Tuesday, 18 October 2016

Jalan - jalan London 2014 : Hari pertama






4 Mei 2014

Hari ini kami ke kota London dengna menaiki keretapi Eurostar. Tiket keretapi ini kami dah beli secara online sebulan sebelum bertolak. Harganya berpatutan iaitu EUR29 (RM116) untuk seorang sehala. 

Keretapi Eurostar ni perlu dinaiki dari stesen Gare du Nord. Hotel kami tidak jauh dari stesen Gare du Nord iaitu hanya 600 meter sahaja. Selepas check out kami pun heret beg kami yang banyak tu ke Stesen Gare du Nord. Dekat sebenarnya tetapi ada kepayahan kerana pavement untuk ke stesen ini tidak rata jadi payah sangat nak heret troli beg. Anak saya pulak buat hal..dia minta dokong pulak. Mengheretlah kami beg-beg yang banyak tu sambil dokong anak bergilir-gilir. Berpeluh -peluh di cuaca dingin kota Paris.

 Stesen Gare du Nord





Keretapi kami bertolak pada pukul 11.00 pagi dan kami perlu melalui pemeriksaan imigresen dan kastam sebelum boleh menaiki keretapi ini. Kami lalui semua tu dengan lancar tanpa apa-apa masalah. Line pun tak panjang. Sekejap je settle. Sementara menunggu our train, kami menunggu di tempat disediakan. Tempat menunggu ni di sebelah atas. Agak selesa juga tempatnya. 15 minit sebelum bertolak baru kami dibenarkan untuk turun ke tingkat bawah untuk menaiki train, Our train  datang 10 minit sebelum waktu bertolak untuk memberi masa untuk penumpang naik. Tepat pada masanya keretapi pun bergerak.



Tak ramai penumpang dalam gerabak kami. So, kami ni pun sekejap kejap tukar tempat duduk. Kalau view cantik sebelah kiri kami tukar pulak tempat duduk kat sebelah kiri, kalau cantik sebelah kanan kami pindah pulak tukar  sebelah kiri.

Ruang tempat duduk. Seat kami di belakang sekali dalam gerabak. Masa beli tu ingat paling depan sebab seat 1A, B dan C. Rupa-rupanya terbalik pulak


Sebenarnya pemandangan tidaklah terlalu cantik..biasa-biasa sahaja dalam perjalanan ke London. Agak payah nak ambil gambar pemandangan di sepanjang jalan kerana keretapi bergerak sangat laju. Dah namanya keretapi laju kan.  Di bawah adalah view yang berjaya dirakam di sepanjang perjalanan ke London

Vandalism di Kota Paris

Rumah orang Paris

Kemudian kami mula melalui kawasan ladang-ladang









Saya tahan mata dari tidur untuk merasa pengalaman melalui Channel Tunnel yang merentasi Selat English tetapi mata memang tak boleh ditahan. Last-last tertidur juga. Sedar-sedar dah keluar dari terowong. Sekejap je lepas lalu terowong, kami pun sampai ke Stesen St Pancras, hentian terakhir keretapi ini. Perjalanan ke London ni sekejap sahaja iaitu 2 jam 19 minit.

Lain rasanya bila sampai London. Suasana rasa lebih mesra alam sikit, orang-orangnya peramah dan sempoi. Berbeza dengan suasana Paris. Lagipun kat sini boleh cakap English mudah  nak berkomunikasi. Di sini tak payah dah melalui imigressen dan kastam lagi kerana dah dibuat di Paris sebelum ini.

Keretapi kami naiki sebelum ini

Pemandangan dalam Stesen St. Pancras. Gambar di luar tiada. Sampai terus naik teksi. Tiada sesi posing-posing




Dari stesen keretapi St Pancras kami menaiki teksi ke hotel kami, Hotel Berjaya Eden yang terletak di Bayswater.  Ha..ha. Rasa macam orang kaya pulak bila naik teksi ni. Mana taknya terbang RM160 untuk perjalanan selama 15 minit. Kenapa kami naik teksi? Sebab beg yang banyak dan anak yang meragam. Payah le nak naik tube (keretapi bawah tanah London) dengan semua ni.









