Sunday, 13 November 2016

Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Tateyama Kurobe Alpine Route Bah.1

  



10 November 2015

Hari ini adalah hari ke 5 kami di Jepun.  Agenda kami hari ini adalah untuk ke Tateyama Kurobe Alpine Route yang famous dengan snow wall di musim bunga. Oleh kerana kami pergi di musim gugur, kami tak  dapatlah untuk melihat snow wall yang famous tu tapi kami tetap nak ke sana untuk merasai musim gugur dan snow di Murado. Katanya snow dah turun di Murado seawal bulan Oktober lagi.

Kami bertolak awal untuk ke sana sebab kami buat day trip sahaja dari Toyama. Dari hotel kami berjalan kaki selama lima minit sahaja untuk ke stesen Toyama . Di stesen Toyama kami menaiki keretapi Shinkansen Hakutaka ke stesen Nagano.
 
Cuaca masa tu mendung je dan macam nak hujan. Mula-mulanya berbelah bahagi juga nak pergi ke tak mengenangkan cuaca yang tak berapa elok.  Tapi ingatkan anak yang dah excited nak main snow kami teruskan juga plan . Apa-apapun Tateyama Kurobe Alpine Route ni memang terkenal dengan pemandangannya yang indah tidak kira apa musim pun. Walaupun cuaca tak berapa baik pastinya ada pemandangan menarik menanti kami.

Untuk ke sana ada dua arah yang boleh kita ikuti iaitu samada daripada Matsumoto/Nagano ataupun dari Toyama. Kami memulakan perjalanan daripada Toyama untuk ke Nagano dan akan berakhir di Toyama juga.

Route ini sebenarnya merupakan satu perjalanan merentasi Japanese Alps dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan iaitu bas, trolley bas, cable car, ropeway dan keretapi. Sebenarnya attraction tempat ini adalah perjalanan unik yang dilalui dan bukannya destinasi yang ditujui.

Perjalanan menaiki kenderaan - kenderaan ini agak mahal iaitu 12090 yen (RM486) seorang sehala daripada Ogizawa ke stesen Dentetsu Toyama . Kos dari Toyama ke Nagano sudah termasuk di dalam Japan Rail Pass kami. Jadi kami tidak perlu membayar tiket untuk ke Nagano.
Maklumat lanjut berkenaan route ini boleh dirujuk di alamat url http://www.alpen-route.com/en/ 
 
Route map (source: Tateyama Kurobe Alpine Route Official Website)


1. Toyama ke Nagano
Pengangkutan : Keretapi Shinkansen
 
Perjalanan kami daripada Toyama ke Nagano tidak memakan masa yang lama iaitu selama sejam sahaja. Perjalanan kami diwarnai dengan permandangan indah musim gugur iaitu melalui kawasan bukit bukau,ladang-ladang dan gunung - ganang. Pokok - pokok semuanya telah bertukar warna kepada merah, kuning dan coklat. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya sayangnya saya tidak dapat berkongsi di sini kerana keretapi ini bergerak terlalu laju. Kualiti gambar diambil memang blur.
 Stesen Nagano

Bas ke Ogizawa terletak di tingkat bawah stesen Nagano

Pemandangan musim gugur di kawasan stesen berkenaan


2. Nagano ke Ogizawa
Pengangkutan : Local Bus

Kami tidak menunggu lama untuk menaiki bas ke Ogizawa dari stesen berkenaan. Kami hanya menunggu selama 5 minit dan bas bergerak lima minit kemudiannya. Tiket bas kami beli daripada pemandu dengan kos sebanyak 2060 yen. Bas ini adalah berkonsepkan free seating.  Kami duduk di sebelah depan sekali bagi membolehkan kami melihat pemandangan dengan lebih jelas.

