Wednesday 26 October 2016

Jalan - jalan Hong Kong 2015: HK Disneyland


21 Januari 2015

Hari ke dua di Hong Kong, kami pergi ke HK Disneyland yang terletak di Penny Bay, Lantau Island. Untuk ke sini kami menaiki MTR dari Stesen Mongkok ke Central. Dari Central kami tukar MTR ke Sunny Bay dan dari sini kami tukar pulak train ke Disneyland Station. So, ada tiga MTR yang perlu dinaiki. Kos train ni tak berapa pasti kerana kami bayar dengan kad Octopus.

Menariknya adalah train dari Disneyland Station ke Disneyland Resort. Tingkap train dan hand rail train ni berbentuk Mickey Mouse. Anak saya cukup suka dan excited. Mak budak pun excited sama. Yalah zaman kami dulu mana mampu nak ke Disneyland. Dah tua baru berpeluang.



Lantai stesen MTR pun ada symbol Mickey Mouse


Tiket masuk kami beli di pintu masuk. Harga tiket RM240 dewasa dan kanak -kanak RM180. Kalau beli online lebih murah lagi. Taman ini dibahagikan dengan 7 tema; Main Street Usa, Fantasyland, Adventureland, Tomorrowland, Grizzly Gulch, Mystic Point dan Toy Story Land. Kami pergi ke semua bahagian ni kecuali Mystic Point dan Grizzly Gulch sebab kami lama di bahagian Adventureland dan Tomorrowland. Tak sempat untuk ke sana. HK Disneyland ni tak ramai pengunjung semasa kami di sini jadi kami tak perlu berbaris panjang. Kebanyakan permainan kami sempat main di bahagian yang kami pergi.

Berdekatan pintu masuk ada stesen train untuk naik train pusing-pusing taman ni



Selepas masuk kita akan melalui Main Street USA. Bangunan kat sini menempatkan kedai cenderahati Disney



 Selepas Main Street USA kita akan melalui Fantasyland pula . Di sinilah terletaknya Sleeping beauty castle  yang menjadi ikon Disneyland. Kecil je castle tu. Separuh je bangunan selebihnya seperti menara dibuat daripada board sahaja. Emmm..sungguh mendukacitakan





Dekat Fantasyland ni kebanyakan permainannya lebih sesuai untuk anak -anak kecil seperti Cindrella Carousel, Dumbo the flying elephant, Mat Hatter Tea Cup, It's a small World dan Winnie the Pooh. Yang paling menyeronokan di sini adalah The Adventure of Winnie the Pooh yang mana kita akan menaiki kenderaan yang melalui kawasan yang berbentuk buku gergasi yang memberikan kita pengalaman dalam cerita Winnie the Pooh secara interaktif


Gaya bergambar pengunjung di sini (curi-curi ambil semasa tunggu turn nak bergambar dengan si Dumbo) 


Di sebelah kanan Fantasyland adalah Adventureland. Di sini kami singgah untuk makan tengahari di restoran halal di Tahitian Terrace.

 Inilah Menu yang kami makan di Tahitian Terrace. Rasanya boleh tahan sedap.  Harganya agak mahal (RM30 - RM50 untuk satu hidangan). Harga standard untuk tempat begini 


Selepas menjamu selera kami ke Adventureland yang bertemakan suasana hutan.  Tarzan tree house dan jungle river cruise adalah tarikan utama di sini


Tarzan Tree House



Untuk ke Tarzan Tree House  kena naik rakit ni menyeberangi sungai


Tempat naik rakit (kena beratur panjang)


Pintu masuk tree house
Kat bawah tree house ni ada alat muzik yang diperbuat daripada peralatan dapur. Memang menarik untuk budak-budak


Di halaman rumah tarzan ni ada replika gajah yang rupanya seakan gajah betul dan boleh berbunyi dan bergerak. Anak saya cukup suka



Replika buku dalam tree house yang menceritakan kisah si tarzan
Replika harimau kumbang di atas tree house

Replika mak angkat tarzan dan baby tarzan dalam rumah ni
 
Dah puas berjalan dalam tree house ni kami ke jungle river cruise pulak. Kat sini kami kena beratur panjang. Sejam juga lah kena bebaris. Tapi berbaloi. Seronok sangat naik cruise ni walaupun hanya selama 8 minit. Kita boleh merasa pengalaman berekspedisi di sungai tropika di mana kita boleh melihat kawanan gajah, king cobra, labah gergasi, gorilla, hippos, headhunters dan suasana canyon. Tambah seronok sebab guide bot kami ni lucu dan bersahaja. Seronok dengar dia berceloteh dan berjenaka.


Sebelum sampai ke jeti jungle river cruise kami lalu di  magical totems




Jeti Jungle River Cruise. Gambar ber river cruise tak ambil sebab takut kamera jatuh dalam sungai (sungai berombak-ombak dan kami bersempit sempit)


Selepas itu kami ke Toy Land  yang terletak di belakang Fantasyland. Bahagian ini direka berdasarkan dari filem Pixar's Toy Story
Pintu masuk Toy Land


Permainan di sini tak banyak dan adalah berkonsepkan cerita Toy Story ni seperti Toy Story Parachute Drop, Slinky Dog Spin dan RC Racer. Ada juga kawasan disediakan untuk bergambar atau selfie dengan karekter cerita ni.

Kami tak lama di Toy Land ni sebab permainannya kurang menarik. Untuk pengetahuan, di taman tema ni tidak disediakan tempat solat atau prayer room. Kami solat di belakang satu pondok (tak pasti kegunaan pondok ni) berhampiran dengan Toy Land ni. Belakang pondok ni agak terpencil jadi kami boleh solat dengan aman dan tidak diperhati oleh orang yang lalu lalang. Wuduk kami ambil di tandas yang berhampiran.

