Monday 22 May 2017

Jalan - jalan Turki 2016 : Capadoccia, the land of beautiful horses


3 -4 April 2016

Cappadocia merupakan satu kawasan di Anatolia, Turki yang terkenal dengan formasi unik  pada lembah, bukit dan batuannya.  Formasi unik yang digelar fairy chimney ini terbentuk hasil daripada hakisan angin dan air beribu-ribu tahun dulu.  Antara formasi yang banyak terbentuk adalah  dalam bentuk cendawan, kon dan pinnacle. Nama Cappadocia diambil daripada perkataan Hittie, Katpatuka  yang membawa maksud the land of beautiful horses, kerana pada zaman dahulu di tempat ini memang banyak kuda.

Tempat ini telah lama dihuni oleh manusia sejak ribuan tahun lagi. Pada zaman kerajaan Rome, tempat ini merupakan tempat kediaman dan persembunyian orang Christian, bagi mengelak daripada dihukum oleh tentera Rom. Di sini terdapat beberapa bandar di bawah tanah tinggalan daripada orang Christian ini.  

Sudah lama saya hendak ke sini. Alhamdulilah kami diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk ke sini pada awal April 2016, semasa musim bunga Walaupun trip kami singkat tapi memang terasa puas kerana dapat menyaksikan keunikan dan keindahan alam ciptaan Tuhan ini.

Kami ke sini dengan menaiki flight Andolujet dari Istanbul Sabiha Gokchen Airport ke Kayseri Airport. Perjalanan agak singkat iaitu sejam sahaja. Harga tiket agak murah iaitu RM50++ seorang (tiket dibeli secara online 6 bulan sebelum ke sini)

Walaupun Andolujet adalah kapalterbang low cost tetapi beg, pilihan tempat duduk dan makan sudah termasuk dalam harga tiket.


Makanan yang dihidangkan pun agak berat walaupun flight hanya sejam sahaja.

Kami sampai di Kayseri agak lewat. Flight kami ke Kayseri delay sejam. Sepatutnya kami bertolak pada pukul 8.00 malam tetapi akhirnya dapat bertolak pada pukul 9.00 malam. Sampai di Kayseri sudah pukul 10.00 malam.

Dari Kayseri kami menaiki shuttle (coaster) selama sejam untuk ke Goreme, pekan yang terletak hampir dengan fairy chimney ini. Shuttle ini kami booking direct daripada hotel kami, jadi harganya agak murah dibandingkan dengan shuttle yang ada di pasaran. Untuk ke Goreme, menaiki shuttle adalah cara termudah dan termurah memandangkan tiada bas untuk ke sini dari airport. Kos shuttle adalah RM18 seorang sehala. Bayaran dibuat selepas menggunakan servis dan tiada upfront payment dibuat.

Di Goreme kami menginap di Dream Cave Hotel, sebuah hotel gua. Hotel ini dibina daripada bukit yang ditarah untuk dijadikan hotel. Ada juga hotel biasa di sini tetapi kami memilih untuk tinggal dalam hotel gua ini untuk merasakan kelainannya. Harga hotel ini berpatutan iaitu  RM150++ semalam termasuk breakfast untuk tiga orang. Tempahan hotel dibuat melalui booking.com dan shuttle kami booking dengan hotel melalui email.

Pemandangan dalam bilik

Pemandangan bilik hotel kami dari luar
 Breakfast kami simple tetapi sedap dan mengenyangkan


Pemandangan di luar hotel
  
Hot ballon kelihatan dari beranda hotel (kami tak join hot balloon tour kerana gayat..hu hu)


Trip kami ke Capadocia agak singkat. Hari ini kami akan join red tour dan malamnya akan menaiki flight ke Istanbul (esoknya akan menaiki flight ke Amsterdam pula). Nasib kami agak baik hari ini kerana cuaca sangat baik. Cerah tanpa hujan dan tidak berapa panas (23c). Memang selesa sangat untuk berjalan-jalan.

Terdapat 3 jenis tour yang ditawarkan di sini; red tour, blue tour dan green tour. Setiap tour ini akan pergi ke destinasi dan mengunjungi tempat menarik yang berlainan. Kami join red tour kerana tour ini lah yang paling singkat masanya dibandingkan dengan tour yang lain kerana hanya mengunjungi . tempat-tempat yang berdekatan dengan Goreme. Kami booking tour dari hotel kami dengan kos sebanyak RM180 seorang (kanak-kanak dikenakan dengan caj yang sama). Kos ini sudah termasuk pengangkutan dari hotel, tourist guide dan makan tengahari. Di sini memang digalakan untuk join tour kerana pengangkutan awam ke tempat-tempatmenarik agak terhad.

Tour kami bermula pada pukul 9.30 pagi. Pengangkutan dengan van shutter sahaja kerana tak ramai yang join tour ini. Hanya kami tiga beranak dan beberapa pelajar kolej dari China sahaja.  Menurut tourist guide kami industri pelancongan di Turki memang terjejas teruk dengan beberapa insiden bom yang melanda Turki kebelakangan ini.

