Sunday, 11 December 2016

Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.2



 

13 November 2015


Selepas puas berposing di Maple Corridor kami pergi semula ke hentian bas yang kami turun sebelum ini untuk menaiki bas retro. Kami tak lama menunggu. Dalam 15 minit bas yang ditunggu-tunggu ni pun sampai. Kali ni bas yang kami naiki ni penuh dengan penumpang dan kami terpaksa berdiri dan bersesak-sesak. Maybe sebab masa tu di hujung minggu dan peak season. Hentian kami seterusnya adalah hentian ke 11

3. Pleasure cruise / Ropeway stop (Hentian ke 11)

Tak jauh dari hentian ni ada terdapat restoran halal, restoran India. Kami singgah di sini untuk makan tengahari. Sejak di Jepun inilah kali kedua kami makan proper meal. Sebelum ni kami makan di Chicken Man, di Ameyoko Street, Tokyo. Seterusnya kami hanya makan onigiri dan megi mi sahaja untuk mengalas perut. Memang jimat. 

Restoran ni kecil je tapi oleh kerana kami sahaja pengunjung masa tu jadi tak de lah kami rasa tak selesa.

Alladin Restaurant . Restoran halal ni terletak di tepi jalan di Tasik Kawaguchiko. Memang akan perasan dan tak payah tercari-cari

Chicken beriyani. Harga kalau tak silap 1000 yen sepinggan
Selepas menjamu selera kami pergi ke tepi tasik. Kat sini ada cruise untuk keliling tasik. Mula-mulanya kami berniat nak naik tapi tak jadi sebab kami kesuntukan masa dan cuaca agak kurang baik.
 Takut rushing dan tak lah dapat enjoy view sangat dengan cuaca berjerebu dan mendung macam ni. So kami ambil keputusan untuk naik Kachi Kachi Ropeway untuk melihat pemandangan tasik dari puncak Gunung Tenjo. 

Jeti pleasure cruise



 Sebelum naik ropeway kami jalan-jalan  dulu di taman di tepi tasik untuk menikmati pemandangan musim gugur. View  autumn di tepi tasik ni memang awesome.Walaupun tak dapat melihat Gunung Fuji terubat sedikit rasa kecewa di hati dengan view sebegini









Daun pun banyak dah berguguran 





Bukan sahaja kami yang rasa seronok di tepi tasik ni.My son pun enjoying himself 





Stesen Kachi - kachi Ropeway terletak tak jauh dari tepi tasik. Within walking distance

Selepas dah puas-puas jalan kat tepi tasik kami pun pergi ke stesen Kachi -Kachi Ropeway untuk naik ropeway (kereta kabel). Queue untuk naik ropeway ni pendek sahaja. Sekejap je kami dah naik ropeway. Ropeway ni membawa kami ke puncak Gunung Tenjo dalam masa beberapa minit sahaja.

View dari stesen Kachi -kachi Ropeway di puncak Gunung Tenjo


Pemandangan sekitar Tasik Kawaguchiko dari Observation Deck Gunung Tenjo memang cantik. Pokok-pokok di sekeliling semuanya dah bertukar warna. Semuanya nampak merah dan kuning.  View di sini pastinya lebih menakjubkan kalau Gunung Fuji  kelihatan







Ada banyak patung Kachi-kachi Yama menghiasi tempat ini. Ropeway ini mendapat namanya dari watak cerita rakyat Kachi -kachi Yama. Ianya merupakan karektor yang popular dari cerita rakyat  Dazai Osamu yang mengisahkan seekor arnab yang membalas dendam pada seekor racoon dengan membakarnya dan melemaskannya di sebatang sungai




4. Kawaguchiko Station

Hentian terakhir kami adalah stesen Kawaguchiko. Hentian pertama dan yang mula -mula kami naiki sebelum ini.  Hentian ini jugalah hentian terakhir kami naik bas retro ni. Dari sini kami balik ke hotel untuk ambil beg dan menunggu bas di stesen Kawaguchiko untuk ke Lapangan Terbang Haneda.

Kalau kami banyak lagi masa banyak tempat yang kami boleh kunjungi dengan bas retro ni. Rasanya dua hari baru cukup untuk benar-benar mengeksplorasi tempat ni. Barulah berbaloi dengan 2 day pass yang kami beli. 

