Tuesday 30 June 2015

Jalan - jalan New Zealand 2010 : Glenorchy, Lake Wakatipu, Arrowtown dan Christchurch



17  November 2010

Hari ini kami bangun awal untuk ke Glenorchy yang terkenal  sebagai antara lokasi pengambaran filem Lord of The Ring.

Selepas terbit matahari kami terus bergegas  ke sini kerana kami perlu menaiki flight pada sebelah petang ke Christchurch.  Jarak tempat ini hanya 45 km daripada bandar Queenstow. Perjalanan kami ke sini sepatutnya hanya memakan masa setengah jam sahaja tetapi menjadi 2 jam kerana kami asyik berhenti untuk mengambil gambar

Dalam perjalanan singgah berposing dulu di Wilson Bay



Pemandangan indah dalam perjalanan  ke Glenorchy...











Antara pokok-pokok yang ada kat halaman rumah orang  Glenorachy ni. I like.. I like
 



 

 

Di jeti ni lah si Frodo melarikan diri dari the Nazgul. Sunyi sepi takde orang kat sini...di manakah mereka yang lain...penduduk ke pelancong ke...hairan2

 
Kat Pekan Glenorchy ni sunyi sepi. Maybe tak bangun tidur lagi kot penduduknya.  Selepas menghabiskan masa setengah jam di sini (tak tahan sejuk nak berlama-lama di situ)  kami pun bertolak balik dan singgah di Waterfront Lake Wakatipu. Di sepanjang waterfront ni banyak hotel-hotel mewah yang confirm kami tak mampu untuk duduk..harga semalam mencecah ribuan RM..hu hu. Sebelum ni ada niat nak naik cruise keliling tasik ni tapi memandangkan masa dan poket tak mengizinkan kami tangguhkan ke trip lain nanti (bila entah...)

Antara hotel yang ada di depan Watefront Lake Wakatipu


Selepas checkout hotel kami menuju ke pekan Arrowtown yang merupakan pekan bekas perlombongan emas di New Zealand. Kami tidak menghabiskan masa lama di sini kerana nak memulangkan kereta sewa dan naik flight selepas itu. Arrowtown ni sangat cantik katanya di masa musim gugur. Kami dah memasang niat untuk ke sini lagi di masa musim gugur (namun masih belum kesampaian)


Selepas memulangkan kereta sewa kami menaiki flight ke Christchurch. Kami menaiki flight jetstar, kapalterbang murah milik Australia. Harga tiket RM70 seorang...agak murah kerana ditempah awal.


View Tasik Wakatipu yang awesome diambil atas flight...


 
Ini pulak view semasa nak landing kat Christchurh airport
 

.

 
Kami sampai di bandar Christchurch pada pukul 3.00 p.m. Perjalanan menaiki flight tidak sampai satu jam. Di bandar ni kami tidak menyewa kereta dan menggunakan public transport sahaja. Dari lapangan terbang Christchurch kami menaiki van shuttle. Kos RM26 seorang (NZ10). Van shuttle ni akan berhenti di hotel - hotel di sekitar Christchurh.

Kami menginap di Hotel So, sebuah hotel bajet ala al Tune Hotel. Bilik agak sempit tetapi kelengkapan yang perlu seperti tandas, bilik mandi dan cerek elektrik disediakan. Harga hotelnya semalam RM170 sahaja. Hotel ini betul-betul terletak di bandar Christchurch. Mudah lah bagi kami untuk berjalan-jalan di sekitar bandar

 Hotel So, Christchurch




Kami sempat pusing-pusing sebentar di bandar ni sebelum hari malam.Bandar ini agak sunyi di sebelah malam. Hanya kedai cenderahati dan restoran sahaja kelihatan dibuka. Kami tak lepaskan peluang untuk membeli beberapa cenderahati sebelum balik ke hotel untuk berehat. Kami survey juga kalau-kalau ada restoran halal tetapi tak jumpa. So malam ni layan megi lagi. Hari kelima tak jumpa nasi...hu hu. Oleh kerana asyik makan megi sahaja kos makan sangat jimat..










Jalan - jalan New Zealand 2010 : Day trip ke Milford Sound dari Queenstown



16 November 2010

Milford Sound merupakan satu kawasan fiord yang terletak di pulau selatan New Zealand dan berhampiran dengan Queenstown. Untuk ke sini dari Queenstown kita boleh pergi secara day trip atau bermalam di Te Anau terlebih dahulu. Kami ke Milford Sound secara day trip  dengan menggunakan perkhidmatan tour Real Journey dengan kos sebanyak RM180 seorang. Untuk drive ke Milford Sound kami tidak berani kerana jalannya agak berbahaya untuk yang tidak biasa. Tempahan tour ni kami buat dengan agen Real Journey di pekan Queenstown dan tidak secara online kerana sebelum ini kami berbelah bahagi untuk ke sini ataupun untuk ke Lake Wanaka.   Ada banyak tour ke Milford Sound ni sebenarnya tetapi kami rasa lebih confident guna tour  syarikat ini ni berdasarkan review yang kami baca.
 
Kami bertolak awal pagi lagi. Pukul 7.00 pagi kami dah terpacak di hentian yang dijanjikan oleh syarikat tour ini. . Lama juga lah kami kena menunggu sebab bas ke Milford Sound hanya bertolak pada pukul 7.30 pagi. Kebanyakan ahli rombongan tour kami ni orang Australia. Kami sahaja dari Malaysia.