Gulsen, tourist guide kami 

1. Ulchisar Castle

Perhentian pertama kami adalah di Ulchisar Castle yang terletak di antara pekan Goreme dan Neveshir. Kota ini merupakan kubu yang dibina dari batu kapur sebagai kubu pertahanan di zaman Rom dan turut digunakan di zaman Othmaniyah. Ianya juga merupakan kawasan yang tertinggi di Capadoccia. Oleh yang sedemikian, sekiranya ada musuh menyerang, petugas di kubu berkenaan dapat memberi melihat musuh datang dan memberi amaran kepada penduduk setempat.

Ulchisar Castle



Kami tidak masuk ke kubu ini kerana perlu memanjat ke atas dan kami hanya diberikan masa yang singkat untuk bersiar-siar di sini.

Bukit kapur yang ditoreh dijadikan kubu pertahanan di sini



2. Goreme Open Air Museum

Perhentian kami yang seterusnya adalah Goreme Open Air Musem. Muzium terbuka ini merupakan bekas monastery yang menempatkan gereja-gereja yang ditarah daripada batuan kapur di zaman kerajaan Rom. Di dalam gereja-gereja ini terdapat lukisan Christian yang masih dalam keadaan baik tetapi sayangnya pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam gereja berkenaan. Gambar yang dapat dikongsikan di sini adalah kawasan pesekitaran luar muzium berkenaan.

Bunga sakura di sini sedang berkembang

Gereja-gereja yang dibina dari batuan kapur






3. 3 Beauties

Setelah menghabiskan masa sejam di muzium ini kami dibawa pula ke Urgup untuk melihat formasi batuan 3 Beauties yang merupakan fairy chimney yang paling popular dan merupakan simbol capadoccia. Formasi ini merupakan formasi 3 batuan yang mengikut lagenda merupakan seorang puteri, anak dan suaminya yang menjadi batu untuk mengelakan mereka dari dibunuh oleh ayahnya yang murka dengan anaknya yang mengahwini seorang gembala.

Tempat ini memang cantik sangat. Bukan sahaja kerana lanskapnya yang menarik, bahkan ianya diindahkan laggi oleh panorama Gunung Erciyes yang sedang diliputi salji.

3 Beauties dan Gunung Erciyes

Lanskap di sekitar 3 Beauties

4. Devrant Valley

Deverant Valley merupakan kawasan yang tidak dihuni yang unik dan terletak tidak jauh dari Goreme. Di sini terdapat banyak formasi unik berbentuk haiwan dan pelbagai bentuk lain yang menjadikan tempat ini seperti landskap lunar.

Lunar landscape





Formasi unta

5. Avanos Pottery dan Carpet Shop

Selepas makan tengahari secara buffet kami dibawa pulak ke Avanos Pottery untuk melihat demonstrasi pembuatan pasu. Avanos memang terkenal sebagai kawasan pembuatan pasu sejak zaman Hittie lagi.





Kami agak lama di sini kerana ahli group tour kami ni mengambil masa yang lama untuk shopping  barangan tembikar di sini. Kami tidak berminat membeli kerana harga barangan di sini agak mahal. Selepas itu kami di bawa pula ke kedai permaidani. Di sini pun kami tidak membeli apa apa kerana harganya memang mahal. Sejadah sahaja berharga USD300.

6. Pasabag

Destinasi terakhir kami adalah melihat formasi fairy chimney Pasabag.  Pasabag merupakan kawasan lembah yang mempunyai formasi berbentuk cendawan yang unik dan turut dikenali sebagai Monk Valley.

 Lembah Pasabag




Pokok yang digantungi dengan azimat Evil Eye (kepercayaan orang Turki) di lembah ini



7. Ke Lapangan Terbang Kayseri

Tour kami berakhir pada pukul 5.00 petang dan kami dihantar balik ke hotel. Kami telah menempah shuttle van untuk ke Kayseri Airport pada pukul 6.00 petang dengan hotel kami dengan kos yang sama. Hotel telah kami check out pagi tadi dan barangan disimpan di hotel. Namun owner hotel ni siap hidangkan kami dengan air dan snack petang sementara kami menunggu shuttle kami. Anak kami turut dibekalkan tit bits turki untuk dimakan dalam perjalanan. Memang terbaik service hotel ini.

Pemandangan di sepanjang perjalanan ke lapangan terbang memang cantik. Pemandangan Gunung Erciyes yang dilitupi salji dan lanskap batuan batu kapur memang mewarnai pemandangan di sepanjang perjalanan.

Antara pemandangan yang dapat disaksikan




Kami menaiki flight Turkish Airlines untuk ke Lapangan Terbang Istanbul Atartuk kerana Andolujet hanya ke Sabiha Gokchen Airport sahaja. Harga tiket agak mahal dari Andolujet iaitu RM90 sehala tetapi masih berpatutan. Kami sampai di Istanbul pada pukul 10 malam dan bermalam di lapangan terbang ini kerana kami akan menaiki flight KLM  ke Amsterdam pada pukul 6.00 pagi.

bersambung di entri Jalan-jalan Belanda: Hari Pertama


Blog berkaitan:

Jalan - jalan Turki 2016: Musim bunga di Istanbul









0 comments:

Post a Comment