Pemandangan yang dilalui memang cantik sangat di musim gugur ini. Bukan sahaja pemandangannya cantik dengan sungai-sungai mengalir yang berwarna hijau tetapi ianya juga diserikan dengan pokok yang bertukar warna di sekelilingnya. Pokok pisang kaki (persimmon) dan epal juga sedang sarat berbuah dan boleh dilihat di kebanyakan tempat. Kalau kami drive sendiri ke sini rasanya tak kan sampai ke Ogizawa dengan pantas kerana sibuk berhenti ambil gambar. Tetapi sayangnya tidak...

Gambar - gambar yang di ambil dari atas bas





















Cuaca masa tu tidak menyebelahi kami. Redup, berkabus dan kadang- kadang hujan. Kalau cuaca cerah saya pasti viewnya pasti lebih lawa lagi.

Kami sampai di Ogizawa setelah sejam dalam perjalanan. Sampai - sampai terasa sangat sejuk di sini. Ogizawa masa tu berkabus dan berangin. Pemandangan di sekeliling juga tak berapa jelas dikaburi kabus.

Di Ogizawa kami membeli tiket untuk semua kenderaan di sepanjang route berkenaan. Mudah kalau beli sekali dan tak payah setiap kali naik kenderaan kena beli tiket. Kelihatan tak ramai pengunjung ke sini, maybe sebab low season dan cuaca yang kurang baik.

3. Ogizawa - Kurobe Dam
Pengangkutan : Bas Tunnel Trolley

Dari Ogizawa kami menaiki Kanden Tunnel Trolley Bus untuk ke Kurobe Dam. Bas ini melalui terowong untuk ke sana dan memakan masa selama 16 minit untuk perjalanan sejauh 6 km.

Terowong dilalui oleh bas trolley
 

Sampai di stesen Kurobe Dam ni kami terus menaiki tangga yang curam dan banyak  untuk ke Dam Observation Deck. Memang semput dan rasa macam nak give up untuk meneruskan perjalanan

Sebelum sampai di Observation Deck kita akan jumpa cafe yang juga beroperasi sebagai kedai cenderahati. Bolehlah singgah di sini untuk makan, minum, beli cenderahati, ke tandas atau sekadar lepak-lepak untuk panaskan badan
 
Dari Observation Deck kita boleh menyaksikan pemandangan empangan Kurobe ini yang telah mengorbankan 171 daripada 10 juta orang yang terlibat membinanya.


Masa ni dah di hujung musim gugur jadi Pokok - pokok di sekeliling empangan ini telah bertukar warna kepada coklat dan banyak yang telah mengugurkan daunnya. Kalau kami datang ke sini pada bulan Oktober daun - daun di sini pastinya masih merah lagi dan pemandangannya pasti akan lebih indah lagi



Di Observation Deck ini kita boleh juga memanjat tangga lagi seperti gambar di bawah untuk berada di puncak empangan. View pasti lebih awesome kat atas tu.Tapi kami tidaklah segigih itu.


Selepas menghabiskan masa kira - kira setengah jam di observation deck dan cafĂ©, kami menuruni tangga yang kami naiki sebelum ini dan berjalan merentasi empangan untuk ke stesen cable car di bahagian empangan yang satu lagi.


Kami perlu berjalan merentasi empangan ini lebih kurang 20 minit untuk ke stesen cable car. Oleh kerana cuaca masa tu sejuk sangat hingga ke tulang (suhu 3c)  dan udara agak nipis di tempat tinggi ini perjalanan 20 minit ni memang mencabar.


Bersambung di entri Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Tateyama Kurobe Alpine Route Bah.2
 
 
Blog berkaitan:
Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Takayama
Jalan - jalan Jepun 2015 : Autumn di Ogimachi, Shirakawago
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.1
Jalan - jalan Jepun 2015: Autumn di Lake Kawaguchiko Bah.2


































































Tuesday, 8 November 2016

Jalan - jalan Hong Kong 2015: Tram, dim sum halal dan Victoria Peak



22 Januari 2015

Hari ini kami merancang untuk bersiar-siar di Pulau Hong Kong dengan menaiki tram dan kemudiannya ke Victoria Peak.
 