Wednesday, 12 October 2016

Jalan - jalan Paris 2014: Hari pertama



1 Mei 2014

Pada hari ini  kami telah  bertolak ke Paris dengan menaiki flight Etihad Airways pada pukul 3.00 pagi di KLIA. Trip kami kali ini merangkumi tiga negara iaitu  Perancis, United Kingdom dan Turki  Harga tiket kami adalah RM2060 untuk KUL - Abu Dhabi -Paris dan Istanbul - Abu Dhabi - KUL. Dari Paris ke London kami akan menaiki keretapi Eurostar dan dari London pula kami akan bertolak ke Istanbul dengan menaiki flight Pegasus. Harga tiket flight Pegasus dari London ke Istanbul  hanya RM180 seorang kerana ditempah awal secara online. Keseluruhanya kami hanya membelanjakan RM2360 untuk kos pengangkutan ke tiga buah negara berkenaan.

Flight Etihad Airways adalah full service airline jadi kami dihidangkan dengan 2 kali makanan di sepanjang perjalanan kami ke Abu Dhabi. Kita boleh memilih menu mana yang kita hendak makan dari awal lagi kerana menu diberikan sebelum flight berlepas. Ada tiga jenis pilihan menu yang kita boleh pilih termasuk vegetarian option. Semua makanan dalam flight Etihad Airways ini halal dan kita tak perlu menempah muslim meal seperti syarikat airline lain dari negara non muslim.

 Menu flight Abu Dhabi ke Paris. Menu KUL ke Abu Dhabi tak diambil gambar kerana sibuk dengan aktiviti zzz
Kami sampai di Abu Dhabi pada pukul 5.00 pagi waktu Abu Dhabi. Perjalanan KUL - Abu Dhabi memakan masa selama 7 jam lebih tetapi tidak terasa kerana kami melayan mata yang mengantuk. Flight entertainment banyak pilihan dalam airline ini tetapi mata mengantuk sangat jadi tak berapa nak layan.

Lapangan terbang Abu Dhabi ni kecil sahaja tetapi sibuk dan ramai orang. Terasa crowded dan tak cukup tempat duduk. Manakala makanan yang dijual di restoran pun mahal dan kurang munasabah. Set burger McDonald pun harganya RM50 ke atas. Restoran lain lagilah mahal harganya. Saya berniat juga nak beli cenderahati di sini buat kenang-kenangan tetapi oleh kerana melihat harganya yang mahal, niat itu tinggal niat sahaja. Apa tidaknya fridge magnet yang cikai pun RM28 sebiji di sini. 

Yang menariknya di sini kedai -kedai di lapangan terbang ini menerima apa-apa jenis matawang untuk transaksi pembayaran jadi kita tak payah nak tukar duit ke matawang UAE. Kami tidak lama di sini kerana flight kami ke Paris bertolak pada pukul 9.00 a.m.

Lapangan Terbang Abu Dhabi



Our flight to Paris. Abu Dhabi hujan masa tu

Dalam flight semasa ke Paris



Flight ke Paris ni penuh dengan penumpang. Berbeza dengan flight KUL- Abu Dhabi yang kami naiki sebelum ini.  Perjalanan ke Paris memakan masa 7 jam lebih juga (lebih kurang sama masa dengan flight KUL - Abu Dhabi). Masa naik flight ke Paris ni mata dah tak mengantuk. Barulah nak enjoy makanan yang dihidangkan dan dapat menonton flight entertainment yang ada

