9 November 2013
Semasa melancong di Seoul, kami memilih untuk menginap di hotel berdekatan dengan Olympic Park, Seoul. Hotel kami ini memang sangat dekat dengan taman ini . Hanya di seberang jalan sahaja dari hotel kami. Untuk ke taman ini dari Seoul, anda boleh lah menaiki subway Line 5 ke Olympik Park Station, Exit 3.
Taman Olimpik ini merupakan bekas temasya Sukan Olimpik Tahun 1988 yang mana Korea pada masa itu menjadi tuan rumah. Sewaktu kami melawat tempat ini sudah 25 tahun temasya ini telah diadakan namun taman ini masih diselenggara dengan baik dan dijadikan tempat riadah untuk warga Seoul.
Taman ini memang cantik semasa musim gugur dan disarankan untuk berkunjung ke sini untuk melihat deretan pokok Gingko yang bertukar warna dari hijau kepada warna kuning dan daun pokok Maple yang kemerahan. Di samping itu terdapat tasik di taman ini yang menambahkan kedamaian tempat ini.
Bersih, damai dan indah sekali. Biarlah gambar di bawah yang bercerita keindahan tempat ini...
Cantik sangat deretan pokok gingko ni...banyak daun dah banyak gugur
Daun pokok maple di sini telah bertukar dari hijau kepada kuning dan merah
Ada juga daun pokok Maple bertukar warna kepada coklat
Pemandangan indah tasik di taman berkenaan di musim gugur
0 comments:
Post a Comment