View perjalanan ke Milford Sound ni memang cantik. Kebanyakan masa kami menyelusuri tasik Queenstown, kawasan pergunungan dan ladang-ladang. Hanya payah nak ambil gambar sebab bas bergerak laju. Bas ni berbumbung kaca jadi view pemandangan memang jelas kelihatan. Nasib baik cuaca kat New Zealand ni sejuk kalau tidak memang berpanaslah kami dengan bumbung kaca ni.

Pemandangan yang kami lalui dari Queenstown ke Te Anau 










Pada pukul 10 pagi kami berhenti di Te Anau untuk rehat dan mengambil penumpang. Di sini kami sempat membeli kopi dan baju sejuk. Agak murah juga pakaian sejuk yang di jual di sini. Pekan Te Anau terletak di tepi tasik tapi viewnya biasa-biasa sahaja dibandingkan tempat-tempat di New Zealand ni yang lagi cantik.

 
Di Te Anau ni ada juga cruise pusing-pusing tasik



Sejam dalam perjalanan kami berhenti sebentar di Mirror Lakes untuk menyaksikan refleksi Earl Mountain di tasik berkenaan. Ingatkan besar sangat tasiknya. Kecil je. Rasa tak puas nak tengok refleksi gunung tu kat tasik kecil tu.





 

Kemudiannya kami melalui sungai yang airnya deras dan kebiru-biruan. Tak pasti sungai ini namanya apa. Kami tak berhenti di sini. Kalau berhenti mesti best dapat ambil gambar di sini atau main-main air ke.  
 








Selepas itu view yang kami lalui bertukar kepada kawasan pergunungan yang berkabus. Di sini kami berhenti sekejap untuk tengok burung Kea. Burung ni jinak je dan selamba je jalan kat jalanraya dan lepak-lepak kat kenderaan yang lalu di sini.









Kami bergerak semula dan menghampiri Homer Tunnel. Terowong ni sempit dan kenderaan kena masuk ikut turn. View di sini cantik sangat tapi sayang kami tak dibenarkan turun di sini.
 
View di kawasan Homer Tunnel diambil dari atas bas


 





Homer Tunnel (gambar Wikipedia)

Selepas melalui Homer Tunnel yang gelap tu kami mula menuruni kawasan pergunungan ni. Jalannya memang berbahaya, licin, sempit dan berpusing-pusing. Tapi viewnya awesome sangat. Banyak air terjun kelihatan dari rekahan gunung-gunung di sini.
 




 
 
 
 
 
Kami berhenti sekejap di kawasan ini (tak pasti nama tempat ni..guide ada beritahu tapi tak paham sebab slangnya kuat sangat). Yang penting viewnya awesome


Tak lama kemudian, dalam setengah jam kami pun sampai di jeti cruise kami. Kami dibawa menaiki cruise dan kemudiannya dihidangkan dengan sandwich dan air jus oren. Kami sebelum ni dah menempah menu vegetarian. Jadi sandwich kami ni ada keju dan salad sahaja. Semua ni dah termasuk dalam pakej yang kami bayar.

Jeti Cruise

 
Dalam cruise ada kerusi macam dalam gambar ni dan meja pada setiap tempat duduk. Tempat duduk free seating


Sambil kami lunch, bot  cruise kami ni pun belayar di kawasan fiord ni sebelum ianya pergi ke muara Laut Tasman.  Semakin kami menghampiri kawasan laut semakin kuat dilandai ombak. Me dan hubby memang mabuk laut masa tu. Tak boleh nak enjoy sangat view di sekeliling. Bila bot tu pusing balik dan masuk kembali ke kawasan fiord ni baru rasa lega sikit.








 
Singa laut dan penguin boleh dilihat di sekitar fiord ni especially dekat kawasan berbatu-batu di tepi laut
 




Air terjun di kawasan fiord ni memang banyak. Bila hujan lagi banyak yang turun
 

 

 



 


 



 
 
Dah hilang rasa mabuk kami keluar juga dari tempat duduk dan melihat view sekitar dari luar tempat duduk penumpang. Tapi cuaca sejuk sungguh tambahan bila ditiup angin. Kami ni pulak pakai sweater biasa je.
 
 
Dekat sungguh bot ni pergi kat air terjun. Kita boleh ambil peluang bergambar, nak mandi ke nak tadah air ke


 
Cruise di Milford Sound ni mengambil masa selama 2 jam dan kemudian kami menaiki bas semula untuk ke Te Anau. Kami singgah rehat di Te Anau selama setengah jam sebelum kami balik ke Queenstown. . 

 
Dalam perjalanan balik ni saya ambil kesempatan ambil gambar  pemandangan sebelum terlelap. View memang cantik sangat tapi mata ni memang tak boleh tahan nak tidur. Di bawah ni antara gambar yang berjaya di rakam
 
 

 
Wildflower

 Dah nak sunset


Kami sampai di Queenstown pada pukul 7.00 malam dan diturunkan di hentian yang sama tempat kami naik tadi. Kesimpulannya trip ke Milford Sound ni memang berbaloi dan sangatlah disarankan kalau anda ke New Zealand. Bukan sahaja pemandangan di sepanjang jalan sangat cantik malahan kita juga boleh melihat dengan mata kita sendiri glacier, fiord, penguin dan singa laut di habitat asalnya yang tiada di tempat kita.

Blog berkaitan :