Monday 25 April 2016

Jalan - jalan Australia 2012: Menikmati Pemandangan dari Sydney Harbour Bridge

 




 
2 September 2012

 Sydney Harbour Bridge ataupun turut dikenali sebagai coathanger merupakan jambatan besi terbesar di dunia dan telah dibina pada tahun 1932 untuk menghubungkan Sydney CBD dan North Shore.  Pembinaan jambatan ini hanya mengambil masa selama 6 bulan sahaja. Jambatan ini boleh direntasi dengan kenderaan, keretapi dan juga berjalan kaki. Semasa kami di Sydney kami tidak melepaskan peluang untuk berjalan di atas jambatan ini.

Kami memulakan perjalanan kami daripada The Rock District (Sydney CBD) dan berakhir di Milson Point (North Shore) . Kami bercadang untuk berjalan sehala sahaja dan balik ke Sydney CBD dengan menaiki keretapi. Perjalanan sehala hanyalah 504m sahaja. Tidaklah berapa jauh sebenarnya. Cabaran untuk berjalan kaki atas jambatan ini sebenarnya adalah kita perlu menaiki sebanyak 200 anak tangga untuk naik ke jambatan dari mana-mana arah (Milson Point atau the Rock). Tak boleh nak elak dari nak naik anak tangga ni.  Oleh kerana bersemangat waja juga nak berjalan atas jambatan ini kami redah juga le anak-anak tangga ni. Bagi tak biasa macam kami memang semput ..

Pemandangan atas jambatan ini memang awesome. Kita boleh melihat Sydney Opera, Sydney Harbour dan kawasan sekitarnya dengan perspektif yang berbeza.... Kira berbaloi lah naik anak tangga yang banyak tu.

Biarlah gambar di bawah bercerita akan pemandangan yang boleh kita nikmati atas jambatan ini...








 




Niat kami untuk menaiki keretapi daripada Milson Point tidak kesampaian kerana pada hari tersebut perkhidmatan keretapi ini diberhentikan kerana perlu diselenggara. Kami kena menaiki bas untuk balik ke CBD. Tiada bayaran dikenakan untuk naik bas ini.

Di bawah adalah gambar jambatan ini yang diambil dari circular quay (gambar diambil pada hari lain)


 Ini gambar jambatan ini diambil atas feri (gambar diambil di hari yang lain)



Blog berkaitan:
 

Jalan - jalan Australia 2012: Menyelusuri Great Ocean Road









0 comments:

Post a Comment