hotel kami pun berehat di bilik dan tidur awal malam tu sebab esok kena bangun awal untuk ke Taroko Gorge.


Blog berkaitan:

0 comments:

Post a Comment