Sebelum kami memulakan agenda berjalan-jalan dengan tram ini kami melawat Masjid Kowloon yang terletak bersebelahan dengan Kowloon Park.  Masjid Kowloon ini merupakan antara 5 buah masjid yang dibina di Hong Kong dan merupakan masjid yang paling sering dikunjung di bandaraya ini. Masjid ini boleh memuatkan seramai 3, 500 orang pada suatu masa.
 
Masjid Kowloon dari pandangan luar


 


 Ruang solat Masjid Kowloon


Selepas melawat masjid ini, kami menaiki MRT Tsim Tsa Tsui ke Stesen MRT Admiralty untuk menaiki tram yang tram stopnya terletak tidak jauh dari stesen berkenaan. Hong Kong Tram ini merupakan satu cara yang mudah dan murah bagi warga Hong Kong untuk ke destinasi mereka. Ianya beroperasi dari arah timur (Shau Kei Wan) ke barat (last stop Kennedy Town) dan vice versa di utara Pulau Hong Kong. Destinasi yang dilalui oleh tram ini kebanyakannya adalah kawasan business district dan juga kawasan popular dikunjungi oleh warga Hong Kong.

Masa menunggu tram ini tidak lama kerana kekerapannya yang agak tinggi. Harga tiket tram ini juga agak berpatutan iaitu hanya HK2.30 sekali naik (tidak kira destinasi). Tidak hairanlah tram ini sangat popular di kalangan warga Hong Kong.

Peta interaktif dan maklumat lanjut berkenaan tram ini boleh dirujuk di alamat ini : http://www.hktramways.com/

Tram ini dua tingkat dan kebanyakan dindingnya ditampal iklan

Hajat di hati kami adalah untuk menaiki tram dari sini ke Kennedy Town. Tapi entah macamana kami tersilap naik tram dan kami pergi ke arah bertentangan (ke Shau Kei Wan). Masalah tram ini adalah tiada pengumuman dibuat setiap kali ianya berhenti di setiap tram stop. So kita kena tahu route dan kena aware hentian mana ianya berhenti. Oleh kerana kami dah salah tram kami berhenti sahaja di tram stop Wan Chai. Kami tukar plan pulak untuk makan tengahari, solat dan kemudiannya baru ke Kennedy Town.
 
Dari tram stop ni kami berjalan kaki sejauh 200 meter ke Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre untuk makan tengahari  di Islamic Centre Canteen yang terletak di tingkat lima masjid berkenaan. Tidak susah untuk mengetahui jalan ke sini, thanks to google map. Ikut je arahan yang diberi.

Islamic Centre Canteen ni terkenal dengan hidangan dim sumnya yang halal. Harga dim sum ni di dalam lingkungan RM5 - 8 (bergantung dengan jenis yang kita pilih). Bagi saya rasa dim sum di kantin ini  memang sedap dan authentic. Makanan lain yang kami order rasanya agak tawar sedikit.
 
Makanan yang kami nikmati di Islamic Centre Canteen
 
Selepas makan tengahari kami solat di tingkat 2 (lelaki) dan tingkat 3 (wanita) di masjid berkenaan. Selepas itu kami bertolak ke Victoria Peak dengan menaiki teksi dan membatalkan rancangan asal kami untuk menaiki tram ke Kennedy Town kerana hari sudah lewat.
 
Mula - mulanya kami cuba mendapatkan teksi berdekatan masjid ni. Tapi tiada satu pun berhenti walaupun memang banyak teksi yang lalu. Maybe penumpang perlu naik teksi di hentian teksi (tapi satu hentian teksi pun tak jumpa) dan bukannya main tahan di mana-mana.
 