Perjalanan menaiki bas ke lapangan terbang memakan masa selama 2 jam setengah. Kami sampai di airport pada pukul 5.30 p.m. Agak awal sebab flight kami pada pukul 11.55 malam. Mula-mula berniat untuk jalan-jalan di Tokyo. Tapi akhirnya tak jadi sebab takut rushing dan badan pun dah penat berkembara di Jepun selama 8 hari. Akhirnya kami hanya jalan-jalan di sekitar airport sahaja sebelum menaiki flight pada pukul 11.55 mlm.

Sayonara Japan. Till we meet again. Hopefully!
 
Blog berkaitan:
 
Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Takayama
Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Ogimachi, Shirakawago
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.1






Thursday, 8 December 2016

Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.1


 


13 November 2015

Sungguhpun masih kepenatan kerana asyik tukar keretapi dari Takayama ke Kawaguchiko semalam tetapi seawal pukul 6 pagi kami dah bangun. Excited sebenarnya nak tengok Gunung Fuji dengan mata kepala sendiri. Bangun pagi terus selak langsir untuk tengok Gunung Fuji dari tingkap bilik. Tengok - tengok bayang gunung pun tak nampak. Cuaca mendung dan berjerebu di sini. Hari pun macam nak hujan.

Selepas bersiap, my hubby terus ke stesen bas Kawaguchiko untuk beli tiket bas pukul 3.00 p.m ke Haneda Airport. Kami akan ke airport dengan bas dari Kawaguchiko dan terus menaiki flight balik ke Kuala Lumpur. Ini adalah hari terakhir kami di negara matahari terbit.

Selepas beli tiket bas dan breakfast ala kadar dengan telur dan onigiri kami terus check out hotel pada pukul 8.30 pagi. Pagi ini kami akan menaiki bas Fujikyu Sightseeing Bus untuk jalan - jalan di Tasik Kawaguchiko.

Hotel kami,  Kawaguchiko Inn yang terletak di  hadapan stesen Kawaguchiko

 Cuaca Mendung di Lake Kawaguchiko

Fujikyu Sightseeing Bus
Kami membeli kupon bas yang membolehkan kami menaiki bas ini unlimited selama dua hari (walaupun kami naik sehari je). Harga tiket bas 1, 200 yen seorang dan separuh harga untuk kanak-kanak.  Sungguhpun bas ni boleh naik unlimited tetapi kami hanya berhenti di 4 hentian bas ini daripada 22 hentian kerana kekurangan masa. Semasa kami beratur menaiki bas kami jumpa sekumpulan warga emas bangsa Cina yang berasal daripada Penang dan Kedah. Sempat lah berborak-borak dengan mereka. Mereka adalah kawan-kawan yang melancong bersama di Jepun. Pergi sendiri tanpa tour. Seronok tengok diaorang. Di usia emas mereka masih ada kesihatan, tenaga, persahabatan dan rezeki untuk berjalan-jalan.  

Maklumat lanjut bas Fujikyu Sightseeing bus boleh dirujuk di laman web berikut: http://bus-en.fujikyu.co.jp/heritage-tour/detail/id/1/

Antara tempat yang kami sempat lawati dengan bas retro ini adalah:

1. Kawaguchiko Natural Living Center

Kawaguchiko Natural Living Center merupakan hentian ke 22 bas retro ini, yang juga hentian terakhir sebelum bas ini pusing balik ke arah stesen Kawaguchiko. Katanya tempat ini merupakan tempat ideal untuk melihat gunung Fuji yang famous tu. Tapi kami hampa di sini kerana hanya dapat nampak kaki gunung sahaja. Cuaca mendung dan awan meliputi gunung ni. Cuaca tidak menyebelahi kami.

 View sepatutnya dapat dilihat di tempat ni (source: yamanshi-kankou.jp)  

Ini view yang kami dapat lihat..kaki gunung sahaja

Kawaguchiko Natural Living Centre ini merupakan kawasan ladang blueberry dan lavender di Tasik Kawaguchiko. Tempat ini sangat sesuai dilawati semasa bulan Julai - pertengahan bulan Ogos bila pengunjung boleh memetik sendiri buah blueberry.  Oleh kerana kami pergi musim luruh tak boleh lah nak memetik-metik buah tu.