Kami sampai di Lapangan Terbang Charles de Gaulle pada pukul 2.00 p.m waktu Paris. Urusan imigressen dan kastam lancar dan kita tak perlu berbaris panjang seperti di lapangan terbang negara lain yang kami lalui di trip kami yang lepas-lepas. Tiada soalan pun ditanya semasa di imigressen dan barang-barang makanan yang kami bawa pun tidak ditahan oleh kastam untuk pemeriksaan. Beg pun cepat keluar untuk diambil.  Dalam masa 30 minit kami dah keluar  dari balai ketibaan. Memang efisyen sistem di sini.
Dari lapangan terbang ke hotel kami di kota Paris kami menaiki shuttle yang kami tempah dari Viator secara online. Kos shuttle ni adalah RM60 seorang. Harga sama sahaja untuk kanak-kanak. Sebenarnya ada keretapi dari lapangan terbang ini ke Stesen Keretapi Gare du Nord yang kosnya lebih murah tetapi memikirkan barang kami banyak dan kemudiannya kena mengheret beg pula mencari hotel yang kami tak pasti tempatnya kami memutuskan menaiki shuttle sahaja. Mudah dan tak payah tercari-cari lagi.

Untuk naik shuttle ni agak mudah kerana masa kami sampai di Lapangan Terbang Charles de Gaulle kami terus menelefon nombor telefon yang ada pada voucher booking shuttle. Panggilan ini percuma kerana kami menggunakan  free public phone yang disediakan di balai ketibaan. 

Kami diminta menunggu di pintu no 7 selama 15 minit.

 
Tempat menunggu shuttle

Lebih kurang begini lah rupa shuttle tersebut. Gambar diambil dari viator (kami tak ambil gambar)



Perjalanan kami dari lapangan terbang ke hotel hanya memakan masa 20 minit sahaja kerana tiada kesesakan jalan kerana Paris cuti umum masa itu.S huttle ni menghantar kami betul-betul depan pintu hotel. Memang mudah untuk mereka yang mempunyai anak kecil dan beg yang banyak macam kami (langsung takde gaya backpacker kami ini..bawa beg bukan main besar lagi). Kami menginap di Hotel de Bordeaux sepanjang 3 malam kami di Paris.

Kami memilih hotel ini kerana disamping harganya yang murah, hotel ini juga berada di lokasi yang strategik. Ianya berdekatan dengan banyak restoran halal dan terletak dengan Stesen metro Gare d' Est (300 meter) dan Stesen keretapi Gare du Nord (600 meter). Ini memudahkan kami untuk naik metro dan menaiki keretapi Eurostar ke London nanti.  Lagipun kebanyakan hotel di Paris mengenakan bayaran tambahan untuk kanak - kanak berumur 3 tahun ke atas dan ada juga yanga tidak membenarkan kanak-kanak menginap di hotel mereka.  Kelebihan hotel ini adalah ianya membenarkan kanak -kanak di bawah 12 tahun menginap di situ secara percuma.

Itu part yang bestnya. Yang tak bestnya pulak bilik sempit sangat. Katilnya katil semi double. 3 orang tidur memang tak muat tapi terpaksalah adjust sana sini. Dalam bilik pulak nak bergerak pun payah. What do we expect..dah harga RM280 je semalam untuk bilik private yang ada bilik air dalam bilik. Kat Paris ni rata-rata bilik private berharga dalam RM400 ke atas pada musim bunga ini.

Gambar depan hotel (gambar dari booking.com)

Lepas check in kami terus masuk bilik untuk berehat sebentar. Lepas solat dan alas perut dengan megi yang kami bawa kami pun berkira-kira nak keluar. Masa tu baru pukul 6.00 p.m. Ada masa lagi untuk jalan-jalan di Kota Paris. Tup-tup hujan turun dengan lebatnya bila kami nak keluar. Cuaca di Paris masa tu dalam 9c tapi bila hujan sejuknya lagilah terasa. Maka tak jadilah kami nak keluar. Tunggu hujan berhenti dulu. Sementara tunggu hujan berhenti masing-masing tarik selimut. Layan mata kejap. Sedar-sedar dah pukul 4 pagi.  Sayang sungguh kami tak berjalan - jalan di sekitar Paris pada hari pertama kami di sini.

