Thursday 8 December 2016

Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.1


 


13 November 2015

Sungguhpun masih kepenatan kerana asyik tukar keretapi dari Takayama ke Kawaguchiko semalam tetapi seawal pukul 6 pagi kami dah bangun. Excited sebenarnya nak tengok Gunung Fuji dengan mata kepala sendiri. Bangun pagi terus selak langsir untuk tengok Gunung Fuji dari tingkap bilik. Tengok - tengok bayang gunung pun tak nampak. Cuaca mendung dan berjerebu di sini. Hari pun macam nak hujan.

Selepas bersiap, my hubby terus ke stesen bas Kawaguchiko untuk beli tiket bas pukul 3.00 p.m ke Haneda Airport. Kami akan ke airport dengan bas dari Kawaguchiko dan terus menaiki flight balik ke Kuala Lumpur. Ini adalah hari terakhir kami di negara matahari terbit.

Selepas beli tiket bas dan breakfast ala kadar dengan telur dan onigiri kami terus check out hotel pada pukul 8.30 pagi. Pagi ini kami akan menaiki bas Fujikyu Sightseeing Bus untuk jalan - jalan di Tasik Kawaguchiko.

Hotel kami,  Kawaguchiko Inn yang terletak di  hadapan stesen Kawaguchiko

 Cuaca Mendung di Lake Kawaguchiko

Fujikyu Sightseeing Bus
Kami membeli kupon bas yang membolehkan kami menaiki bas ini unlimited selama dua hari (walaupun kami naik sehari je). Harga tiket bas 1, 200 yen seorang dan separuh harga untuk kanak-kanak.  Sungguhpun bas ni boleh naik unlimited tetapi kami hanya berhenti di 4 hentian bas ini daripada 22 hentian kerana kekurangan masa. Semasa kami beratur menaiki bas kami jumpa sekumpulan warga emas bangsa Cina yang berasal daripada Penang dan Kedah. Sempat lah berborak-borak dengan mereka. Mereka adalah kawan-kawan yang melancong bersama di Jepun. Pergi sendiri tanpa tour. Seronok tengok diaorang. Di usia emas mereka masih ada kesihatan, tenaga, persahabatan dan rezeki untuk berjalan-jalan.  

Maklumat lanjut bas Fujikyu Sightseeing bus boleh dirujuk di laman web berikut: http://bus-en.fujikyu.co.jp/heritage-tour/detail/id/1/

Antara tempat yang kami sempat lawati dengan bas retro ini adalah:

1. Kawaguchiko Natural Living Center

Kawaguchiko Natural Living Center merupakan hentian ke 22 bas retro ini, yang juga hentian terakhir sebelum bas ini pusing balik ke arah stesen Kawaguchiko. Katanya tempat ini merupakan tempat ideal untuk melihat gunung Fuji yang famous tu. Tapi kami hampa di sini kerana hanya dapat nampak kaki gunung sahaja. Cuaca mendung dan awan meliputi gunung ni. Cuaca tidak menyebelahi kami.

 View sepatutnya dapat dilihat di tempat ni (source: yamanshi-kankou.jp)  

Ini view yang kami dapat lihat..kaki gunung sahaja

Kawaguchiko Natural Living Centre ini merupakan kawasan ladang blueberry dan lavender di Tasik Kawaguchiko. Tempat ini sangat sesuai dilawati semasa bulan Julai - pertengahan bulan Ogos bila pengunjung boleh memetik sendiri buah blueberry.  Oleh kerana kami pergi musim luruh tak boleh lah nak memetik-metik buah tu.

Di sini juga ada dijual barangan berkonsepkan bunga lavender. Tapi kami tak beli pun.. cukuplah tengok bunga lavender yang tak berapa nak ada. Lavender di sini akan berbunga lebat pada bulan Jun - Julai. Bolehlah anda datang ke sini kalau hendak melihat bunga Lavender pada bulan-bulan berkenaan kalau tidak berkesempatan untuk ke ladang lavender di Furano, Hokaido.
  
 Bunga Lavender di Kawaguchiko Natural Living Centre di bulan Jun (source: Fujisan.net.je)


Inilah sahaja bunga Lavender yang kami dapat saksikan  di Kawaguchiko Natural Living Centre semasa kami ke sini



Pokok Lavender tanpa bunga dan pemandangan musim gugur 




Kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan Lavender


Pokok ini pun bertukar warna kepada warna jingga. Tak tahu ini pokok apa..

Pelbagai bunga yang masih berkembang di musim gugur





Saya pasti tempat ini memang cantik di musim lavender berkembang dan sekiranya Gunung Fuji menampakkan dirinya . Tapi kami kurang bertuah hari ini. 

2. Maple Corridor  (Momiji Kairo),

Hentian kami yang seterusnya adalah di hentian ke 20 iaitu Itchiku Kubota Art Museum. Di sini kami bersiar -siar di Maple Corridor (Momiji Kairo) yang merupakan kawasan canal sejauh 200 meter yang banyak ditumbuhi pokok maple. Pokok-pokok ini ditanam di tepi ke dua belah canal sehinggakan ianya kelihatan seperti satu koridor pokok maple. Kawasan ini terkenal dengan pemandangan musim gugur yang cantik terutama di waktu malam di mana pokok - pokok di sini dihiasi dengan lampu-lampu.

Semasa kami ke sini daun pokok maple di tempat ini kebanyakannya sudah bertukar kepada warna merah. Memang cantik sangat gandingan pokok maple berwarna merah ini dan pokok gingko yang telah bertukar kepada warna kuning.

Di sini juga banyak gerai dibuka yang menjual pelbagai jenis makanan Jepun sempena pesta musim gugur di tasik ini.

Maple Corridor
 





Ada juga pokok yang  masih berwarna hijau dan baru bertukar warna

 





Bersambung di entri Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.2

Blog berkaitan:

 

0 comments:

Post a Comment