Tuesday 25 October 2016

Jalan - jalan London 2014: Naik Cruise Di Sungai Thames


6 Mei 2014

Hari ke tiga kami di kota London, kami bersiar-siar pula dengan Sightseeing Cruise di Sungai Thames.  Cruise ni percuma apabila kita membeli tiket hop on hop off bus Big Bus (yang kami naiki sebelum ini). Bot ini boleh dinaiki daripada 5 tempat iaitu; Westminister, London Eye, Bankside, Tower dan Greenwich. Konsep bot ni macam hop on hop off juga hanya tak banyak tempat boleh dinaiki seperti hop on hop off  cruise di Paris.

Kami menaiki bot dari jeti Westminister pada pukul 2 p.m. Sebelum itu kami berjalan-jalan di sekitar Westminister dan London Eye. Jadi kami terus je naik bot ni dari sini. Hari ini kami tak berniat untuk hop on hop off tetapi kami nak terus ke Greenwich sambil menikmati permandangan Sungai Thames.

Bot ni ada dua tingkat. Di atas sekali tiada bumbung jadi kita bolehlah menikmati pemandangan lebih jelas. Namun kami tidak duduk di atas kerana tak tahan sejuk. Cuaca London masa tu 15c tetapi bila ditiup angin atas bot memang terasa lebih sejuk. Kami duduk di bawah di depan sekali. Oleh kerana ruang depan ni berkaca jadi memang nampak jelas juga lah pemandangan di sepanjang sungai.

Ginilah rupa bot cruise tu


Kat dalam

Kat atas

Kat depan sekali (tempat kami duduk)


Antara pemandangan yang kami dapat lihat atas bot ni adalah Tower Bridge, Tower of London, London Eye dan bangunan-bangunan lama (bekas pelabuhan zaman dulu ) sebelum kami sampai di Greenwich.
Tower Bridge

Melalui  Tower Bridge

Tower of London


 Bangunan-bangunan di sepanjang sungai ni kebanyakannya berwarna coklat, putih  dan kelabu. Dalam cruise ni ada diberi commentary menceritakan bangunan-bangunan yang dilalui. Saya tak pay attention sangat tapi kebanyakan bangunan ni dulu beroperasi untuk pelabuhan zaman dulu
 














Perjalanan ke Greenwich ni memakan masa selama sejam 10 minit. Jadi bolehlah juga kalau nak buat aktiviti melelapkan mata dalam ni sebab perjalanan agak selesa dan kurang berombak. Sempat juga saya terlelap sekejap sebelum kami sampai di Greenwich.

Apa ada di Greenwich? Di sinilah hemisfera timur dan barat bertemu dan disinilah dulu Greenwich mean time diukur di Greenwich Royal Observatory. Dengan bahasa mudah, disinilah bekas tempat mengukur masa yang standard di seluruh dunia sebelum digantikan dengan UTC.

Di Greenwich ni kita boleh melawat National Maritime Museum, Greenwich Park dan Greenwich Royal Observatory (tempat mengukur masa).

Greenwich Park


Royal Observatory

 Gambar Wikipedia (kami tak ambil gambar)


National Martime Museum

Kami menghabiskan masa tiga jam di sini sebelum kami balik menaiki cruise bot yang terakhir pada pukul 6.00 p.m.

0 comments:

Post a Comment