In the end kami berjalan kaki selama 10 minit ke Causeway Bay Shopping Centre dan menaiki teksi dari sana untuk  Victoria Peak. Kami dikenakan tambang teksi sebanyak HK58 (berdasarkan meter teksi). Sebenarnya ada public bas dari Causeway Bay untuk ke Victoria Peak tetapi kami  rasa dah letih dan malas nak tercari-cari di mana bus stopnya.
 
Perjalanan menaiki teksi ke Victoria Peak mengambil masa selama setengah jam dan permandangan di sepanjang jalan memang cantik.
 
Kami sampai di Victoria Peak ni pada pukul 4.30 p.m dan kami menghabiskan masa selama 4 jam di sini. Kawasan Victoria Peak tidaklah seluas mana untuk kita eksplorasikan tetapi kami memang sengaja berlama-lama-an di sini untuk menikmati pemandangan di waktu siang, senja dan malam.
 
Apa ada di Victoria Peak? Victoria Peak ini memang popular di kalangan warga Hong Kong dan pelancong kerana pemandangan bandaraya, pelabuhan dan kawasan sekitar Hong Kong boleh dilihat dengan jelas dari kawasan tertinggi di Hong Kong ini. Selain itu cuacanya  juga dingin dan bolehlah warga  Hong Kong lari ke sini di musim panas. Oleh kerana kami pergi ke sini di musim sejuk cuacanya memang sangat sejuk dan bertambah lagi apabila angin bertiup.
 
Selain itu di sini juga merupakan tempat murah untuk membeli cenderahati Hong Kong seperti key chain, fridge magnet dan t shirt Hong Kong dibandingkan dengan tempat lain di pulau ini. Harga adalah fixed dan tidak perlu bersusah payah untuk tawar menawar seperti di night market.
 
Victoria Peak menempatkan dua bangunan ; The Peak Tower dan The Peak Galleria. The Peak Galleria merupakan bangunan asal untuk menyaksikan pemandangan sebelum bangunan The Peak Tower dibina.
 
Bangunan The Peak Tower yang menempatkan restoran, kedai cenderahati, Madame Tussaud dan Sky Terrace 428

Observation deck daripada The Peak Galleria
 
Kawasan yang boleh dilihat daripada Observation Deck The Peak Galleria
 
Pemandangan bandaraya Hong Kong dari Peak Tower

Hong Kong di waktu remang-remang senja

Pemandangan Hong Kong di waktu senja dari arah bertentangan. Dilihat dari The Peak Galleria

 




Pemandangan bandaraya Hong Kong di waktu malam (sorry, kualiti gambar low)
 

 
Kami sempat menyaksikan pertunjukan Symphony of Light dari observation deck The Peak Tower. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke observation deck tetapi sekiranya hendak masuk ke Sky Terrace 428 (yang menawarkan pemandangan yang lebih jelas lagi) kita perlu membayar sebanyak HK40.
 
Selepas memborong cenderahati di kedai cenderahati di Peak Tower kami pun bertolak ke Central Station dengan menaiki public bas bernombor 15. Kami perlu beratur panjang dan menunggu lama untuk menaiki bas ini. Nasib kami dapat tempat duduk kalau tidak lenguh juga berdiri kerana perjalanan memakan masa selama 40 minit.  Tambang bas ni agak murah iaitu HK6 sahaja seorang.
 
Kami tidak menaiki The Peak Tram (mode transport yang paling popular untuk ke sini) kerana barisannya lebih panjang dan lebih meletihkan kerana perlu pula berjalan kaki untuk ke MTR.
 
Hentian bas Central Station ni dekat sahaja dengan jeti feri, jadi kami menaiki feri  sahaja untuk ke Tsim Sha Shui. Sampai di  Tsim Sha Shu,  kami terus makan malam di Restoran Ebenezzer, sebuah restoran india halal yang berdekatan dengan Masjid Kowloon. Selepas dinner kami terus balik ke hotel kerana sudah keletihan seharian berjalan.