Tuesday 22 November 2016

Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Ogimachi, Shirakawago


 

12 November 2015

Ogimachi merupakan salah satu perkampungan rumah ladang tradisional Jepun yang dikenali dengan nama gassho-zukuri. Perkampungan rumah unik berbentuk gingerbread yang terletak di Shirakawago ini telah mendapat pengiktrafan UNESCO World Heritage Site pada tahun 1995.

Rumah ini dibina unik begini supaya tahan daripada salji tebal di musim sejuk. Ianya tidak dibina daripada paku dan hanya menggunakan tali untuk mengikat komponen dalam rumah. Rumah ini memang tahan dan ada yang berusia lebih daripada 250 tahun.

Di perkampungan ini ada rumah yang telah dijadikan guesthouse dan pengunjung boleh menginap di sini untuk merasai suasana sebenar kehidupan di perkampungan ini. Tempat ini dikatakan paling cantik di musim sejuk di mana perkampungan ini diselaputi salji yang memberikan suasana romantik dan seperti dalam cerita fairy tale. Tempat ini juga akan diterangi dengan lampu (winter illumination) semasa winter.

Shirakawago di musim sejuk (gambar diambil dari japan-guide.com)

Shirkawago Winter Ilumination (gambar diambil dari japan-guide.com)

Sayangnya kami tidak ke sini di musim sejuk...

Kami ke sini di musim gugur, jadi kami menyaksikan pemandangan yang berbeza. Tapi perkampungan di Shirakawago ni tetap indah tak kira di musim apa.

Untuk ke Shirkawago kami menaiki Nohi Bus daripada stesen bas Takayama. Kami menggunakan tiket Alps Shinsyu/Hida Open Ticket yang kami beli semalam. Tiket ini membolehkan kami menaiki bas unlimited selama 4 hari di kawasan Hida.

Kalau anda tidak menggunakan tiket Hida Open Ticket ini tiket bas biasa boleh dibeli dengan kos sebanyak  4, 420 yen return.  Tour daripada Takayama ke kawasan Shirakawago berharga 6, 690.

Perjalanan dari Takayama ke Ogimachi memakan masa selama sejam. Saya tidur di sepanjang perjalanan. Sebenarnya saya adalah jenis orang yang payah untuk tidur di dalam kenderaan tetapi oleh kerana terlalu letih (berkembara di Jepun dalam beberapa hari), saya boleh terlelap.  So, di sini saya tak boleh nak kongsi gambar di sepanjang perjalanan.

Pengunjung memang ramai sangat di Ogimachi semasa kami berkunjung ke sini. Maybe sebab masa tu peak season dan di hujung minggu. Ogimachi ni memang cantik di musim gugur dan pastinya akan kelihatan damai dan tenang kalau tidak ramai pengunjung.  Satu lagi memang agak sukar sedikit untuk mengambil gambar tanpa ada orang di sekitar oleh kerana terlalu ramai sangat pengunjung.

Bus stop  di Ogimachi.

Dari bus stop, kena naik tangga ini dan menyeberangi jambatan untuk ke rumah gasso-zukuri


Pemandangan autumn berhampiran jambatan

Pemandangan sungai di Ogimachi sangat cantik di musim luruh bila kawasan sekitar diwarnai dengan warna kuning, merah dan coklat.

Air sungai jernih, bersih dan warna kebiruan di sini

Air di longkang rumah pun jernih sampai boleh ternak ikan

Rumah saja tradisional tetapi pengangkutan sudah moden
 

 Antara rumah gasso-zukuri di Ogimachi






Pokok padi telah dituai di musim gugur. Sawah nampak kosong


Antara rumah yang dijadikan guesthouse 
 
 Pokok persimmon (pisang kaki) yang berbuah lebat. Buah persimmon ni memang sinonim sebagai buah musim gugur. Sampai ada pesta persimmon di Jepun masa autumn
 
Selalunya pengunjung akan pergi ke viewpoint untuk melihat pemandangan perkampungan ini dari atas bukit dan boleh  melihat keseluruhan kawasan Omigachi dari sana.

Untuk ke sana perlu berjalan kaki 20 minit atau menaiki bas shuttle. Kami tak ke sana kerana hendak mengejar masa. Kami hendak menaiki bas ke Matsumoto pada pukul 4.30 p.m.

Tidak disangka bas untuk ke Takayama penuh dan ramai orang beratur nak naik bas. Kami hanya dapat naik bas pada pukul 3.30 p.m setelah sejam setengah menunggu dan sampai di Takayama pada pukul 4.20 p.m. Memang tak sempat kami untuk menaiki bas terakhir ke Matsumoto kerana nak pergi ambil beg lagi di hostel.

Last- last kami menaiki keretapi dari Takayama ke Kawaguchiko pada pukul 5.30 p.m. Kami perlu menukar keretapi di Nagoya untuk ke Tokyo. Dari stesen Tokyo pula kami menaiki train untuk ke Otsuki dan dari Otsuki pula menaiki train lain ke Kawaguchiko. Memang sangat penat dan terkejar-kejar dengan luggage kami untuk tukar - tukar train yang banyak ni.  Nasib baik ada JR Pass kalau tidak memang kena bayar mahal untuk naik trains ni.   Kalau naik bas dari Matsumoto tadi agak mudah kerana hanya perlu menukar train sebanyak se kali sahaja.

Kami hampir tertinggal keretapi terakhir dari Otsuki ke Kawaguchiko kerana keretapi dari Tokyo delay. Nasib baik keretapi ni menunggu juga kami..maybe sebab keretapi terakhir.
Alhamdulilah kami sampai di Kawaguchiko pada pukul 12.00 malam dan terus ke hotel yang terletak di hadapan stesen Kawaguchiko. Nasib baik dekat sebab Kawaguchiko ni gelap dan sunyi masa itu.

Blog berkaitan:

Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Takayama
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.1
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.2





 





0 comments:

Post a Comment