Tuesday 30 June 2015

Jalan - jalan New Zealand 2010 : Glenorchy, Lake Wakatipu, Arrowtown dan Christchurch



17  November 2010

Hari ini kami bangun awal untuk ke Glenorchy yang terkenal  sebagai antara lokasi pengambaran filem Lord of The Ring.

Selepas terbit matahari kami terus bergegas  ke sini kerana kami perlu menaiki flight pada sebelah petang ke Christchurch.  Jarak tempat ini hanya 45 km daripada bandar Queenstow. Perjalanan kami ke sini sepatutnya hanya memakan masa setengah jam sahaja tetapi menjadi 2 jam kerana kami asyik berhenti untuk mengambil gambar

Dalam perjalanan singgah berposing dulu di Wilson Bay



Pemandangan indah dalam perjalanan  ke Glenorchy...











Antara pokok-pokok yang ada kat halaman rumah orang  Glenorachy ni. I like.. I like
 



 

 

Di jeti ni lah si Frodo melarikan diri dari the Nazgul. Sunyi sepi takde orang kat sini...di manakah mereka yang lain...penduduk ke pelancong ke...hairan2

 
Kat Pekan Glenorchy ni sunyi sepi. Maybe tak bangun tidur lagi kot penduduknya.  Selepas menghabiskan masa setengah jam di sini (tak tahan sejuk nak berlama-lama di situ)  kami pun bertolak balik dan singgah di Waterfront Lake Wakatipu. Di sepanjang waterfront ni banyak hotel-hotel mewah yang confirm kami tak mampu untuk duduk..harga semalam mencecah ribuan RM..hu hu. Sebelum ni ada niat nak naik cruise keliling tasik ni tapi memandangkan masa dan poket tak mengizinkan kami tangguhkan ke trip lain nanti (bila entah...)

Antara hotel yang ada di depan Watefront Lake Wakatipu


Selepas checkout hotel kami menuju ke pekan Arrowtown yang merupakan pekan bekas perlombongan emas di New Zealand. Kami tidak menghabiskan masa lama di sini kerana nak memulangkan kereta sewa dan naik flight selepas itu. Arrowtown ni sangat cantik katanya di masa musim gugur. Kami dah memasang niat untuk ke sini lagi di masa musim gugur (namun masih belum kesampaian)


Selepas memulangkan kereta sewa kami menaiki flight ke Christchurch. Kami menaiki flight jetstar, kapalterbang murah milik Australia. Harga tiket RM70 seorang...agak murah kerana ditempah awal.


View Tasik Wakatipu yang awesome diambil atas flight...


 
Ini pulak view semasa nak landing kat Christchurh airport
 

.

 
Kami sampai di bandar Christchurch pada pukul 3.00 p.m. Perjalanan menaiki flight tidak sampai satu jam. Di bandar ni kami tidak menyewa kereta dan menggunakan public transport sahaja. Dari lapangan terbang Christchurch kami menaiki van shuttle. Kos RM26 seorang (NZ10). Van shuttle ni akan berhenti di hotel - hotel di sekitar Christchurh.

Kami menginap di Hotel So, sebuah hotel bajet ala al Tune Hotel. Bilik agak sempit tetapi kelengkapan yang perlu seperti tandas, bilik mandi dan cerek elektrik disediakan. Harga hotelnya semalam RM170 sahaja. Hotel ini betul-betul terletak di bandar Christchurch. Mudah lah bagi kami untuk berjalan-jalan di sekitar bandar

 Hotel So, Christchurch




Kami sempat pusing-pusing sebentar di bandar ni sebelum hari malam.Bandar ini agak sunyi di sebelah malam. Hanya kedai cenderahati dan restoran sahaja kelihatan dibuka. Kami tak lepaskan peluang untuk membeli beberapa cenderahati sebelum balik ke hotel untuk berehat. Kami survey juga kalau-kalau ada restoran halal tetapi tak jumpa. So malam ni layan megi lagi. Hari kelima tak jumpa nasi...hu hu. Oleh kerana asyik makan megi sahaja kos makan sangat jimat..










0 comments:

Post a Comment