Blog berkaitan

Jalan - jalan Paris 2014: Bersiar-siar dengan bas Hop On Hop Off
Jalan - Jalan Paris 2014 : Menyelusuri Sungai Seine dengan Hop On Hop Boat Cruise


Sunday, 9 October 2016

Jalan - jalan Paris 2014: Bersiar-siar dengan bas Hop On Hop Off



3 Mei 2014

Kami bersiar-siar di Kota Paris pada hari ini dengan bas L'Open Tour Hop On Hop Off.  Perhentian bas hop on hop off ini berhampiran stesen metro Gare d'Est dan terletak 300 meter dari hotel kami. Mula - mulanya tercari-cari juga di mana bus stop bas ini walaupun kami tahu ada bus stop berhampiran dengan Gare  d ' Est tapi kurang pasti di mana. Nasib baik terserempak dengan bas ini semasa kami hendak ke stesen metro Gare d'Est. Kami ikut je bas ni dari belakang (bas tu jalan slow je sebab banyak kenderaan di jalanraya) dan tengok di mana ianya berhenti. Rupa-rupanya  bus stop bas ini tersorok dan kita kena lalu Gare d Est dahulu dan kemudiannya kita kena membelok ke kanan.  Ianya terletak di celah-celah bangunan lain di situ.

Harga tiket walk in seorang adalah dalam RM150 dan kanak-kanak separuh harga. Kami tidak menempah awal secara online jadi tidaklah dapat diskaun. Last minute decision. Sebelum itu plan nak naik metro sahaja untuk menjimatkan kos tetapi setelah timbang tara dengan kepayahan bawa anak naik metro dan rasa macam terperap bawah tanah sahaja kami akhirnya pilih naik bas hop on hop off.

Bas ini dua tingkat dan tingkat atasnya tidak berbumbung jadi boleh nampak view lebih jelas lagi. Mula-mula kami bersemangat nak duduk di atas tetapi di situ cuaca sejuk sangat. Cuaca masa tu 15c tetapi bila ditiup angin sejuk sampai ke tulang. Oleh kerana tak tahan sejuk most of the time kami duduk di tingkat bawah sahaja.


Memang menarik pemandangan dari atas bas ni. Jelas view kota Paris

Bas ini ada 4 route dan kita boleh naik mana-mana bas route yang lain dengan satu tiket sahaja. Mula-mula agak confuse juga nak paham bas ini sebab ada stop yang bas lain pun lalu juga. Dekat depan bas tu ada diletak warna jadi kena tahu route yang kita nak pergi warna apa. Senang cerita kami tanya driver bas tu sahaja samada bas tu berhenti tak kat tempat kami nak pergi. Malas nak pening kepala fikir route.

Oleh kerana kami banyak menghabiskan masa di setiap hentian yang kami singgah maka tak banyak tempat yang kami pergi walaupun banyak tempat menarik bas ini lalu. Antara tempat yang kami pergi adalah :

1. Paris Opera (Academie Nationale de Musique)

Kami singgah di hentian Paris Opera untuk menyaksikan bangunan yang menempatkan persembahan opera, ballet dan konsert di Paris. Bangunan ini telah dibina pada kurun ke 17 dan masih utuh dan dipelihara dengan baik. Di sini kami naik bas route lain  untuk ke Arch de Triomphe. Bas sebelum ini tak pergi ke situ.

