Monday, 25 April 2016

Jalan - jalan Australia 2012: Menikmati Pemandangan dari Sydney Harbour Bridge

 




 
2 September 2012

 Sydney Harbour Bridge ataupun turut dikenali sebagai coathanger merupakan jambatan besi terbesar di dunia dan telah dibina pada tahun 1932 untuk menghubungkan Sydney CBD dan North Shore.  Pembinaan jambatan ini hanya mengambil masa selama 6 bulan sahaja. Jambatan ini boleh direntasi dengan kenderaan, keretapi dan juga berjalan kaki. Semasa kami di Sydney kami tidak melepaskan peluang untuk berjalan di atas jambatan ini.

Kami memulakan perjalanan kami daripada The Rock District (Sydney CBD) dan berakhir di Milson Point (North Shore) . Kami bercadang untuk berjalan sehala sahaja dan balik ke Sydney CBD dengan menaiki keretapi. Perjalanan sehala hanyalah 504m sahaja. Tidaklah berapa jauh sebenarnya. Cabaran untuk berjalan kaki atas jambatan ini sebenarnya adalah kita perlu menaiki sebanyak 200 anak tangga untuk naik ke jambatan dari mana-mana arah (Milson Point atau the Rock). Tak boleh nak elak dari nak naik anak tangga ni.  Oleh kerana bersemangat waja juga nak berjalan atas jambatan ini kami redah juga le anak-anak tangga ni. Bagi tak biasa macam kami memang semput ..

Pemandangan atas jambatan ini memang awesome. Kita boleh melihat Sydney Opera, Sydney Harbour dan kawasan sekitarnya dengan perspektif yang berbeza.... Kira berbaloi lah naik anak tangga yang banyak tu.

Biarlah gambar di bawah bercerita akan pemandangan yang boleh kita nikmati atas jambatan ini...








 




Niat kami untuk menaiki keretapi daripada Milson Point tidak kesampaian kerana pada hari tersebut perkhidmatan keretapi ini diberhentikan kerana perlu diselenggara. Kami kena menaiki bas untuk balik ke CBD. Tiada bayaran dikenakan untuk naik bas ini.

Di bawah adalah gambar jambatan ini yang diambil dari circular quay (gambar diambil pada hari lain)


 Ini gambar jambatan ini diambil atas feri (gambar diambil di hari yang lain)



Blog berkaitan:
 

Jalan - jalan Australia 2012: Menyelusuri Great Ocean Road









Jalan - jalan Australia 2012: Senja di Watsons Bay

 


1 September 2012

Hari ini kami pergi ke Watsons Bay dengan menaiki feri. Watson bay ni terletak 11km dari Bandar Sydney dan untuk ke sini kita boleh menaiki feri ataupun bas. Kami memilih menaiki feri kerana merasakan ianya lebih scenic dan santai. Kos feri ni sudah termasuk dalam kos opal card yang kami beli yang membolehkan kami menaiki feri, bas dan keretapi unlimited setiap hari dalam zon 1-2 untuk seminggu tanpa apa apa bayaran lagi.Kos kad ni kalau tak silap RM150 seorang untuk seminggu (dah tak berapa ingat dah). Kad ni hanya valid untuk feri biasa dan bukan fast ferry.

Kami ke sini pada pukul 3 p.m dengan hasrat untuk melihat pemandangan senja di sini yang agak famous dengan kecantikannya.

Pemandangan dalam perjalanan ke Watson Bay (gambar diambil atas feri..kualiti gambar kurang memuaskan kerana air terpercik pada tingkap feri)


 


 
Pemandangan di pantai Watson Bay . Terdapat banyak bot layar yang berlabuh di sini
 



 
Pemandangan Sydney Harbour dari Wilson Bay



The Gap...walaupun tempat ini indah tetapi ianya lebih terkenal sebagai kawasan tebing tinggi  yang mengorbankan ramai nyawa kerana ramai orang membunuh diri dan juga tempat kapal pecah terlanggar tebing di sini. Antaranya adalah kapal Dunbar yang terhempas di sini dan mengorbankan seramai 122 orang. Untuk ke sini kita hanya perlu berjalan kaki daripada jeti feri selama 10 minit sahaja. Namun untuk ke sini kita perlu mendaki sedikit...
 


 Pemandangan indah senja di the Gap ... 
 
