Tuesday 14 April 2015

Jalan - jalan New Zealand 2010: Auckland dan Devonport




13 November 2010

Pada hari ini kami bertolak  ke Auckland  dengan menaiki kapal terbang MAS pada pukul 9.30 malam.  Harga tiket kami RM2280 return seorang termasuk insurans perjalanan. Tiket ni dibeli semasa MAS buat promotion. So adalah murah sikit dari harga biasa.  Airasia masa tu tak pergi lagi ke New Zealand.

Perjalanan kami ke Auckland memakan masa selama 10 jam dan kami tiba di Auckland pada pukul 1.00 pm (waktu Auckland). Sampai di lapangan terbang Auckland kami kena beratur panjang di imigressen kerana diaorang agak strict. Masa turn kitaorang pegawai imigressen tu minta tunjuk tiket balik. Sudah...mengagau kitaorang cari tiket. Nasib baik jumpa selepas selongkar sana sini. Selepas imigresen kami kena beratur panjang pulak untuk pemeriksaan kastam. Kita kena declare kalau ada bawa makanan yang diharamkan masuk New Zealand ni. Kalau tak declare dan terbawa... siap le kalau tertangkap. Boleh kena denda atau silap silap dapat le duduk hotel free ...hotel lokap.

Alhamdulilah kami takde masalah kat kastam. Kami hanya bawa makanan segera termasuklah makanan wajib..megi. Lepas berposing sana sini kat airport Auckland tu kitaorang terus naik bas shuttle (Airbus Express) ke bandar Auckland. Kitaorang beli tiket  pergi balik. NZ$28 seorang.  Diskaun NZ$4  bila beli tiket pergi balik.  Rujuk le sini kalau nak maklumat lanjut : http://www.airbus.co.nz/#home_fares. Bas shuttle yang kami naiki ini memang berhenti betul betul depan hotel kami menginap. Memang kami sengaja cari hotel dekat dengan bus stop. Mudah. Tak yah tercari cari hotel .. dah le tengah letih lepas berjam jam dalam flight dan beratur panjang kat imigressen. Kos semalam di hotel ni RM380 semalam. Ambil bilik harbourview lagi tapi rupa-rupanya Tipah tertipu. Tak nampak harbour pun..nampak bangunan ada lah. Sorry tak boleh share di sini gambar hotel ni kerana lupa ambil gambar hotel.. Satu gambar pun tak ambil...tak tahu lah kenapa tak teringat langsung nak ambil gambar buat kenangan. Oleh kerana lupa nak ambil gambar..nama hotel pun dah tak ingat. Hu hu hu,

Hotel ini pun terletak dekat dengan  Bristomart Centre dan feri terminal. Bristomart Centre ni kira ala ala KL Sentral lah. Tempat sehenti bas dan keretapi bandar Auckland.


Dekat je hotel kami dengan feri terminal ke Devonport. Ade la dalam 200 meter 

Selepas check in hotel, solat dan rehat sekejap terus naik feri ke Devonport. Hajat kami hendak menikmati pemandangan bandar Auckland dari pekan ni. Teringin nak pergi selepas baca banyak review yang bagi cadangan ke sini .. must visit kalau ke Auckland.

 
Ni lah feri yang kami naiki untuk ke Devonport 




Pemandangan Pekan Devonport  (diambil dari atas feri)





Waterfront Davenport

Burung ni banyak kat sini...tak tahu species burung ni apa

 
 



Pekan Devonport ni sunyi sepi je. Maybe sebab kami pergi hari Ahad kot.  Pemandangan bandar Auckland dari Devonport sangat cantik especially masa sunset.  Kat pekan ni kami singgah kat supermarket. Beli buah epal dan smoked salmon (tengok ramuan kat paket tu tiada le ramuan - ramuan yang terlarang. So confident le nak makan ). Nak try rasa ikan salmon NZ ni. Tak pernah makan pun ikan ni sebelum ni. Tiba tiba teringin nak rasa.
 

Pemandangan indah senja bandar Auckland dari Devonport
 Gambar yang sempat diambil dari atas feri ; remang remang senja hingga ke malam.



 

Kami menaiki feri balik ke Auckland selepas puas menikmati pemandangan di sini. Masa tu dah pukul 9 p.m. Masa kami datang ni musim bunga jadi waktu siang lebih panjang.
 
Niat di hati sebelum ni nak ronda ronda di bandar Auckland tetapi memandangkan perut sudah berkeroncong maka kami teruskan cari makan dulu. Nasib baik jumpa Restoran Turki halal yang terletak kira kira 200m dari hotel. Alhamdulilah dapat lah mengisi perut malam ni walaupun tidak banyak pilihan dan makan kebab sahaja. Kerana terlalu lapar lupa nak ambil gambar restoran ni. Lepas makan kami ronda-ronda sekeliling area hotel. Jumpa kedai cenderahati yang masih buka. Hasil tangkapan kami adalah pelbagai jenis madu New Zealand, key chain, coaster dan  paper weight. Harga cenderahati di Auckland ni lebih murah dibandingkan dengan tempat yang kami pergi selepas ini.

Balik hotel pergi panaskan smoked salmon yang dibeli di Devonport sebelum ni dengan merendam paket dalam air panas. Rasanya sangat heaven.. sedap sungguh le rasa ikan ni. Maybe sebab ikan ni wild salmon. Balik Malaysia lepas tu banyak kali makan ikan salmon tetapi tiada le rasa setakat ni yang sesedap ini. Masih terngiang ngiang di tekak ingatkan rasa ikan salmon tu. Sori gambar ikan salmon tu takde...sedap sangat sampai lupa ambil gambar

Blog berkaitan :









0 comments:

Post a Comment