Ramai sungguh orang di sini , nak ambil gambar tanpa orang sungguh payah sekali

2.  Arch de Triomphe

Hentian kami seterusnya adalah Arch de Triomphe. Monumen ni merupakan antara yang popular di Paris dan kira wajib dikunjungi oleh pengunjung kota Paris. Ianya dibina untuk memperingati mereka yang gugur semasa Revolusi Perancis dan perang Napoleon. Di bawahnya adalah kubur tentera yang tidak dikenali semasa perang dunia pertama.
Kena menyeberang jalan atau ikut laluan underground untuk ke monumen. Kami tinjau dari jauh sahaja



3.  Trocadero, Palais de Chaillot, Jardin  du Trocadero dan Effiel Tower

Hentian kami seterusnya adalah Trocadero. Trocadero adalah kawasan yang menempatkan Palais de Chalilot dan Jardins du Trocadéro. Ianya terletak berhampiran dengan Effiel Tower.

Bangunan Palais de Chaillot atas Bukit Challiot di Trocadero  yang menempatkan muzium - muzium






View Menara Effiel dari Palais de Challiot

 Jardins du Trocadero






4. Tuileries Garden

Selepas berjalan-jalan di Trocadero dan Effiel Tower kami meneruskan perjalanan kami dengan bas hop on hop ini ke Tuileries Garden stop. Tuileries garden ini memang cantik sangat dan merupakan tempat yang paling saya suka di Paris. Taman ini terletak antara Louvre Museum (muzium yang menempatkan lukisan Monalisa, karya Leonardo da Vinci) dan Place de La Concorde (public square). Ianya berkeluasan 22.5 hektar dan merupakan taman awam yang boleh dikunjungi secara percuma. Susah nak cari tempat lawatan percuma di Paris ni. Di Paris ni kebanyakan tempat menarik dikenakan bayaran tidak seperti di London.

Di taman ni terdapat pelbagai patung ukiran, rumput yang dijaga rapi, bunga-bungaan (banyak berkembang semasa musim bunga) dan lebih daripada 35 tree species.
Di sini ada disediakan kerusi untuk pengunjung duduk


Bunga-bunga  ni banyak di taman ni..tak pasti namanya.







Anak saya cukup suka berada di taman ni. Siap minum susu dan nak tidur lagi..



Rumput kat sini memang cantik. Halus-halus dan berbunga putih. Memang best untuk aktiviti baring-baring, lepak-lepak dan picnic



Louvre Museum  terletak di penghujung taman ni. Kami tak masuk kerana  muzium tu dah nak tutup. Kami lama sangat di Tuileries Garden..sedar-sedar dah pukul 5.00p.m



Kami menaiki bas hop on hop  di bus stop di depan Muzium Louvre untuk kembali ke hotel tetapi bas ni berhenti di bus stop Paris Opera sahaja. Kami dimaklumkan bas tu dah habis service. Rupa-rupanya lepas pukul 5.30 p.m bas ini tidak beroperasi lagi. Dari Paris Opera kami kena naik metro untuk balik ke hotel. Nasib baik stesen metro tu dekat je dengan bus stop. Sampai di hotel kami solat jama' (Maghrib masuk pukul 9 malam) dan kemudiannya kami makan malam di restoran halal di sebelah hotel. Malam tu baru jumpa nasi sebab sebelum ni lunch roti di Tuileries Garden je. Malam tu kami tak sambung aktiviti jalan-jalan kerana mata dah mengantuk. Tak boleh nak adjust lagi dengan waktu Paris.
Kami menghabiskan masa 3 hari sahaja di Paris. Esoknya kami ke London pulak dengan keretapi Eurostar.  Kesimpulannya Paris ni bersih, banyak senibina menarik dan cantik tapi ramai sangat pengunjung dan  banyak scammer (merata-rata kami jumpa scammer ni. Kena hati-hati dengan diaorang ni kalau tak nak duit melayang. Taktik kami adalah  buat tak layan je bila sesiapa approach kami).

 
Blog berkaitan :
Jalan - jalan Paris 2014: Hari pertama
Jalan - Jalan Paris 2014 : Menyelusuri Sungai Seine dengan Hop On Hop Boat Cruise