Di sini juga ada dijual barangan berkonsepkan bunga lavender. Tapi kami tak beli pun.. cukuplah tengok bunga lavender yang tak berapa nak ada. Lavender di sini akan berbunga lebat pada bulan Jun - Julai. Bolehlah anda datang ke sini kalau hendak melihat bunga Lavender pada bulan-bulan berkenaan kalau tidak berkesempatan untuk ke ladang lavender di Furano, Hokaido.
  
 Bunga Lavender di Kawaguchiko Natural Living Centre di bulan Jun (source: Fujisan.net.je)


Inilah sahaja bunga Lavender yang kami dapat saksikan  di Kawaguchiko Natural Living Centre semasa kami ke sini



Pokok Lavender tanpa bunga dan pemandangan musim gugur 




Kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan Lavender


Pokok ini pun bertukar warna kepada warna jingga. Tak tahu ini pokok apa..

Pelbagai bunga yang masih berkembang di musim gugur





Saya pasti tempat ini memang cantik di musim lavender berkembang dan sekiranya Gunung Fuji menampakkan dirinya . Tapi kami kurang bertuah hari ini. 

2. Maple Corridor  (Momiji Kairo),

Hentian kami yang seterusnya adalah di hentian ke 20 iaitu Itchiku Kubota Art Museum. Di sini kami bersiar -siar di Maple Corridor (Momiji Kairo) yang merupakan kawasan canal sejauh 200 meter yang banyak ditumbuhi pokok maple. Pokok-pokok ini ditanam di tepi ke dua belah canal sehinggakan ianya kelihatan seperti satu koridor pokok maple. Kawasan ini terkenal dengan pemandangan musim gugur yang cantik terutama di waktu malam di mana pokok - pokok di sini dihiasi dengan lampu-lampu.

Semasa kami ke sini daun pokok maple di tempat ini kebanyakannya sudah bertukar kepada warna merah. Memang cantik sangat gandingan pokok maple berwarna merah ini dan pokok gingko yang telah bertukar kepada warna kuning.

Di sini juga banyak gerai dibuka yang menjual pelbagai jenis makanan Jepun sempena pesta musim gugur di tasik ini.

Maple Corridor
 





Ada juga pokok yang  masih berwarna hijau dan baru bertukar warna

 





Bersambung di entri Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.2

Blog berkaitan:

 

Tuesday, 22 November 2016

Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Ogimachi, Shirakawago


 

12 November 2015

Ogimachi merupakan salah satu perkampungan rumah ladang tradisional Jepun yang dikenali dengan nama gassho-zukuri. Perkampungan rumah unik berbentuk gingerbread yang terletak di Shirakawago ini telah mendapat pengiktrafan UNESCO World Heritage Site pada tahun 1995.

Rumah ini dibina unik begini supaya tahan daripada salji tebal di musim sejuk. Ianya tidak dibina daripada paku dan hanya menggunakan tali untuk mengikat komponen dalam rumah. Rumah ini memang tahan dan ada yang berusia lebih daripada 250 tahun.

Di perkampungan ini ada rumah yang telah dijadikan guesthouse dan pengunjung boleh menginap di sini untuk merasai suasana sebenar kehidupan di perkampungan ini. Tempat ini dikatakan paling cantik di musim sejuk di mana perkampungan ini diselaputi salji yang memberikan suasana romantik dan seperti dalam cerita fairy tale. Tempat ini juga akan diterangi dengan lampu (winter illumination) semasa winter.

Shirakawago di musim sejuk (gambar diambil dari japan-guide.com)

Shirkawago Winter Ilumination (gambar diambil dari japan-guide.com)

Sayangnya kami tidak ke sini di musim sejuk...

Kami ke sini di musim gugur, jadi kami menyaksikan pemandangan yang berbeza. Tapi perkampungan di Shirakawago ni tetap indah tak kira di musim apa.

Untuk ke Shirkawago kami menaiki Nohi Bus daripada stesen bas Takayama. Kami menggunakan tiket Alps Shinsyu/Hida Open Ticket yang kami beli semalam. Tiket ini membolehkan kami menaiki bas unlimited selama 4 hari di kawasan Hida.