Selepas solat kami ke Tomorrowland yang terletak di sebelah kanan istana Sleeping Beauty. Antara permainan di sini adalah  Space Mountain, Buzz Lightyear Astro Blasters, Autopia, Orbitron dan UFO Zone. Dekat sini kami agak lama kerana my son memang suka permainan Buzz Lightyear Astro Blasters. Permainannya ni jenis tembak menembak so memang budak lelaki suka. Permainan lain kami tak sempat cuba kerana dah tutup dek terlalu lama di permainan Buzz Lightyear Astro Blasters.

Selepas tu kami ke Main Street USA untuk membeli cenderahati. Kebanyakan barangan yang dijual merupakan toys untuk kanak-kanak. So be prepare untuk sediakan duit lebih kalau bawa anak ke sini. Hasil tangkapan kami adalah soft toy Olaf dan set pinggan Toy Story. Harga barangannya lebih kurang macam harga barangan di Disney yang di jual di Malaysia. Cenderahati macam fridge magnet, key chain atau tshirt kami tak beli.

Selepas melabur wang di situ, kami ke Fantasyland Park untuk menyaksikan Night Parade dan pertunjukan bunga api. Oleh kerana kami datang setengah jam lebih awal dari masa pertunjukan maka dapatlah kami tempat di depan sekali dari laluan parade ni. Parade ni taklah  berapa menarik tetapi persembahan pertunjukan bunga api di Sleeping Beauty Castle memang marvellous.

Gambar - gambar di Tomorrowland, parade dan pertunjukan bunga api ni tak dapat nak share sebab kualiti gambar low. Sudah sampai masanya kami kena beli kamera baru yang boleh merakam permandangan di waktu malam.

Selepas menyaksikan pertunjukan bunga api kami menaiki MTR (3 buah keretapi seperti semasa datang) untuk balik ke hotel. Malam tu kami hanya dinner megi di hotel dan terus tidur. Takde agenda jalan-jalan lagi malam tu sebab dah keletihan.

Kesimpulannya HK Disneyland ni tak banyak permainan yang menarik dan saiznya pun tak berapa besar. Satu hari sudah cukup untuk berkunjung ke sini.  Namun harganya agak murah  dan ianya juga tak sesak dibandingkan dengan Disneyland yang lain . Disarankan juga anda ke sini semasa musim sejuk. Cuacanya dalam lingkungan 18c -20c (macam dalam air cond) menjadikan kita rasa selesa berjalan dan bermain di taman ini.

Tuesday 25 October 2016

Jalan - jalan London 2014: Naik Cruise Di Sungai Thames


6 Mei 2014

Hari ke tiga kami di kota London, kami bersiar-siar pula dengan Sightseeing Cruise di Sungai Thames.  Cruise ni percuma apabila kita membeli tiket hop on hop off bus Big Bus (yang kami naiki sebelum ini). Bot ini boleh dinaiki daripada 5 tempat iaitu; Westminister, London Eye, Bankside, Tower dan Greenwich. Konsep bot ni macam hop on hop off juga hanya tak banyak tempat boleh dinaiki seperti hop on hop off  cruise di Paris.

Kami menaiki bot dari jeti Westminister pada pukul 2 p.m. Sebelum itu kami berjalan-jalan di sekitar Westminister dan London Eye. Jadi kami terus je naik bot ni dari sini. Hari ini kami tak berniat untuk hop on hop off tetapi kami nak terus ke Greenwich sambil menikmati permandangan Sungai Thames.

Bot ni ada dua tingkat. Di atas sekali tiada bumbung jadi kita bolehlah menikmati pemandangan lebih jelas. Namun kami tidak duduk di atas kerana tak tahan sejuk. Cuaca London masa tu 15c tetapi bila ditiup angin atas bot memang terasa lebih sejuk. Kami duduk di bawah di depan sekali. Oleh kerana ruang depan ni berkaca jadi memang nampak jelas juga lah pemandangan di sepanjang sungai.

Ginilah rupa bot cruise tu


Kat dalam

Kat atas

Kat depan sekali (tempat kami duduk)


Antara pemandangan yang kami dapat lihat atas bot ni adalah Tower Bridge, Tower of London, London Eye dan bangunan-bangunan lama (bekas pelabuhan zaman dulu ) sebelum kami sampai di Greenwich.
Tower Bridge

Melalui  Tower Bridge

Tower of London


 Bangunan-bangunan di sepanjang sungai ni kebanyakannya berwarna coklat, putih  dan kelabu. Dalam cruise ni ada diberi commentary menceritakan bangunan-bangunan yang dilalui. Saya tak pay attention sangat tapi kebanyakan bangunan ni dulu beroperasi untuk pelabuhan zaman dulu
 














Perjalanan ke Greenwich ni memakan masa selama sejam 10 minit. Jadi bolehlah juga kalau nak buat aktiviti melelapkan mata dalam ni sebab perjalanan agak selesa dan kurang berombak. Sempat juga saya terlelap sekejap sebelum kami sampai di Greenwich.

Apa ada di Greenwich? Di sinilah hemisfera timur dan barat bertemu dan disinilah dulu Greenwich mean time diukur di Greenwich Royal Observatory. Dengan bahasa mudah, disinilah bekas tempat mengukur masa yang standard di seluruh dunia sebelum digantikan dengan UTC.

Di Greenwich ni kita boleh melawat National Maritime Museum, Greenwich Park dan Greenwich Royal Observatory (tempat mengukur masa).

Greenwich Park


Royal Observatory

 Gambar Wikipedia (kami tak ambil gambar)


National Martime Museum

Kami menghabiskan masa tiga jam di sini sebelum kami balik menaiki cruise bot yang terakhir pada pukul 6.00 p.m.