Tuesday 2 May 2017

Jalan - jalan Belanda 2016 : Keukenhoff Garden

5hb April



Keukenhof Garden yang turut dikenali sebagai Garden of the Europe, merupakan antara taman bunga yang terbesar di dunia. Taman ini hanya dibuka selama sebulan iaitu di antara penghujung bulan Mac dan awal Mei, bergantung dengan cuaca dan keadaan bunga di sini. Kebanyakan bunga di sini adalah bunga tulip. Dianggarkan 7 juta bunga tulip ditanam di sini setiap tahun di taman yang seluas 32 hektar ini. Taman ini terletak di daerah Lisse, Belanda.

Untuk ke sini ada pelbagai cara. Cara yang paling mudah adalah menaiki bas 858 dari Lapangan Terbang Schipol ataupun bas di stesen Haarlem, Leiden. Kami menaiki bas dari Lapangan Terbang Schipol yang mana kos bas ini adalah percuma kerana sudah termasuk di dalam kad Amsterdam & Region yang kami beli. Harga tiket bas return kalau tak guna kad ini dalam 12 euro. Tiket masuk ke taman ini adalah 14 euro untuk dewasa. Kalau beli tiket combi (bas dan tiket masuk taman) harga yang perlu dibayar adalah 24 euro seorang.

Semasa kami berkunjung ke Keukenhof  Garden, bunga tulip di sini belum banyak yang mekar lagi. Kebanyakannya masih lagi kuncup kecuali bunga jenis early blooming dan yang ditanam di Indoor Garden. Namun tempat ini masih indah dan memang syurga bunga-bungaan. Bunga sakura pun ada ditanam di sini dan kebanyakannya sudah kembang dan mewarnai keindahan tempat ini.
Bunga sakura di Keukenhoff Garden










Close up bunga sakura

 Sakura species lain
Tulip yang belum mekar sepenuhnya







Jambangan bunga tulip dalam pasu sudah mekar (jenis early blooming)
Kincir angin di Keukenhoff

0 comments:

Post a Comment