Kalau anda tidak menggunakan tiket Hida Open Ticket ini tiket bas biasa boleh dibeli dengan kos sebanyak  4, 420 yen return.  Tour daripada Takayama ke kawasan Shirakawago berharga 6, 690.

Perjalanan dari Takayama ke Ogimachi memakan masa selama sejam. Saya tidur di sepanjang perjalanan. Sebenarnya saya adalah jenis orang yang payah untuk tidur di dalam kenderaan tetapi oleh kerana terlalu letih (berkembara di Jepun dalam beberapa hari), saya boleh terlelap.  So, di sini saya tak boleh nak kongsi gambar di sepanjang perjalanan.

Pengunjung memang ramai sangat di Ogimachi semasa kami berkunjung ke sini. Maybe sebab masa tu peak season dan di hujung minggu. Ogimachi ni memang cantik di musim gugur dan pastinya akan kelihatan damai dan tenang kalau tidak ramai pengunjung.  Satu lagi memang agak sukar sedikit untuk mengambil gambar tanpa ada orang di sekitar oleh kerana terlalu ramai sangat pengunjung.

Bus stop  di Ogimachi.

Dari bus stop, kena naik tangga ini dan menyeberangi jambatan untuk ke rumah gasso-zukuri


Pemandangan autumn berhampiran jambatan

Pemandangan sungai di Ogimachi sangat cantik di musim luruh bila kawasan sekitar diwarnai dengan warna kuning, merah dan coklat.

Air sungai jernih, bersih dan warna kebiruan di sini

Air di longkang rumah pun jernih sampai boleh ternak ikan

Rumah saja tradisional tetapi pengangkutan sudah moden
 

 Antara rumah gasso-zukuri di Ogimachi






Pokok padi telah dituai di musim gugur. Sawah nampak kosong


Antara rumah yang dijadikan guesthouse 
 
 Pokok persimmon (pisang kaki) yang berbuah lebat. Buah persimmon ni memang sinonim sebagai buah musim gugur. Sampai ada pesta persimmon di Jepun masa autumn
 
Selalunya pengunjung akan pergi ke viewpoint untuk melihat pemandangan perkampungan ini dari atas bukit dan boleh  melihat keseluruhan kawasan Omigachi dari sana.

Untuk ke sana perlu berjalan kaki 20 minit atau menaiki bas shuttle. Kami tak ke sana kerana hendak mengejar masa. Kami hendak menaiki bas ke Matsumoto pada pukul 4.30 p.m.

Tidak disangka bas untuk ke Takayama penuh dan ramai orang beratur nak naik bas. Kami hanya dapat naik bas pada pukul 3.30 p.m setelah sejam setengah menunggu dan sampai di Takayama pada pukul 4.20 p.m. Memang tak sempat kami untuk menaiki bas terakhir ke Matsumoto kerana nak pergi ambil beg lagi di hostel.

Last- last kami menaiki keretapi dari Takayama ke Kawaguchiko pada pukul 5.30 p.m. Kami perlu menukar keretapi di Nagoya untuk ke Tokyo. Dari stesen Tokyo pula kami menaiki train untuk ke Otsuki dan dari Otsuki pula menaiki train lain ke Kawaguchiko. Memang sangat penat dan terkejar-kejar dengan luggage kami untuk tukar - tukar train yang banyak ni.  Nasib baik ada JR Pass kalau tidak memang kena bayar mahal untuk naik trains ni.   Kalau naik bas dari Matsumoto tadi agak mudah kerana hanya perlu menukar train sebanyak se kali sahaja.

Kami hampir tertinggal keretapi terakhir dari Otsuki ke Kawaguchiko kerana keretapi dari Tokyo delay. Nasib baik keretapi ni menunggu juga kami..maybe sebab keretapi terakhir.
Alhamdulilah kami sampai di Kawaguchiko pada pukul 12.00 malam dan terus ke hotel yang terletak di hadapan stesen Kawaguchiko. Nasib baik dekat sebab Kawaguchiko ni gelap dan sunyi masa itu.

Blog berkaitan:

Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Takayama
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.1
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.2