 


Selepas rasa puas menikmati pemandangan senja di the Gap ni kami beralih arah kepada pemandangan di waterfront pula. Di sini kita boleh menikmati pemandangan Sydney Harbour dari kejauhan. Pemandangan senja berlatarbelakangan Sydney Harbour ni memang terkenal dengan kecantikannya dan ramai orang berkunjung ke sini untuk menikmatinya.
 
 






 
 







Kami kembali ke Sydney dengan feri. Mula - mula rasa hendak menaiki bas untuk balik tetapi apabila fikir-fikir kembali kami tak jadi kerana tak pasti di mana bas ini berhenti. So to be safe lebih baik naik feri je.
 
Kami turut dapat menikmati pemandangan indah  senja di sepanjang perjalanan balik. Rasanya kami membuat pilihan yang tepat dengan menaiki feri instead of bus.
 
Gambar senja atas feri
 



Blog berkaitan:
 

Jalan - jalan Australia 2012: Menyelusuri Great Ocean Road

Jalan - jalan Australia 2012: Menikmati Pemandangan dari Sydney Harbour Bridge

















Saturday, 23 April 2016

Jalan - jalan Korea 2012: Yeosu World Expo

 



 

2 Mei 2012

Selepas checkout hotel (hotel kami ini terletak berdekatan dengan lapangan terbang Incheon) pada pukul 6.00 pagi kami terus menaiki shuttle van ke Lapangan Terbang Incheon untuk menaiki keretapi ke Seoul Station dan seterusnya menaiki keretapi laju ke Yeosu.

 
 

Inilah pengalaman pertama kali untuk menaiki keretapi di Korea jadi agak kekok mula-mulanya. Beli tiket di mesin pun terkial -kial dan mencari stesen pun sama. Alhamdulilah kami berjaya menaiki keretapi ke Yeosu pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan ke Yeosu ni mengambil masa selama 2 jam sahaja. Pemandangan dari Seoul ke Yeosu ni tidaklah berapa menarik. Kami melalui concrete jungle dan ladang-ladang di sepanjang perjalanan. Mungkin kami datang ke sini semasa penghujung musim bunga jadi permandangan nampak biasa sahaja.




 keretapi yang kami naiki


Tujuan kami ke Yeosu ni adalah untuk melawat Yeosu World Expo yang kebetulannya berlangsung pada tarikh kami datang ke Korea. Tema expo ini adalah “The Living Ocean and Coast” dengan sub tema “Preservation and Sustainable Development of the Ocean and Coast,” “New Resources Technology,” and “Creative Marine Activities.

Sebanyak 105 buah Negara menyertai ekspo ini termasuklah Malaysia. Namun sepanjang kami berada di sini tidak ramai pengunjung daripada negara lain kelihatan. Kebanyakannya warga korea sendiri. Tiket masuk ke ekspo ini adalah RM90 seorang. Terdapat 4 pavilion yang ada di pameran ini iaitu

a) The main pavilion - merupakan main event di ekspo ini dan bangunan ini dibina khas untuk mempamerkan kehidupan marin di laut, bahaya yang dihadapi dan bagaimana kita boleh melindungi hidupan di laut. Kesemua ini disampaikan dengan cara yang unik dan menggunakan teknologi terkini pada masa itu

b) The Korea Pavilion - Tarikan utama adalah 360 darjah theatre yang mempamerkan maklumat berkenaan industry marin di Korea

c) International Pavilion - di mana semua negara yang menyertai pameran ini diberi ruang untuk mempamerkan bahan pameran mereka berdasarkan tema

d) Sub pavilion - tarikannya adalah climate experience hall
 
Pemandangan di kawasan ekspo 
 

 


















Selepas menghabiskan masa beberapa jam di sini kami pun bertolak ke Busan dengan menaiki bas dari stesen bas Yeosu. Untuk ke stesen bas Yeosu ni dari ekspo kami menaiki teksi. Perjalanan bas ke Busan pula mengambil masa selama 2 jam.


Stesen bas Yeosu dan bas yang kami naiki







 
 
Gambar di sepanjang perjalanan tidak dapat dipaparkan kerana penulis tak ambil gambar. Sudah zzz.. di sepanjang perjalanan. Kami sampai di stesen bas Busan pada pukul 8 malam. Dari sana kami menaiki subway untuk hotel.
 
Blog berkaitan: