Sunday 12 February 2017

Jalan - jalan Jepun 2015 : Ueno Park dan Ameyoko Street, Tokyo



7 November 2015

Ueno Park merupakan sebuah taman yang agak luas dan terletak di sebelah Ueno Station, Tokyo. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung taman ini. Taman ini memuatkan beberapa buah muzium termasuk Tokyo National Museum, kuil dan juga Tokyo Zoo. Taman ini amat popular bagi warga Tokyo terutama di hujung minggu dan semasa musim bunga sakura.

Walapun kami ke sini di musim luruh tetapi taman ini tetap meriah dengan pengunjung. Tujuan utama kami ke sini adalah untuk bawa anak jalan-jalan di Tokyo Zoo. Sebelum sampai ke zoo kami sempat melalui kawasan bunga sakura yang banyak di taman ini. Masa kami ke sini cuaca dalam 15c. Selesa untuk berjalan - jalan. Tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas.

 Daun pokok bunga sakura kat sini sudah mula bertukar warna merah dan daunnya pun ada yang dah gugur.



Macam ada persembahan kat sini. Menari-nari pakai kimono..tak tahu persembahan apa.




Pintu masuk Tokyo Zoo. Bayaran masuk 600 yen untuk dewasa. Kanak-kanak  masuk percuma

Bunga Carnation (bunga musim gugur) banyak menghiasi sekitar zoo  ini


.Daun pokok - pokok kat zoo ni ada yang dah mula bertukar warna.





Pokok teratai yang layu di tasik ..

Kelihatan Tokyo Tower samar-samar dari kejauhan


Zoo ini dibuka pada pukul 9.30 a.m - 5.00 p.m. Ianya menempatkan 2600 binatang dan 464 species binatang. Zoo ini dah lama beroperasi iaitu sejak  tahun 1882 lagi. Terdapat 63 seksyen, yang mana binatang-binatang dibahagikan mengikut kategori dan ditempatkan di seksyen-seksyen ini. Tarikan utama zoo ini adalah panda.  Ini adalah pertama kali kami melihat panda. Ingatkan kecil dan kiut miut. Rupa-rupanya panda dewasa ini lebih kurang sebesar lembu. Tidaklah secomel yang dibayangkan. Tiada bayaran khas untuk melihat panda tetapi orang ramai kena beratur untuk melihat panda ini. Barisan takdelah panjang sangat. So kami tak beratur lama. Adalah dalam 5 minit sahaja.






 Antara binatang yang ada dalam zoo ni


Gajah ni malu-malu..




Harimau ni pun malu-malu juga


 Rusa jantan (yang ni tak malu..siap posing bagai)


Polar bear

Penguin

Burung-burung yang ada di zoo ni







Lawatan kanak-kanak tadika
 
Kami tertipu dengan monorail ni, Ingatkan jauh perginya. Dah le beratur lama. Rupanya perjalanan hanyalah selama 90 saat dan berjarak 300 meter. Monorail ni boleh dinaiki dalam zoo ni dan destinasinya adalah sekitar zoo ni juga.  Bayaran naik 150 yen seorang. Tak berbaloi sungguh.





Kami menghabiskan masa seharian di zoo ni.  Zoo ni ditutup pada pukul 5.00 p.m dan hari pun dah nak malam masa tu (siang pendek di musim luruh). Keluar je dari zoo kami terus menapak ke Ameyoko Street (terletak berhampiran dengan Ueno Station dan dalam 10 minit berjalan kaki dari zoo). Di jalan ini kami singgah makan nasi ayam halal di Chicken Man. Harga agak berpatutan dan rasanya boleh tahan (maybe sebab lapar). Hanya gerai ini kecil je dan ada beberapa meja sahaja untuk pelanggan menikmati hidangan.  Lepas makan kami jalan - jalan di sekitar jalan ini dan sempat lah membeli t shirt I Love Japan di sini. Kat sini juga kami ada membeli buah epal Jepun yang bersaiz besar. Harga selonggok 1000 yen (dalam 5 biji). Rasa epal ni sedap dan rangup (maybe sebab fresh kot). Ameyoko street terkenal dengan jualan barang basah seperti ikan, sayur dan sebagainya. So sesiapa yang nak memasak adalah disarankan ke sini untuk membeli barangan basah.


 Harga makanan di Chicken Man ini serendah 450yen satu hidangan


Selepas itu kami terus menaiki keretapi di Ueno Station untuk balik ke hotel. Kali ini kami tidak membayar tiket keretapi. Kami gunakan rail pass yang kami telah tukar  di Ueno Station pada pagi tadi sebelum ke zoo.

Blog berkaitan:

Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Takayama
Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Ogimachi, Shirakawago
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.1
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.2

0 comments:

Post a Comment